Saturday, August 13, 2011

the new world order by beruang

the new world order by beruang

sekarang ni ramai yang dok kecoh pasal illuminati lah, new world order lah, bersih 3.0 lah itu lah ini lah.. sebenarnya itu semua perkara kecil sahaja.. ada satu perkara besar yang bakal berlaku tapi tidak ramai mengetahuinya.. sebenarnya, dunia kita kini dalam ancaman beruang.. ya! beruang!! kalau anda pernah menonton filem planet of the apes, konsepnya hampir sama begitulah cuma realitinya beruang sedang berusaha keras untuk menjajah dunia.. anda tidak percaya? aku boleh buktikan..


adakah anda tahu bahawa beruang kini sudah pandai berkungfu? dengar ura-ura banyak beruang kini sedang berlatih kungfu di tempat tersembunyi dan tidak boleh dijumpai oleh manusia.. video ini telah dirakamkan oleh seorang warga jepun, dan apabila beruang ini mengetahui bahawa tindak tanduknya dirakam, kameraman ini telah mati dibelasah beruang..



selain itu, beruang juga ada unit khas seperti unit marine manusia yang dijangkakan dilatih untuk menyerang manusia secara hendap melalui perairan, lautan dan juga sungai.. ada sesuatu yang dunia telah sembunyikan daripada kita.. sebenarnya, beruanglah yang menghentam titanic.. bukan iceberg..



pernahkah anda dengar "kerana wanita, dua buah negara boleh berperang?".. ya! taktik ini juga telah dititik beratkan oleh beruang.. mereka juga pandai berlakon dan menyamar comel agar dapat menambat hati manusia (perempuan).. inilah antara taktik terkeji dipraktikkan oleh beruang.. ya!! mereka sangat comel!! aku pun tak tahan tengok..



nak lagi bukti paling rare? ini adalah antara video yang membuktikan beruang cuba mencipta tamadun dan peradaban sendiri.. video ini dirakamkan oleh penjaga zoo yang tidak mahu dikenali.. beliau juga ada mengatakan bahawa beruang ini akan menari seperti ini pada setiap hujung minggu.. hal ini sangat menyerupai peradaban manusia beruk yang selalu pergi clubbing pada hujung minggu..



sebenarnya perkara ini telah lama diketahui oleh segelintir manusia.. tapi disebabkan maklumat ini sangat sulit dan boleh membuatkan individu terbunuh, jadi perkara ini telah disebarkan secara 'tersirat' melalui iklan di kaca televisyen.. tapi kenapa sampai sekarang masih ramai yang tidak mengambil berat tentang ini??? beruang bakal menyeranggg!! hati-hati wahai manusia!!



p/s : ini adalah entry merapu.. siapa percaya, dia beruang!! auww..
Share This

30 comments:

  1. hampeh...aku hampir prcaya

    ReplyDelete
  2. hahaha.. baru nk percaye.. so x jd beruang lg.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. sapa kwn beruang? panda kan? haha ;)

    ReplyDelete
  4. beruang ni sebenaqnya freemason! freemason!

    ReplyDelete
  5. hahahaha.... beruang jual dada ada tak? /;p

    ReplyDelete
  6. daging beruang boleh dimakan tak? :P

    ABU
    http://ashgive.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Wah beruang lucu bener nih, Saya paling suka sama Film Kungfu Panda.
    Salam kenal ya sahabat, berkunjung dan saling komentar. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. nyaris2 percaya
    nyaris2 jd beruang
    kekeke

    ReplyDelete
  9. video last xleh tengok, kena bukak youtube baru bleh. hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau la boleh bela beruang, bestnya peluk dia...hi3

    ReplyDelete
  11. kalau aku jumpa hang tubelawak, aku bagi cakar beruang kat muka hang... i mean, kat rambut hang.

    ReplyDelete
  12. kungfu panda..ahaks:P

    ReplyDelete
  13. hahaha.lg hbt dr iluminati ni.[pergh.haha

    ReplyDelete
  14. tebu suka beruang ke beruang suka makan tebu...

    binatang yang paling kaya adalah beruang (baca berwang)

    ReplyDelete
  15. hahahahk.....betul ke niy...jgn nak tipuuhh!

    ReplyDelete
  16. kesian beruang.mangsa kerapuan anda....hehehehe;)

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates