Tuesday, July 12, 2011

pernahkah anda terfikir #1

pernahkah anda terfikir #1

hehehe.. dua hari lepas aku tulis entry berkaitan industri perfileman negara.. kadang-kadang bila kita tengok sesebuah filem atau drama tu, kita akan terfikir "macam mana la diorang boleh dapat idea nak buat cerita macam ni kan?".. tambah-tambah pulak filem macam inception, the matrix, dan lain-lain.. otak diorang memang dahsyat sebab boleh berimaginasi sampai tahap tu.. pada masa yang sama, aku juga pernah berimaginasi untuk memiliki tahap imaginasi seperti mereka.. kah kah kah.. jadi hari ni aku nak share dengan anda semua idea-idea bangang yang pernah muncul dalam kepala otak aku..

(lelaki) pernahkah anda terfikir untuk memiliki superpower yang boleh
mengeluarkan wanita cun dari kaca televisyen anda? kah kah kah

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang pelajar itu masuk ke kelas lewat dan dimarahi pengajar, adakah kurang ajar sekiranya si pelajar memberikan alasan "saya tertidur, tuhan pun maafkan umatnya yang tertidur"

pernahkah anda terfikir? sekiranya seorang doktor gigi menghadapi masalah gigi, adakah doktor gigi itu akan melakukannya sendiri atau dia akan berjumpak dengan doktor gigi yang lain??

pernahkah anda perasan dan pernah terfikir bahawa kadang-kadang ketika anda berjalan, adakalanya anda seperti tidak tahu untuk meletakkan tangan anda dalam posisi mana.. hehehe.. kan?

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang yang mati itu diberi peluang untuk hidup kembali selama sehari tetapi selepas setahun kematian, adakah anda akan melupakan orang yang mati itu selama setahun? kah kah kah.. konfem tak kan? nanti waktu dia hidup balik mesti dia ungkit "aku benci kau!! kau lupa aku!!" kah kah kah..

pernahkah anda terfikir? sepanjang anda hidup sebagai rakyat malaysia ini, di majlis kenduri biasanya kita dihidangkan dengan minuman 'sirap'.. adakah anda tahu asal usul sirap dan darimana datangnya rasa 'sirap' itu?

pernahkah anda terfikir? adakah kurang ajar atau kurang sopan sekiranya individu pekak dan bisu, memberikan bahasa isyarat ketika makanan penuh dalam mulut?

pernahkah anda terfikir? individu paling muda adalah individu yang lahir pada 29 februari.. kenapa? sebab dia menyambut hari kelahirannya lima tahun sekali.. umurnya juga perlu dibahagikan dengan lima.. kah kah kah..

pernahkah anda terfikir dan tergerak hati untuk mencari maksud perkataan "kamus" dalam kamus? ataupun perkataan "dictionary" dalam kamus english.. mesti tak pernah kan?

pernahkah anda terfikir? kalau hantu, syaitan, dan jin mampu menembusi rintangan ataupun dinding, kenapa ianya tak jatuh ke dalam tanah? bagaimana mereka mengawal diri untuk berada di atas tanah? adakah mereka terapung ataupun memang mereka memang tak boleh menembusi tanah?

pernahkah anda terfikir? sekiranya kembar siam ingin masuk ke panggung wayang, adakah mereka perlu bayar tiket untuk dua orang ataupun tiket untuk seorang?

dan yang terakhir sekali, pernahkah anda terfikir apa akan berlaku sekiranya semua mat rempit di malaysia ini adalah gay? pasti pasangan kekasih akan takut untuk jalan bersama diwaktu malam kerana mat rempit akan merompak si perempuan dan merogol si lelaki dihadapan si perempuan.. kah kah kah!!


p/s : pernahkah anda terfikir untuk bertaubat tapi anda tak take an action untuk bertaubat? mesti banyak kali dah kan? kah kah kah..  taubat la oi!
Share This

44 comments:

  1. ada yg pnh tpikir.. ada yg x terpikir lnsung.. hehehehe..^_^

    ReplyDelete
  2. haaa...yg bab tangan taktau nk bubuh mana tu slalu giler lah terpikir, mana ntah nk letak tangan ni, rasa kokek, hahha

    ReplyDelete
  3. huhu...silap taip pulak..kokek mende ntah, kekok sbenaqnya..hahahha

    ReplyDelete
  4. hahaha, terbaik..walaupun pernah melalui dan terpikir sedikit, tapi tak pernah terpikir untuk meluahkan benda2 ni semua.. aku baca ni membuatkan aku terpikir balik, kenapa selama ni aku tak pernah terpikir pasal benda2 ni..

    blogspot baru

    ReplyDelete
  5. dalam banyak2 tu.. inception memang imaginasi yang sangat hebat bagi aku.. walaupun benda tu adalah mimpi tapi siap ada bagai benda lagi. memang cool la inception

    ReplyDelete
  6. err..penah jugak..penah terpikir yg out of sense.hahahaahah.. ;p

    ReplyDelete
  7. selalu ja 'terfikir terfikir' ni..tp last2 lupa-.-

    ReplyDelete
  8. hang tak pikir kalaulah bontot hang putih?

    ReplyDelete
  9. haha.. ok yg last tu, ko rasa boipren tu akan berjuang selamatkan 'teruna' diri.. or sama2 syok..hah?

    ReplyDelete
  10. otak aku masuk air, jd aku xblh fkir apa2.,huahahha

    ReplyDelete
  11. hahaha~XD mat rempit gay adalah paling cool!

    ReplyDelete
  12. nape hang tak pernah pikir kalau hang tak gosok gigi, lumut akan tumbuh kat gigi hang.

    ReplyDelete
  13. senyum sampai telinga baca entri ni...tak pernah terpikir.XD..

    ReplyDelete
  14. hahaha...fikirlah weyyhh..haha

    ReplyDelete
  15. sentap weh yg last sekali kat p/s tu..terus insaf..T_T

    ReplyDelete
  16. hahahaha..nice ohh..imaginasi tnggi tu

    ReplyDelete
  17. hahahaha..akhirnya terpikir lps baca post ni..haha :)

    ReplyDelete
  18. btl3...byk jgk yg pnh imagine,,cthnye kalau tgh bjalan,xtahu nak letak tgn ke posisi yg mna,,mcm robot je jln bila tgh pikir2 tuh

    ReplyDelete
  19. pernahkah anda terpikir yang anda ni sedang memikirkan benda yang anda tak terpikir bila anda baca entri pernahkah anda terfikir ini?

    ReplyDelete
  20. aku pun tak pernah terpikir yg tubelawak akan tulis entri macam ni.

    ReplyDelete
  21. HAHAHA..YG TGN 2 SGT2 PERNAH TPIKIR..TATAU NAK TARUK TGN KAT MANE..

    ReplyDelete
  22. haha..byknye nak kene fikir.

    pernah tak terfikir ade org akan komen mcm ni bila bace entry ni?

    =D

    ReplyDelete
  23. hahahaa... sedang terpikir, cemana tubelawak buleh terpikir semua ni? lebih-lebih lagi pasal mat rempit gay. oh geli....

    ReplyDelete
  24. pernah anda terfikir,errr.. *speechless. entry ni best. semua tak pernah "terfikir" HAHAHA

    ReplyDelete
  25. hahaha byk gile la yg tubelawak ni pikiaq. Haahahahaha tp ada soalan yg tubelawak tny tu tak terpikiaq la plak. Huhuhuhuh ...Bukan tak penah terpikiaq byk yg bermain di pikiran utk dipikiaq kan

    ReplyDelete
  26. sy pernah carik perkataan 'kamus' dlm dictionary :((

    owh sy paling suka sirap org kenduri !! sedap !
    sape kenduri buat air lain sy mengumpat dlm hati .

    lepas ni kena bancuh sirap pakai air paip lah nampak gayanya :(

    ReplyDelete
  27. hahahah, pernah gak terfikir mcm tu. :P

    ReplyDelete
  28. thanks kerana mgurgkan kedutan d wajah sy..hehe..thanks sgt2.. :)

    ReplyDelete
  29. mesti kau pernah terfikir apa yang aku berfikir..

    ReplyDelete
  30. fikir hehe..

    p/s: jom join GA me...
    senang je meh tgk http://ellismelia.blogspot.com/2011/07/ga-like-this-picca.html

    berpeluang menang RM100

    TQVM

    ReplyDelete
  31. ye ke ni...wowarghwowarghwowarghhhhh...

    ReplyDelete
  32. hahahah.. ape yg difikir, memang pernah fikir.. tp xde jawapan.. hahaha..

    ReplyDelete
  33. dah ngantuk2 ni, bleh jap terfikir sume perkara di atas. :P hehe. and skrg, tetibe da rase cam x ngantok, dok imagine hantu tembus dinding, pastu jatuh bangunan 2 tingkat..pasal rumah kin tingkat 2 :P hahaha

    ReplyDelete
  34. terfikir kenapa adam makan buah khuldi???

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates