Wednesday, April 18, 2012

rasa untuk merasai apa yang tidak dirasai

rasa untuk merasai apa yang tidak dirasai

dulu masa mula-mula tulis blog, aku selalu terfikir "sampai bila aku nak tulis blog? lama-lama nanti bila dah habis modal nak menulis, pasti aku takdak idea nak menulis dah".. aku selalu untuk cuba membayangkan apa yang aku tak pernah lalui.. contohnya macam situasi sekarang ni.. sekarang aku dah lalui 4 tahun menulis blog, tetapi pada 4 tahun yang dahulu aku pernah juga membayangkan keadaan aku 4 tahun akan datang iaitu sekarang..

aku rasa nak letak gambar ni sedangkan aku tak pernah rasa untuk
nak merasa letak gambar ni pun.. kah kah kah

aku selalu takut untuk tempuhi masa dimana aku akan kehabisan modal untuk menulis.. sedangkan aku tak sedar dah 4 tahun menulis, tapi aku masih terus menulis.. hehehehe.. terbukti, kemampuan akal fikiran kita ini adalah jauh dari batasan daripada apa yang kita ketahui sendiri.. ataupun mungkin kita tidak sedari kemampuan akal kita sedangkan ilmu itu sudah ada didalam diri kita dan kita tidak tahu untuk mencetuskannya..

kalau difikirkan tentang sejauh mana akal kita boleh capai, memang boleh jadi gila.. begitulah juga dengan sifat dunia, sesuatu yang kita boleh 'kenal' di dunia ini contohnya seperti pepejal, cecair dan gas.. adakah didunia luar sana masih mengandungi unsur lain yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia? sudah pasti ada.. hal ini aku dapat merasakan sama seperti keadaan aku cuba membayangkan keadaan aku 4 tahun dari sekarang.. sesuatu yang aku cuba rasa tetapi aku tidak pernah merasai..

aku cuba untuk merasai masa.. aku cuba untuk merasai perasaan.. aku cuba merasai suasana.. itu aku, aku yang 4 tahun lepas cuba merasai aku yang sekarang ini.. segala-galanya pun kita boleh merasa.. bagaimana dengan perkara yang kita langsung tak ketahui? adakah wujud perkara yang tak boleh dirasai.. ya! masih ada perkara wujud yang tidak boleh dirasai ataupun sukar dirasai..

sekiranya kita boleh merasai masa, sudah pasti wujud sesuatu diluar lingkup masa yang boleh kita rasa tetapi sukar dirasai.. sekiranya kita boleh merasai dunia, sudah pasti wujud sesuatu diluar dunia yang kita boleh rasa tetapi sukar untuk dirasai.. adakah diluar sana terdapat sesuatu yang tidak mampu dihurai oleh kata-kata dan tulisan atau dilihat menggunakan mata atau didengar menggunakan telinga atau dirasai menggunakan lidah, tubuh bahkan hati?

jawapannya sudah pasti ada.. sekiranya anda pernah cuba untuk rasa apa yang tidak pernah dirasai atau merasai, ayolah!! sama-sama kita cuba dapatkan rasa itu.. apakah sebenarnya perasaan ini? pelik kan? kita cuba rasa apa yang tak pernah dirasai.. tapi apa akan terjadi kalau kita dapat rasa itu? kah kah kah... pelik.. pelik..

p/s : apakah perasaan anda bila kali pertama jatuh cinta? cinta masih boleh dirasa sebab masih boleh dihurai dengan kata-kata atau perbuatan.. bagaimana dengan sesuatu yang tidak seorang manusia pun boleh menghurainya? rasa apakah itu?
Share This

43 comments:

  1. Rasa time nyawa d cabut dari jasad..undefinable.!infinity.!!-silent follower-

    ReplyDelete
  2. apa pulak dah ni..... hang nak rasa jadi cam
    naruto ka? takpun hang nak rasa buat kame hame ha?
    kah3.. hang nak rasa hidup balik dgn dragon ball?

    ReplyDelete
  3. salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  4. Tak pernah terfikir pulak pasal apa akan jdi dgn blog sndiri.. Slalunya sy hnya fkir,

    "Apa la nk tulis esok."

    Wakaka! Sy agk suka prepare awal2.. Jtuh cinta? Kna rsa sndiri, brulah fhm2 sndiri.. :)

    ReplyDelete
  5. kalau jatuh cinta kat tuhan rasa macam mane ye?

    ReplyDelete
  6. ape yg ko tingin nak rasa sbnrnye ni crayon? pejam mata sudah lah...ambik feel. takut lebih lak kang mau kau "gila isim" hehehe

    tapi yg pasti paling aku takut, rasa bila nk kena cabut nyawa. mcm mana rasa tu? takutkan? dahla sorang2 plak tu mengadap malaikat maut. awek yg cute pn xbole nk tolong kau.ehem

    ReplyDelete
  7. kau rasa kau nak mengadap tuhan nanti,
    kau gembira ataupun kau takut? - same minded

    ReplyDelete
  8. jatuh cinta kt allah, rasa lazat.

    ReplyDelete
  9. aku suka, crayon aku tk tahu

    ReplyDelete
  10. aku....
    aku.......
    aku.........
    rasa menyampah baca entri ni ... puii...

    ReplyDelete
  11. "sekiranya kita boleh merasai masa, sudah pasti wujud sesuatu diluar lingkup masa yang boleh kita rasa tetapi sukar dirasai.. sekiranya kita boleh merasai dunia, sudah pasti wujud sesuatu diluar dunia yang kita boleh rasa tetapi sukar untuk dirasai.. adakah diluar sana terdapat sesuatu yang tidak mampu dihurai oleh kata-kata dan tulisan atau dilihat menggunakan mata atau didengar menggunakan telinga atau dirasai menggunakan lidah, tubuh bahkan hati?"

    aku suka ayat kau nie, kau berjaya.

    ReplyDelete
  12. chenta ilahi chenta abadi

    ReplyDelete
  13. apa2 pun blog ini adalah antara blog terbaik yang aku bacaaaa..bravoo

    ReplyDelete
  14. Kita rasa tapi orang lain tak akan rasa apa yang kita rasa.

    ReplyDelete
  15. huhu.. dh nak tukaq ke blog jiwang ke? ekeke

    ReplyDelete
  16. entry ni cam jiwang ka? hahaha.. maybe

    ReplyDelete
  17. jiwang?, entry tu bagus, kau cuba masuk ke zone "sesuatu diluar dunia yang kita boleh rasa tetapi sukar untuk dirasai".

    ReplyDelete
  18. yang tak boleh hurai tuh lah sesuatu perasaan yang tak boleh nk gambarkan.. hehe..

    ReplyDelete
  19. Ini dah macam madah pujangga, tapi tak pula puji-pujian untuk sesiapa. Mungkin awal kalimah. Tak apalah...tapi semua dan setiap sesuatu yang ghaib mahu pun nyata semua berkumpul dalam kekuasaan Allah, jika dengan izinnya pasti ada rasa dan mampu dirasai bila tiba dan kena masanya...Dah terpalit dahhhh...

    ReplyDelete
  20. bestnya andai anda sudah diketukNya. :) Moga2 ada perubahan lepas ni.

    ReplyDelete
  21. Pernah merasai apa yg tuan blog rasai

    ReplyDelete
  22. Ada rasa...rasa itu ckup indah..hihi;)

    ReplyDelete
  23. lama betoi x mai sini... dah lain dah gaya penulisan blog ni... makin dewasa... baguih2...

    x pandai la nak bermadah pujangga seperti mu sahabat, tp pernah terpikir mcm mana rasanya jd seorang ayah, skrg dah jd pun... siap nak masuk dua lagi... agagaga XD

    ReplyDelete
  24. hai , mai singgah blog faten :) http://diaamyra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. lepas ni the beaty menghampiri...amin !

    ReplyDelete
  26. nice blog...somtimes we need something new...

    ReplyDelete
  27. kalau bukan depan laptop selalu rasa nak berblog n idea mencurah2, tapi bila dah depan blog, habis semua ingatan dan kenangan hilang.. hargaialh apa yang ada sekarang..

    ReplyDelete
  28. Aku dapat rasakan apa yang kau rasa..

    ReplyDelete
  29. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete
  30. nikmat islam. susah nak gambarkan kalau aku ni dilahir sbg agama buddha ke, hindu ke.

    ReplyDelete
  31. kemana ko menghilang?? banyak sangat berfikir ko ni agaknya..sama macam aku..org simian line macam kita nie pelik2 jer kan..sigh~

    ReplyDelete
  32. kunjungan perdana, izin nyimak..sukses selalu untuk blognya

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates