aku masuk pusat hiburan (club, pub, dll) sekadar nak pengalaman ja.. itulah apa yang sering diceritakan oleh sesetengah individu diluar sana, termasuklah aku.. ehehehe.. aku pernah masuk gak tempat-tempat tak senonoh tu dua kali ja seumur hidup aku (dulu.. lama dah).. tapi aku tak pernah minum, tak pernah mabuk dan tak pernah buat bukan-bukan dalam tempat tak senonoh tu.. lagipun perkara ni dah lama berlaku dalam hidup aku.. aku dah lupakan dah tentang itu semua.. tapi baru-baru ini ada kawan aku sentuh balik isu yang dah lama aku lupakan.. untuk memudahkan pembacaan anda, aku tulis dalam bentuk dialog..
gambar tiada kaitan dengan tubelawak, tapi gambar ini di malaysia
kawan : wei hang pernah masuk club dak?
tubelawak : dulu penah la.. tapi aku masuk aku tak minum.. saja masuk sekadar nak pengalaman.. at least aku tau la jugak keadaan dalam tu macam mana..
kawan : ooo.. habis tu, syok ka duduk dalam tempat-tempat macam tu?
tubelawak : syok apanya.. aku tak mabuk.. orang lain semua mabuk macam beruk.. ada yang panjat kerusi, ada yang panjat meja.. aku nak menari pun tak reti.. memang jadi bodo la dalam tu..
kawan : habis tu, tak edjas (ngorat) ke perempuan dalam tu? depa semua dah mabuk, senang la hang nak ambik kesempatan.. hahaha
tubelawak : chait!! yang masuk dalam tu bukannya cantik pun.. harap pakai ja seksi.. sebenarnya perempuan-perempuan dalam tu, kalau pakai tudung dan baju kurung, nampak macam perempuan kebanyakan jugak laa.. takda apa yang spesial pun minah club ni.. kah kah kah
kawan : oooo.. betul jugak tu.. hang tak nasihat ka semua orang dalam tu?
tubelawak : nasihat? carik kena belasah! konfem depa terajang aku ramai-ramai..
.... dialog tamat
ok.. dialog sebenarnya takda point.. ehehehe.. dialog tu cuma nak bagitau kat anda semua bahawa kawan aku ni telah mencetuskan otak untuk menulis entry ini.. bila fikir-fikir balik, sebenarnya memang banyak dosa yang aku tanggung bila menjejakkan kaki ke dalam pusat hiburan atau tempat-tempat maksiat macam tu.. dosa apa tu? haaa.. tengok ni!
- dosa mendekatkan diri dengan zina
- dosa bersubahat dengan orang lain yang buat maksiat
- dosa tak jalankan tanggung jawab (tegur dan nasihat kesalahan orang)
- dosa merelakan diri untuk melihat cleavage dan cameltoe
- dosa lawan cakap mak aku
- dosa itu dosa ini dan dosa banyak lagi..
banyak kan? jadi lepas ni kepada sesiapa yang berniat atau ada hati nak masuk pusat hiburan atau tempat-tempat maksiat kononnya sekadar untuk pengalaman, sila lupakan saja hajat anda.. jenuh nak tanggung dosa ceq oiiiii~~ daripada layan disko maksiat, baik layan
disko rojak.. hahahaha..
p/s : ini bukan isu aku bukak aib sendiri.. ini isu nak bagi pengajaran kat anda semua :)