pernahkah ada orang menulis testimoni untuk blog anda? hehehe.. aku ada! rakan aku sendiri menulis luahan hati dan testimoni untuk blog aku ni.. jadi entry hari ini adalah sekadar luahan hati daripada rakan aku yang mahu dikenali sebagai aaron aziz ja (nama sebenar dirahsiakan dikhuatiri ramai gadis-gadis hot mencari namanya di facebook) hehehe.. selamat membaca ya :)
aku suatu ketika dulu
ini aku.. biarlah anda semua mengenali aku sebagai aaron aziz sahaja.. dahulunya, aku seorang yang kurus dan memiliki pelbagai masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan mudah.. diantaranya ialah aku mudah ditiup angin.. kalau naik motorsikal, aku kerapkali jatuh motorsikal kerana aku sangat ringan untuk ditiup angin.. dengar macam kelakar, tapi ini cerita benar!!
diantara masalah lain ialah, aku agak sukar untuk mendekati wanita.. mungkin kerana keadaan aku yang sangat kurus ini, membuatkan wanita-wanita menganggap aku tidak boleh 'protect' mereka.. mungkin juga kerana mereka menyangka aku tidak cukup zat.. aku kesunyian.. aku sedih begini..
ketika aku sedap bersedih kesorangan, tubelawak muncul dihadapanku dan menasihati aku agar membaca blognya.. berikut adalah dialog yang berlaku diantara kami..
tubelawak : weh! awat monyok ja?
aaron : aku sedih laa.. aku kurus.. awek pun takdak..
tubelawak : oh.. senang ja tu.. aku boleh selesaikan masalah hang
aaron : macam mana?
tubelawak : hang baca ja blog aku setiap hari.. mesti hang happy, pada masa yang sama hang gelak sorang-sorang tu, muscle hang dijana lalu membolehkan badan hang tegap justeru membuatkan awek-awek hot mendekati hang..
aaron : betul ka ni?
tubelawak : cubalah kalau tak pecaya
jadi aku pun mengikuti dan membaca blog tubelawak setiap hari.. hampir enam bulan mengikuti blog tubelawak, aku dapati ada perubahan terhadap sosok toboh aku.. badan aku semakin tegap! aku pun tak sangka..
aku selepas 2 3 bulan membaca blog tubelawak
aku sangat berterima kasih dengan tubelawak kerana berjaya menyelesaikan masalah aku.. kini aku agak gembira sedikit berbanding sosok toboh aku yang kurus dahulu.. aku telah kuatkan semangat aku untuk memiliki sosok toboh yang lebih tegap.. aku telah memasukkan perkataan "tubelawak time" dalam schedule harianku.. kini.. badan aku dah ketol-ketol kerana membaca blog tubelawak setiap hari selama hampir setahun
aku sekarang.. kesan dari membanting tulang otot perut ketika gelak kuk kik kuk kik
sekarang lain pula ceritanya.. aku masih tidak berjaya mendekati wanita.. walaupun badan dah ketol-ketol, tapi wanita tetap menjauhi ketika aku cuba untuk mendekati.. kenapa?? semua ini kerana tubelawak! dia telah memberitahu kepada semua wanita yang aku coba dekati :
"orang badan ketol-ketol ni selalunya gay.. hati-hati tau"
aku benci tubelawak.....
p/s : boleh dianggap testimoni kot? kah kah kah..