Thursday, May 19, 2011

epilog seorang penzina

epilog seorang penzina

ini entry tak lawak.. nama aku azroy.. aku seorang penzina.. kali pertama aku berzina ialah ketika aku dengan kekasih pertama aku.. pada mulanya, aku langsung tak reti bersosial.. biasalah, masa muda-muda memang kita selalu nak mencuba sesuatu yang baru.. bila aku kapel dengan kekasih pertama aku aku excited gila babi.. dapat pegang tangan kekasih aku pun, aku dah rasa macam matured habis dah.. ada juga aku bercerita dengan rakan-rakan aku bahawa aku selalu berpegangan tangan dengan kekasih aku.. tapi aku tak lebih-lebih lah..


rakan-rakan aku mengherdik aku.. mereka mengatakan bahawa aku tak gentleman dan mereka menguatkan penyataan bahawa 'perempuan sebenarnya nak lebih dari itu'.. aku pantang dicabar.. disebabkan rakan-rakan aku memperkecilkan aku, aku mencuba untuk selangkah kehadapan.. dari berpegangan tangan, aku belajar untuk berciuman pula.. sedikit demi sedikit aku didik kekasih aku itu untuk belajar melakukan perkara yang best dalam hidup sehinggalah kami terlanjur dan berzina..

sepanjang aku berzina dengan kekasih aku, aku pandai mengawal tembakan aku.. aku tak pernah tembak ke 'dalam'.. jadi, aku tak risau kekasih aku mengandung.. aku selalu berfikir didalam hati aku "kenapa Islam haramkan perkara yang menyeronokkan seperti ini? mungkin tuhan tersilap tulis di dalam Al-Quran dan mungkin pengharaman itu keatas pancutan 'kedalam' sahaja".. aku tak peduli tentang itu semua.. asalkan aku dapat syurga dunia sudahlah..

selepas hampir setahun, kekasih aku meninggalkan aku dengan alasan aku merosakkan hidupnya dan tak mampu mendorongnya menjadi insan yang baik.. aku merelakan.. kerana aku yakin aku mampu mencari insan yang suka berseronok seperti aku lagi.. tak lama aku kesorangan.. seingat aku lebih kurang 3 bulan selepas itu aku berjaya mendapatkan kekasih hati baru..

kekasih aku yang kedua ini, agak sosial.. dia suka ke kelab malam dan juga seorang pemabuk yang tegar.. aku turut diajar minum arak kerana 'tak cool' katanya kalau tak minum arak.. biasanya pada malam minggu, selepas pulang dari kelab malam aku dan dia pasti akan berzina.. tapi perkara ini cuma berlarutan selama 1 bulan.. kemudian dia ada kekasih hati yang baru..

kali ini, aku agak runsing kerana berpisah dengan kekasih aku.. bukan apa.. kali terakhir aku bezina dengannya, aku rasa aku telah tertembak 'dalam' kerana aku mabuk ketika itu.. aku takut sekiranya kekasih barunya yang punya benih tapi aku yang terpaksa bertanggung jawab.. hidup aku tak tenteram.. seminggu sekali aku pasti akan menghubungi si dia untuk mengetahui dah datang haid atau belum..

segala kerja yang aku buat tak menjadi.. buat itu tak kena, buat ini tak kena.. hampir sebulan lamanya.. barulah si dia memberitahu bahawa haidnya sudah datang.. aku lega.. namun hati aku masih kuat ingin berzina dan mencari kekasih hati baru.. tapi aku tidak lagi minum arak dan masuk ke kelab malam.. aku dapat point kenapa Islam haramkan arak terhadap umatnya.. arak itu ibu segala maksiat..


kemudian, aku berkenalan pula dengan kekasih ketiga aku.. yang ini agak berlainan dengan sebelum ini.. dia bekerja di kedai makan berhampiran rumah aku.. apa yang aku tahu, kekasih baru aku ini adalah seorang yang bekerja keras untuk mendapatkan duit.. aku selalu memujinya.. walaupun begitu, dia tetap tewas dan turut berzina dengan aku.. aku bahagia.. dia pandai jaga hati aku dan pandai melayan aku ketika di ranjang..

rupanya bahagia ini tidak kekal lama.. setelah dua bulan bersamanya, dia mengatakan dia mengandung.. aku hairan.. aku bertanya "takkan dua bulan dah boleh tau mengandung?" dia membalas "i beli alat pregnancy test kat pharmacy".. dia meminta wang sebanyak RM5000 dari aku kerana ingin gugurkan kandungannya.. aku berkeras untuk tidak memberikan wang itu kerana aku rasa itu bukan anak aku dan aku tak perlu bertanggungjawab ke atas anak itu..

dia telah melaporkan hal itu kepada keluarganya.. abangnya telah membawa sekumpulan samseng untuk membelasah aku.. dan mereka telah mengkhabarkan tentang itu kepada keluarga aku.. aku malu.. aku malu dengan keluarga aku.. aku malu dengan masyarakat kerana dituduh tidak bertanggung jawab.. si dia kini berkahwin dengan bekas kekasihnya yang aku rasakan ayah sebenar kepada nak dalam kandungan itu..


selepas kekasih ketiga itu, aku tidak lagi berzina dengan sesiapa.. dan kini aku sudahpun berkahwin dengan insan yang sanggup menerima diri ini seadanya.. aku dikurniakan seorang anak perempuan.. aku sayang anak perempuan aku.. aku tak mahu sesiapa merosakkan atau meratah tubuh anak aku.. aku insaf.. bila dah sampai ke tahap ini, baru aku sedar kenapa Islam mengharamkan zina.. aku sering termenung kerana teringatkan dosa-dosa silam aku..

semua cerita ini, aku tak malu untuk ceritakan kepada rakan-rakan aku ataupun kenalan yang masih muda.. bukan untuk membuka keaiban sendiri.. kerana bagi aku, setiap ciptaan tuhan itu ada matlamatnya.. selagi tidak ada orang seperti aku bercerita, selagi itu orang takkan nampak point asal ajaran agama.. tapi satu ja yang aku harapkan, janganlah pandang aku sebagai insan hina dan....

kalau aku mati dalam keadaan hina suatu hari nanti,
anggaplah kewujudan aku sebagai pengajaran kepada semua ya


p/s : cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah mati.. tubelawak saja nak cuba imagine bagaimana keadaan kalau orang yang pernah buat silap dan menyesal dengan apa yang pernah dilakukan.. ada orang buat jahat konsisten sampai tua.. ada orang buat jahat awal, tapi lama-lama insaf.. kesimpulannya selagi tak kena kat batang hidung sendiri selagi tu manusia takkan sedar..
Share This

125 comments:

  1. Sedihnya baca cerita ni.. semoga kita dilindungi daripada hasutan dan godaan syaitan..

    Aku nak laptop ni

    ReplyDelete
  2. wow! nice dude.
    insaf aku malam2 hari nih...


    harap aku mati dalam keadaan baik. aminnn....

    ReplyDelete
  3. thx tubelawak atas cerita rekaan mcm ni. Hope remaja2 kat luar sana n diri sendiri ambik pengajaran

    ReplyDelete
  4. macam ada pengalaman plak. keh keh keh

    ReplyDelete
  5. bagus entry ni utk peringatan org lain yg susah nk insaf atau yg baru nak terjebak.

    ReplyDelete
  6. yup..pengajaran tu penting..selagi x kena kat btang dung selagi tu la x insaf..

    ReplyDelete
  7. tersentap nok! HAHA btw akem cane.? still tak sedar eh.?

    ReplyDelete
  8. akim (telordibasuh) still tak sedar.. pakat2 doa la untuk akim.. semoga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. fuhhh. aku baru bajet kau sedang buat kesah kau. haha. joking.

    best best. takut kan hukum karma?

    ReplyDelete
  10. alaaa, buat la kisah yg anak dia main laki plak

    ReplyDelete
  11. nasib baik last last balik ke pangkal jalan juga.. :)

    ReplyDelete
  12. Manusia ni bersifat baru.,
    dan Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.,
    taubat nasuha.,InsyaAllah Dia akan terima kita~
    BTW, nice post TUBE LAWAK., i like it^^
    -Alahai~

    ReplyDelete
  13. melawan nafsu adalah satu jihad.
    aku selalu ingatkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  14. Pengajaran cerita ni, berhati-hatilah dengan perempuan...

    ReplyDelete
  15. kritikal jugak si telor ni ek..haish..

    ReplyDelete
  16. zina ni banyak..zina mata, zina hati lagi.
    pandai pandailah jaga maruah masing2 yewwwww ~

    ReplyDelete
  17. insaf pg-pg buta nie...heh ~ nice one..

    ReplyDelete
  18. bak kata Ahmad Fedtri Yahya insaf mungkin 5 minit sahaja.. jadi, Allah gerakkan hati orang lain untuk menasihati kita... Bila berbincang dan saling mengingati, ia lebih memberi kesan kepada jiwa... ketika nasihatkan org, kita sebenarnya nasihatkan diri kita juga.. akhir zaman, kita mudah lalai dan alpa.. :)

    ReplyDelete
  19. foto-fotonya sedikit syuuur tuh sob . . hehehehe

    ReplyDelete
  20. pasai pa hang suka pos video anjing?

    ReplyDelete
  21. fuhhh !
    jauhi zina...

    hidup bhagia..
    =D

    ReplyDelete
  22. cerita ni memang terbaik..smga jauhi zina

    ReplyDelete
  23. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu; Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya”. (Riwayat at-Tirmidzi)

    ReplyDelete
  24. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya”. (Riwayat al-Bazzar)

    ReplyDelete
  25. tq anon.. aku tak penah lupa 7 golongan vip kat padang masyhar tu.. hehehe

    ReplyDelete
  26. THANKSS FOR THIS. ITS A LESSON. SEMOGA DPT AMBIL IKTIBAR :)

    ReplyDelete
  27. tkotnya..
    smoga Allah jaohkn driku dr zina serta sgala kmungkaran yg blh mndtgkan dosa..
    huhu

    ReplyDelete
  28. hehe.. entri bagus! terbaik bro!

    ReplyDelete
  29. pengajaran yang baik dari cerita ni..

    ReplyDelete
  30. zaman 'moden' la ni ada lg ka kapel yg tak berzina? aku ada nama several famous bloggers yg berzina..kalau aku reveal, mesti org terkejut sbb depa sgt comey dan pakai tudung lg!

    ReplyDelete
  31. @rye : heeeeee.. cuba habaq mai kat aku tgk.. aku buat entry special untuk reveal.. kah kah kah

    ReplyDelete
  32. wah,..best tol.macam cite betul jek,.

    ReplyDelete
  33. bley wat cerpen ni..tp punya mksd yg mendalam..tanx sme2 mengingtkn.

    ReplyDelete
  34. nasihat berharga ni... makasih^^

    ReplyDelete
  35. wow..terkesima sekajp hehe..

    ReplyDelete
  36. sadis dan insaf bila membacanya..hope setiap perbuatan sentiasa di jaga oleh Allah.. :)

    ReplyDelete
  37. bagus2..
    entri rekaan yg sangat2 berkesan..

    ReplyDelete
  38. http://attyfatiyhah.blogspot.com/2011/05/yunki-nak-yang-ada-dara.html

    feel free to comment :)
    thanks.^^

    ReplyDelete
  39. penah jumpa orang macam ni.. dan dia mengaku depan saya.. dia cikgu sy.. cikgu TTS(tempur tanpa senjata)

    sekarang memang dia insaf gila.. dia takut benda yang sama jadi kat anak pmpuan dia.. selalu pesan sy jaga diri..

    ReplyDelete
  40. Moga tidak terjebak dgn maksiat ini..

    ReplyDelete
  41. hilang... feel.. lepas tengok video anjing.. hahaha

    ReplyDelete
  42. suke ntry ni~~~
    walau ape pun sume org pnh melakukn kesilapn cume smpat x dwe kmbali kepangkal jln..
    thx yo..

    ReplyDelete
  43. ini diri penulis atau orang lain?..kesilapan macam la yang susah untuk melupakan..sentiasa dalam ingatan...tapi masih berharap untuk berubah menjadi yang baik..huhu

    ReplyDelete
  44. terfikir msa baca entri ni... org pernah kata what u give u will get back.. bila kita sedar benda tu satu silap besar kita akan berubah.. tp kalau yg tak pernah sedar..??? hakikatnya what around goes araound juga..

    ReplyDelete
  45. epngajaran kepada kita semua. sedih pulak bila baca artikel ni. baguslah akhirnya dia sedar :)

    ReplyDelete
  46. bila berdua....dtglah yg ketiga...fikir2kan lah

    ReplyDelete
  47. woohoo. cerita ni penuh emosi dan perasaan. HAHA.

    ReplyDelete
  48. bagus lah :) . semoga kita semua dijauhi .

    ReplyDelete
  49. semoga dijauhi dari zina. pelihara diri pelihara maruah :)

    ReplyDelete
  50. .........
    bagusle... dah puas main, pas tu menyesal..

    ReplyDelete
  51. lelaki2 .
    hu3 . memang suka mcm tu yaa ?

    ReplyDelete
  52. aaaaa insaf wehhh... risau betul. mintak jauh la aku dari semua tu. anak2 sedara aku pun, semoga Allah jauhkan diorang dr perbuatan maksiat.

    terbaru: day three : 10 things you hate

    ReplyDelete
  53. Salam. Kite kate kite sedih, kite insaf untuk hari ini tapi esok luse....moga2 kite semua dilindungi Allah SWT..Amin

    ReplyDelete
  54. manusia byk buat silap..moga2 kesilapan mengajar diri ke arah insan yg lebih baik..sentiasa mengingati tuhan nescaya terhindar la dari benda-benda haram nie..

    ReplyDelete
  55. Daripada Abi Umamah telah berkata:Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Nabi SAW, seraya berkata:
    “Ya Rasulallah, izin aku untuk berzina”.
    Maka orang ramai pun berpaling kepadanya sambil menahannya, dan mereka berkata: “Jangan..jangan (Berhentilah kamu dari berkata sebegitu)”,
    Maka telah berkata (Rasulullah SAW): “Bawakan dia dekat denganku”. Maka pemuda itu telah mendekati Baginda SAW.
    (Abu Umamah) berkata: maka (pemuda itu) telah duduk (dekat dengan Rasulullah SAW).
    Rasulullah SAW mula bersabda: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada Ibumu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka”.
    Rasulullah SAW bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
    Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka”.
    Rasulullah SAW mula bersabda: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada Ibumu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada ibu-ibu mereka”.
    Rasulullah SAW bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada anak perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
    Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada anak-anak perempuan mereka”.
    Rasulullah SAW bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada saudara perempuanmu?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
    Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada saudara-saudara perempuan mereka”.
    Rasulullah SAW bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ayah)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
    Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ayah) mereka”.
    Rasulullah SAW bersabda lagi: “Adakah kamu suka itu (perbuatan zina) terjadi kepada emak saudaramu (sebelah ibu)?” Lantas pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak! (Aku lebih sanggup) Allah jadikan aku tebusan (kematianku) bagimu!”
    Rasulullah SAW menyambung: “(Begitulah juga halnya) orang ramai tidak suka hal itu (terjadi) kepada emak-emak saudara (sebelah ibu) mereka”.
    Abu Umamah berkata: Maka Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas pemuda itu, lalu berdoa:“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
    "Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (dr melakukan zina)"
    Selepas itu, pemuda itu tidak lagi memandang sesuatu (yg berupa maksiat (terutama zina), natijah maqbulnya doa Nabi SAW).
    (HR Ahmad 5/256-257, Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Kitab Al-Silsilah Al-Sahihah 1/645)

    ReplyDelete
  56. entry yang sangat berguna. ada juga orang yang dah tersalah langkah, kembali ke pangkal jalan. berilah peluang pada mereka.

    ReplyDelete
  57. hahahaha aram...pancut je tau..jage la sikit..lol

    ReplyDelete
  58. padahal nikah mudah

    http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  59. Epiloq yg sgt bagus ni bro...keinsafan dtg selagi masih ada hayat..sgt bersykur..bg Penzina2 diluar sana..yg belum terbuka hati...buka la sekarang...sampai saat mata dah tertutup nnt...Siksa Allah itu MAHA pedihnya....

    ReplyDelete
  60. bila nafsu menguasai diri..
    agama jadi mainan hati....=)

    ReplyDelete
  61. nice entry,..peringatan utk yg bercouple.bila duduk berdua,..duduk renggang2.pesan suhaimi meor hassan

    ReplyDelete
  62. yeahh memang betul tuu , if kita belum kena kita takkan sedar apa yang kita buad tuu salah .

    kalau rajin ,cuba baca sini >
    http://heyymissfiee.blogspot.com/2011/05/bila-masa-sesuai-untuk-bercinta.html

    ReplyDelete
  63. NICE BRO...HEHE...IZUARI IDRIS..

    ReplyDelete
  64. style seh.. tapi nama azroy tu macam familiar lah..wakakaka !

    ReplyDelete
  65. Such an interesting way to point out your view..
    By all means, we are just human being who tended to make mistake and some mistake might haunt us for the rest of our life..

    ReplyDelete
  66. sy suka entry ni.. terima kasih dude

    ReplyDelete
  67. aq suke entry nie ...
    huh , insaf aq mlm2 nie ..

    ReplyDelete
  68. fuh..insaf aku bce entry ni..semoga kita dilindungi-NYA

    ReplyDelete
  69. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  70. Sama ada nak masuk syurga dunie ke nak masuk syurga akhirat? Ckp! jgn tak ckp. Berdatinglah ngan taubat sblom berdating dengan maut. (ok tak aku ckp?)

    ReplyDelete
  71. Oh...itulah hidup selalu jadi mcm.Hihihi

    ReplyDelete
  72. kau orang di kasih hidayah mengerti makna haram..syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  73. SAYA TERBACA..YG LBH BAIK KEPALA DITUSUK BESI DRPD TERLANJUR BERZINA KRN DOSA BERZINA AMAT BESAR.. MUNGKIN DI DUNIA ALLAH TIDAK TUNJUKKAN BALASAN LG TP TUNGGULAH DI AKHIRAT..UMAT NABI MUHAMMAD MEMANG ALLAH TIDAK TUNJUK TERUS BALASAN SEPERTI UMAT2 TERDAHULU.

    ReplyDelete
  74. haah sedih a citer nie..

    nice entri.;)

    ReplyDelete
  75. sobie was here,,,

    jauh2 lah dari zina,,


    http://sobiecorner.blogspot.com

    ReplyDelete
  76. amazing formation,, it is very good, greet blog thank you for your posting.....

    ReplyDelete
  77. salam kenal... berbagi pengalaman pahit semoga tidak ditiru oleh yang lain...

    ReplyDelete
  78. crita yg bgs... aryn suka bc... nasib baik la dia sempat b'taubat...

    ReplyDelete
  79. semoga menjadi pandua kepada org ramai..hehe

    nak lawak aku? >> blog aku punya

    ReplyDelete
  80. Kejadian mcm entri dah tak terkira skrg ni..malangnya ramai gak yg x sedar2, ada yg x sempat bertaubat..

    ReplyDelete
  81. nasib sempat bertaubat. huhu... betapa pentingnya ilmu

    ReplyDelete
  82. nice entry :)..even bkn true story jdkan sebagai pgajaran :) da sebab islam mlarang perkara tersebut.. :)

    ReplyDelete
  83. harap jd pengajaran kat semua org kan...

    ReplyDelete
  84. Cerita ni ada PENGAJARAN yang bagus!!

    ReplyDelete
  85. simple tp readesr can ctch the point =))

    ReplyDelete
  86. kue respect ko leh share citer cam nie
    rajin2 follow la kue ek....

    http://masturagarip88.blogspot.com/

    ReplyDelete
  87. dan sepatutnya malysia mengharamkan video yang lucah tidak kira di dalam filem mahupun dalam utube. ibu bapa juga perlu mengetahui kekasih anak2 mereka terutamanya perempuan,,,

    ReplyDelete
  88. aku tak tau rasionalnya orang cakap bila kau tak minum,kawan kurang la, merokok itu cool,maksiat itu sedap dan sebagainya. Harap iman aku yang nipis ini dapat kupelihara.aminn

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates