sebelum ada yang cuba nak buat andaian sendiri, aku nak cakap dulu yang aku ni bukan ustaz.. tapi dalam entry aku semalam ada yang kata "lelaki baik untuk perempuan baik" dan ada juga yang mengeluarkan hukum "haram penzina kawin dengan yang suci".. yang lawaknya, sampai ada orang kata aku ni penzina sebab tu aku cakap aku sanggup terima perempuan tiada dara.. hahaha.. jadi perkara ini membuatkan aku rasa aku perlu menulis entry ini agar ramai yang tidak salah faham dengan statement-statement seperti itu..
Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.
Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.
Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.
kalau ramai yang menganggap Allah telah menjanjikan pasangan yang baik kepada orang baik dan pasangan jahat kepada orang jahat, sebenarnya anda telah tersalah.. habis kalau tiba-tiba anda dapat pasangan yang jahat, anda nak salahkan Allah kerana mungkir janji? anda yang telah tersalah faham ok.. situasi seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita..
contohnya kawan aku sendiri pernah berkata "abang aku seorang yang baik dan alim, tapi kenapa isteri dia perangai macam taik? kan lelaki baik untuk perempuan baik?" nak contoh lain lagi? yang ni aku pasti ramai tau "seorang artis perempuan terkemuka di malaysia dahulunya seksi tapi selepas berkahwin dengan ustaz, sampai sekarang dia tidak pernah mendedahkan aurat dia" :)
untuk lebih jelas lagi, kita perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.. Ia dimansukhkan oleh Allah s.w.t dalam Surah an-Nur; ayat 32 dan 33 yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang."
Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.
Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu..
dalam Islam, seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.. kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu, untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.. ini adalah dakwah.. ini bukan isu terima 'bekas orang' ataupun terima orang jahat.. kalau anda tidak mampu melakukan itu, carilah pasangan yang anda rasakan sesuai untuk anda..
dalam Islam, kalau seseorang tu telah bertaubat, kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.. kalau tidak, berdosa.. sebab dalam Islam, orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.. even 'bekas orang' pun kalau dia sudah bertaubat, dia lebih bersih dari yang belum bertaubat.. tetapi masyarakat kita tidak boleh menerima hakikat ini..
lagi sekali aku nak tegaskan dalam entry ini, aku bukan menulis entry ini untuk menggalakkan zina dikalangan masyarakat.. zina itu haram dan boleh mendatangkan banyak permasalahan terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.. kalau pernah terlanjur dan sudah bertaubat, life must go on :) ingat tu..
video : meanest marriage proposal
** p/s : kalau anak-anak anda nanti nakal dan pernah terlanjur, sudah pasti anda nak bagi pasangan yang baik kepada anak anda agar pasangan dia mampu didik dia kan?
suke post niyh. betul lelaki yg baik tak semestinye utk perempuan yg baik. semuanya bergantuk mengikut ape yg ditentukan oleh allah. :)
ReplyDeletenice entry ,good info :)
ReplyDeletemotivasi yg baek...
ReplyDeletekalau lelaki nakal camne lak? huhuhu...sbb nakal tak semesti tak baik kan kan kan :P
ReplyDeletesetuju..kena la tau pasal asbab nuzul ayat tu bru la leh nk ckp..
ReplyDeleteni tak phm tp ckp bukan2...
tu ag zalim...
kata2 tak berasas pun takle pakai
baek bro..
ReplyDeletesetuju..info dan pendapat yang bagus..
weh aku suka post hang ni. btoi la kan tak semestinya baik tu dapat baik ja,abes yg tak baik tu nak letak mana? *aku merujuk pada aku yang jahat ni.ekekekekke.
ReplyDelete:)
ReplyDeletenice :)
ReplyDeletesgt sukakan entri nih...:)
ReplyDeleteabes tu kalaw smua orang kawen baik dengan baik jer sape pulak yg nak bimbing yang jahat2 neh ?\hurmm.,
ReplyDeleteentry yg brmnfaat...
ReplyDeletesetiap yg Allah trunkan, smada buruk atau baik ada hikmah di sebaliknya...apaun pkra bruk atau yg baik trjdi, pulangkan sama Allah utk mnghukum@mnilai semua itu, kita sbgai manusia jgn lah ego dn megah utk mengutuk prmpuan2 yg mlkukan pkra yg tidak baik, sebab semua manusia itu lemah disisi-Nya..kita tdk tahu nasib kita pula mcmna suatu hari nanti...bantulah mrk ke jln yg bnr dn dredhai..Insya Allah...
betul3..
ReplyDeleteketentuan Allah tu sangat adil..
mingkin pada pandangan mata kasar kita yang baik tu baik,jahat tu jahat
tapi pandangan dan ketentuan Allah tu tak sama dengan kita..
mungkin hari dia baik esok dia jahat, esok jahat arini baik..
kesimpulannya tiada kesimpulan kita boleh buat sendiri..
cuma kita sentiasa kena perbaiki diri..
^_^
sekadar pendapat yg tiada ilmu
trillionnnnn suke ini entry .. thx thx thx!! :)
ReplyDelete(^^_
ReplyDeletewell explain bro. moga2 ianya dapat merubah persepsi dan mentaliti masyarakat kita. sangat tertarik pada bahagian
ReplyDelete"* p/s : kalau anak-anak anda nanti nakal dan pernah terlanjur, sudah pasti anda nak bagi pasangan yang baik kepada anak anda agar pasangan dia mampu didik dia kan? "
-sangat tepat sekali.
"Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu.. "
ReplyDeleteLT sokong...
perkahwinan adelah proses menjadi
bukan mencari kesempurnaan
lengkap melengkapi....
org mmg selalu
akan buat ayat seperti ape tube
katakan pada mula2 artikel nih...
sgt suka pandang ini...
masih ramai yang beranggapan
kahwen dgn org yg pernh terlanjur berdosa...
masih ade yang menyalahkan ALLAH kerana...
perkahwinan yang bermasalah....
kita perlu membaiki pasangan kita....
sebab tuh agama amat penting sebgai tiang agama...dalam emmbina perkahwianan yang bahgia...fahami kenapa ayat /hadis diturunkan....
back to basic...
aku setuju :) yang baik itu perlu baiki apa yang jahat . nice entri tubelawak .
ReplyDeleteyang p/s tu , yes tepat sekali .
=)
ReplyDeletefaham suda! nice entry....TQ for sharing!
ReplyDeleteaku suka comment Alinn V ^^
ReplyDeleteooo,mcm tu ke
ReplyDeleteubah pemahaman :D
salam..
ReplyDeletehmm sori late..
sy students tak dpt on9 sgt..
minta maaf sgt2 atas komen smlm..
ya..mmg ada hadis tntg nabi melarang penzina kahwin dgn yg suci..
itu pun pertanyaan shbt baginda..dan terima kasih atas info tntg pmansukhan tuh...
dan akui kelemahan sy dalam kemukakan dalil..
dan terima kasih juga atas info nih..
lebih byk info dan terperinci..
wanita yg baik mmg utk laki yg baik..dalam quran dah nyatakan..tapi siapa kita untuk nilai diri kita baik..siapa kita nak nilai org lain baik..siapa kita nak nilai diri sendiri dan org lain.. sebanyak mana pun amalan kita lakukan,kita pun tak tahu adakah kita dah sampai atau tidak tahap Baik tuh..
itu sebab nak dapat macam tu,kita kena terlebih dahulu jd mcm tuh.. dalam masa yg sama jaga niat..
terima kasih atas teguran..
yang menulis nih individu,bukannya malaikat..
byak silap barangkali..
dan akui sgt2 kesilapan sy.. hamba yg hina nih mmg akui selalu sgt buat silap.
dan minta maaf jika ada yg salah faham..
juga utk peringatan,
nabi bersabda,
"Barangsiapa yang hina org lain atas dosa yg dilakukan,dia takkan mati sblm buat dosa itu,,nauzubillah.."
btw,
nice sgt entry nih..
bg saya ia mungkin bg kekuatan pd mereka utk mcari psgn..
terutama bg mereka yg pnh tlanjur..
dan terlalu fikir masa silam..
manusia yg sempurna bukan mereka yg tak pnh wat silap tp mereka yang bila lakukan kesilapan,mereka btaubat..."
k,terima kasih..
sgt2 hargai..
jazakallah..
good info...sy sependapat dgn anda...cuma sy kurang fasih utk berkata2 seperti anda dgn dalil2 yg ada...terima kasih sekali lg...
ReplyDeletemanusia itu berada pada takdirnya masing-masing. tuhan tidak akan merubah nasibnya kalau tidak ingin merubahnya sendiri. halnya dengan perempuan dan laki2 sama mereka punya potensi untuk melakukan kebaikan, dominasi kebaikan tergantung dari kedekatannya kepada tuhan. akhir2 ni kita banyak menemukan orang isalam tapi belum 'berislam' artinya mereka hanya sebatas islam ktp. perbuatannya jauh dari nilai2 dalam alqur'an.
ReplyDeleteakhir2 ni kita banyak menemukan orang islam tapi belum 'berislam' artinya mereka hanya sebatas islam ktp. perbuatannya jauh dari nilai2 dalam alqur'an....khair..
ReplyDeletemanusia yg sempurna bukan mereka yg tak pnh wat silap tp mereka yang bila lakukan kesilapan,mereka btaubat..." qistina
nice thought u ols...
suke entry nie.
ReplyDeletelagipun, berzina tue pun luas jugak mksudnya. bukan berzina tue hanya terlanjur je. zina hati, zina mata dll.
T.E.R.B.A.I.K...L.A.H.... ^_^
ReplyDeletesangat suka entry neh..
tumpang baca
ReplyDeleteaku suka entry ini..bagus..
ReplyDeletetak de ape dah nak cakap..penjelasan semua ade dlm entry tu..so marila kita kawin mengawini dgn cara yang sah..jaga la diri, jaga la maruah..peace!!
tak mahu kata apa-apa..senyum~~
ReplyDeleteCara Baik Pulih Handphone yg Dimasuki Air
kudos for this entry bro!
ReplyDeletenice entry... sooo inspired.. =)
ReplyDeletefuh! terbaek entry ni. i loike (^_^)
ReplyDeletenice one. :)
ReplyDeletekpala hotak aku cakap : owg baik mgkin sesuai utk owg jahat sbbnya dia ble bimbing owg yg jht pd kebenaran...tp byk owg xmaw cemni kan?
ReplyDeleteklu baik kawin baik,jht kawin jahat,sapa nk bimbing si jahat dan jahat neh....
jst pendapat aku la..huaaa
aku rasa post kali ni agakk panjang tp mampatt! baguihhh.semua manusia nak benda yg baik kan kan
ReplyDeletenice entry. pandangan yg terbuka. setiap org ade pandangan masing2. lebih baik rujuk pada yang hak(soleh/solehah).
ReplyDeletemmg benar perempuan yg baik utk laki2 yg baik dan sebaliknya. Sudah banyak terbukti. Tp tak kurang bnyk nya kes perempuan jahat dijodohkan dgn laki yg baik dan sebaliknya. knp? ade pendapat menyatakan kerana Allah hendak menguji laki/perempuan tersebut agar dapat membimbing pasangannya ke jalan Allah. Sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI.
klu baik kawin baik,jht kawin jahat,sapa nk bimbing si jahat ni.? pandangan ni bagus tp jangan iktikad 'aku jahat nnt dapat kawin dgn yg baik, dia boleh bimbing aku'. Bahaya iktikad mcm ni. kita sendiri kene usaha utk menjadi baik. kalau niat pon dah salah, takkan Allah nk bagi yg baik kan. Wallahualam
ya btol..klu pompuan yg baik hya untk lelaki yg baik,yg jhat siapa nk tnjuk ajar untk jd baik,ye x?mst la yg baik tu kna tlg supaya yg jht jadi baik..=)
ReplyDeleteentry yg bagus! sgt berinformasi!
ReplyDeleteda statement is true. mmg laki baek utk girl yg baek. n it doesnt said baik org tu before kawen or after kawen. bley jd baek dye after kawen.
ReplyDeletebut who r we nk decide org tu baek ke jht kann...
dah2 chill :)
agreed:)
ReplyDeleteokayy..baru betul-betul faham surah an-Nur, ayat 26 tu. terima kasih. :)
ReplyDeletenice!!! ust tubelawak ^^ ...
ReplyDeletebaguih la hang na..
ReplyDeletenice post sahabatku..tetap kreatif ya..semoga sukses selalu..salam
ReplyDeletebaca n fhm.. then fikir.. jgn komen pjg2 sbb sush org lain nk post comment .. heeee ;D
ReplyDeletesetuju jugak, tapi selalunya manusia nih tak reti bersyukur, dah dapat yang baik pun mengharapkan yang lebih baik. terlampau taksub dengan yang baik utk org yg baik tuh. last-last merugikan diri sendiri, perhubungan pincang. terima je seadanya, insyaallah janji Allah tetap ada untuk setiap manusia, jangan cepat melatah sudah.
ReplyDeleteLatest Entri :
Telefon Rumah VS Handphone
phewwiitt nice one :)
ReplyDeletejusteru, lelaki sekalian, jgn lah pulak wujud, "pompuan tu men2 je, lau bini, aku nak carik yang solehah" (padahal dia sendiri perangai hampeh).
oleh yg demikian, sama2 lah kita perbaiki diri supaya dikurniakan psangan yang baik, soleh dan solehah. kekeke
Sentiasa perbaiki diri sendiri
ReplyDeletepnah dgr kalau kata seorg pompuan dpt suami yg jahat, brmakna pasti ada hikmahnya...mungkin dr segi lainnya, isteri perlu bimbing suami ke arah yg benar..dan juga sebaliknya..
ReplyDeleteApabila Isteri GEMUK selepas kahwin
wahh..entry ni baru betul betul ada gaya ustaz. hee
ReplyDeletetp sape artis yg sexy bile kawen x dedah aurat tu ?
bersama2 lah kita berusaha utk menjadi insan yg lebih baik, mudah-mudahan segala yg akan dtg kpd kita adalah yg baik2 belaka...
ReplyDelete"laki baik utk perempuan yg baik.."
ReplyDeletewalaupun seteruk mana seseorang tu..dy still berhak utk menjadi seorang yg baik..semua manusia melakukan kesilapan..
macam dah sedia nak kawin je encik tubelawak ni..hehe
ReplyDeletepmpn baik mmg utk laki yg baik :)
ReplyDeletesemoga encik tubelawak segera dikahwinkan... ameen ~kami sayang encik tube ni
ReplyDeletesaya setuju dgn entri mr.crayon yg ni...
ReplyDeletelu mmg terbaik lah bro.
ReplyDelete;)
gua tetap minat kat lu. nyeh nyeh.
Pada saya baik ni sgt abstrak,apa yg dimaksudkan dgn baik??tak tinggal solat,menutup aurat??saya rasa apa yg dimaksudkan dgn perempuan yg baik utk lelaki yg baik adalah baik dari dlm hatinya...baik dari segi yg hanya allah sahaja dapat menilai kebaikan itu.Allah maha mengetahui dan Dia pasangkan kita dgn org yg sesuai dgn jiwa kita...dan jika terjadi perceraian,mungkin kerana Dia mahu kita belajar sesuatu dan insyaallah terdapat sesuatu yg lebih baik dijanjikan-Nya...sekadar pendapat saya je la.
ReplyDeletetuhan maha mengetahui setiap kekurangan dan kelebihan hambanya.. makanya.. kita dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.. maknanya x semestinya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik bgitu juga sebaliknya..
ReplyDeleteyg pasti blog ni memang terbaik la bro.. hehe..
nice entry :) sukaa baca blog andaa.
ReplyDeletegood entry. semoga persepsi lama tu berjaya dikonvert. ramai yang tak paham ayat tu tapi inche blogger da tolong simplifykan. thanks.
ReplyDeletebetullah apa yg tulis tu..
ReplyDeleteharap sesama pasangan mendapat hidayah dan keredhaan Allah..
ReplyDeleteInsyaAllah..
That's right. Bukan bermakna kalau dapat pasangan yang tidak baik hidup kita akan hancur.
ReplyDeleteSebab mungkin Allah takdirkan kita untuk bimbing dia.
sangat ilmiah entri ini dan saya sangat sukakannya..heehee
ReplyDeletepasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain :)
bersama-samalah kite berusaha utk menjadi manusia/khalifah yg baek...
ReplyDeletesalam,hai owner tubelawak.
ReplyDeletemcmna pulak penerimaan awk thadap bekas(atau masih) pengkid/lesbian/tomboy?
apa pdapat awak?
salam....nice n3...sarat dengan info agama...
ReplyDeleteteruskan...
:)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteboleh Ustaz Love minta sumber rujukan tentang hukum nasikh mansukh itu? kalau boleh, tggalkan kat blog / email pun bleh : ustazlove[at]gmail[dot]com
macihh
entry yg best & senang paham. cth drama pn ade, Nurkasih tu. Nur + Adam.
ReplyDeletetersentoh ati ak....
ReplyDeletenew info 4 me..thanks~
info bagus n bergune... :)
ReplyDeletermai yg tersalah fham ttg orang baik mesti dgn orang baik... urmm....
sejahat2 kita pun bila nak mencari pasangan msti lah yag lebih baik drpada kita sendiri.. itu adalah lumrah alam...
ReplyDeletethx for the info ;)
ReplyDeletelike sgt . membuka minda org yg t'tututp & juga m'berikan ilmu yg baru kpd org lain .
Suka n3 nih..
ReplyDeleteBagus sgt..x semestinya org yg baik jodohnya dengan org yg baik jugak..semua ketentuan-Nya
saya amat tertarik dgn bicara mama rayyan...
ReplyDeletebetul kata mama rayyan...diakhir perhentian kita(akhirat) juga, Allah akan mgadili kita melalui ketakwaan n keimanan kita...jadi sbgi manusia pon jgn lah begitu memilih...asal kn wanita itu dipilih mlalui agama nya(solehah)..prkara yg lepas telah pon mnjd sejarah..kita xlayak utk mhukum si perempuan td....bimbinglah kjalan yg benar..huk3..
;)
Good entryy ! Go onn :) Sukaa gilaa bace blog nie . Banyak info ^^
ReplyDeleteassalammualaikum tl.. saye nak copy entry ni.. saye nak paste kat blog sayeu... saye mintak izin dlu.. saye buat entry.. skali ngan link..tapi kalau tl tak suka, komen laa kat entry tu... saye bleh delete.. :)
ReplyDeletethanks
sangat suke dengan "p/s" itu....
ReplyDeletesurah an-nur ayat 26 tu, tentang laki yang baik untuk perempuan baik and vise versa tu bukan janji Allah, tapi peringatan dari Dia.
ReplyDeleteutk elak salah faham, baik hurai isi Al-Quran berasaskan hadis sekali...baru boleh faham apa maksud sebenarnya...setiap ayat yg Allah turunkan dlm Al-Quran ada peristiwa disebaliknya yang diterangkan lebih lanjut dalam hadis....
ReplyDeleteWallahu'alam..
boleh ke manusia tu menilai "baik" itu??baik tu subjektif.Allah je yg boleh menilai baik buruk hamba-Nya. Manusia asyik nak cari yg terbaik, tapi tak sedar diri sendiri pon belum cukup baik disisi Allah. :'\
ReplyDeleteHanya Allah yang berhak menilai...kita manusia sangat kerdil di-sisiNya...
ReplyDeleteSubhanallah,
ReplyDeleteDoa tu senjata umat Islam.
ReplyDeletegud entry..setuju dgn tubelawak..tak perlu meyoalkan jodoh dgn yg baik atu sebliknye =)
ReplyDeletegood entry i suka you punya opini
ReplyDeletenice one bro...
ReplyDeletestatement lelaki baik utk pompuan yang baik dan pompuan yang baik untuk lelaki yang baik aku cukup setuju pasal itu janji Allah untuk hambaNya... tapi pompuan yang baik tak bermaksud dier xpenah terlanjur dan begitu gak dgn laki yang baik.. baik tu subjektif bro...
ReplyDeletepelacur kalu dah insaf sekali pon, die tetap di pandang baik di sisi Allah kan?? siapa la kita untuk meletak hukum pada seseorang tu?? Hanya Allah jer yang berhak nk letak saper baek, saper yang jahat? kan? Wallahualam...
nice post..^__^
ReplyDeletedr awal smpai ujung ak bc..seronok baca..
keep good work.
memang best entry ni..ada bukti skli ni,so selami ni orang sellu sl sngka..tima ksih shre k..
ReplyDeletefollow sni
info yg baik ^-^
ReplyDeletejodoh tu mmg Allah dah tentukan, but kita tau ke pilihan kita tu jodoh yg Allah tentukan. Renung renungkan dan selamat beramal...
ReplyDeleteSalam perkenalan Encik Tube. Kalo Encik Tube buleh terima perempuan yg takde dara saya sokong Encik Tube sbb, bukan semua yg takde dara tu kerna rela ada jugak yg di perkosa. Dan kadang kala teraniya dengan teman lelaki yg mereka percaya. Tapi ada juga perempuan yang sengaja membiarkan diri mereka di perkosa. Miahahahaaa...
Salam perkenalan Encik Tube... hehehehee
thumbs up!!!
ReplyDeleteinformative info...
=)
sye trlmbat! dah beberapa hari tak online.. hm, kite hidup berpasangan dan saling melengkapi kn.. Semua orang bukan sempurna.. hopefully, kite semua dapat jodoh yang berkekalan ;)
ReplyDeletetiada sape yg bole mletakkan kita baik/jahat atau org lain baik/jahat.. tiada manusia yg sempurna di bumi Allah ini, hanya sempurna bila mereka lakukan kesilapan tetapi bertaubat..
ReplyDeletenway very nice entry..:)
nice post :D
ReplyDeletemmg ssh nk cari lelaki yg sggp trime prmpuan yg x de dare..
klo sume lelaki kt dunia nie nk prmpuan suci jew, mcm mne prmpuan2 yg sblom nie lakukan maksiat scare sngaje @ x sengaje nk btaubat..
dorg nie akn fkr yg dorg akn disisih n lelaki sdkit pon x kn pndg..
klo lelaki pon ader prinsip dare mcm ne ???
alamaknyer rmai jgk prmpuan x kwn cOz mencari lelaki yg masih lg dare (terune )
:P
it's juz my opinion..take it or leave it :)
wow nice ahhaha, iya seh makasih buat saranya bro
ReplyDeleteterbaek lar entry awk ni! time kasih sbb berkongsi ilmu sbgini dgn manusia2 laen esp sy! :)
ReplyDeletebest info..thnkz bro..
ReplyDeletethis post lets my memory comes back..someone pernah ckp yg tidak semestinya lelaki baik itu utk ppuan yg baik je..tp laki yg baik itu juga boleh utk ppuan yg kurang baik..sbb lelaki yg baik boleh membentuk ppuan yg baik.. =)
ReplyDelete>_<
ReplyDeletelike yr blog
ReplyDeleteperempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. hmm.. senang citer.. setaraf ler tu..! tolak tambah darab bahagi = "la... sama rank rupenyer taraf baik err buruk kita" said couple dalam satu argument....
ReplyDeleteTapi... jangan kecewa sgt ustaz2 alim.. kalau betul x setaraf.. janji tetap janji.. tu yg berlakunyer perceraian.. options untuk tuntut janji..(perceraian xkn berlaku kalau tidak diizinkan Allah.. Allah maha mengetahui..) Disinilah kita main peranan.. hidup berdasarkan pilihan2.. Cerai, then dapat perempuan "baik" atau 'cuci' betul2 partner tu sampai jadi baik.. At the end... Allah itu maha mengotai janji.. Wht a brilliant!
good information....
ReplyDeletebukankah Allah SWT menciptakan manusia berpasang2n, yang baik n yg buruk, yg jahat n yg baik,..yg kaya n yg miskin n seterusnya...
ReplyDeletekalaua yg baik dengan yg baik, trs yg tidak baik apakah dengan yg tidak baik juga????
arti dari yg baik bukan berarti menurut kita, melainkan semuanya ALLAH SWT yg mngatur dan menentukan...
Assalamualaikum ,,
ReplyDeleteterima kasih buat info yang kamu nyatakan :)
istilahnya se-kufu dalam aturan pernikahan islam
ReplyDeleteinti ayat di atas adalah berusaha cari jodoh yang se-kufu'/setara/sederajat
ReplyDeletestatement lelaki baik tuk perempuan baik tak lengkap.. need to add more
ReplyDelete"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kecuali Allah nak bagi ujian. Nak tahu sebesar mana kesabaran seseorang, seteguh mana keimanan seseorang"
nice :)
ReplyDeletequestion for you :)
ReplyDeletejika ditakdirkan pasangan anda seorang wanita yang telah telanjur,adakah anda redha ?
seriusly...nice info n bnyk sgt ilmu yg sy br dpt dr entry ney...jika xkeberatn...iznkn sy share entry ney utk bacaan rkn2 sy yg laen...
ReplyDeletem0hon share...
ReplyDeletetQ
memang ramai yg salah faham dengan konsep n maksud sebenar..
ReplyDeleteTQ!!
nice 1.. suka.
ReplyDeletekalo tbe2 dapat pasangan yg kurg baik,,juz check urself first..
ReplyDeletestuju...mengharapkan jodoh yang terbaek..
ReplyDeletekalau kawin 4 mcm mana plak?
ReplyDeletekan banyak pasangan itu..
hihihi.
Nice entry crayon ^^
ReplyDeleteFrom my perspective, lelaki baik ok lg kalo kawin sama pompuan jahat, drp pompuan baik yg kawin sma lelaki jahat. Sbbnya, dlm perkahwinan yg akn jd ketua keluarganya adalah si lelaki. Suami yg baik mampu utk membimbing isteri ke arah yg baik, tp kalau isteri yg baik nk kna bimbing lelaki yg jahat ke arah kebaikan? WoW..x dpt nk bayangkan. Silap2 isteri yg asalnya baik ni, ditarik pulak oleh suami ke arah kejahatan, nk lawan x de kudrat, kekuatan fizikal pompuan 5 kali ganda kurang dr lelaki, kalo lawan berdosa pulak kn (syurga isteri adalah suami, kan?), silap2 jd mangsa keganasan rumahtangga..nauzubillah la mtk simpang malaikat 44 perkara yg sebegitu rupa. Jd sgtlah kritikal utk pompuan bijak memilih calon suami yg soleh dan mampu membimbing ke arah kebaikan yg diredhai Allah s.w.t. Wallahualam..maaf sekiranya kata2 saya ini mengundang amarah sapa2 ^^
Salam ukhwah fillah.. Just want to share
ReplyDeleteKetika dalam satu usrah, ketika melontarkan pandangan, saya ditegur oleh seorang ustazah kerana saya berpegang kepada prinsip lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dengan dasar yang salah. Ini kerana, kata ustazah bagaimana kes seorang wanita solehah memperoleh lelaki yang pemabuk dan tidak taat akan perintah Allah?. Adakah kita mahu melemparkan tuduhan bahawa perempuan yang zahirnya nampak baik padahal dia bukan perempuan yang baik hanya kerana dia mendapat seorang suami yang pemabuk?kadang-kadang itu adalah ujian dari Allah. Betapa banyak perempuan solehah yang berjaya menjadikan suaminya yang buruk akhlaknya menjadi pencinta taat Allah dan Rasul? Itulah hikmahnya! Malah, dalam satu kes bagaimana seorang pelacur boleh bernikah dengan seorang lelaki yang tinggi fikrahnya? Bagaimana seorang lelaki dan perempuan yang pernah terlanjur mampu mendapat jodoh yang baik? TAUBAT! Bahkan bila mereka bertaubat kepada Allah mereka lebih mulia daripada kita yang sentiasa lalai kononnya tidak melakukan apa2 kejahatan. Dalam satu taubat, mereka mampu berganjak dari stage hina kepada mulia dalam serta merta. Lalu kita tidak wajar meletakkan hukum kerana meninggalkan solat dengan sengaja itu lebih besar dari dosanya drpd berzina( Rujuk peristiwa Nabi Musa). Janganlah kerana statement kita, muslim dan muslimah yang sedang berhijrah berputus asa dari rahmat Allah. Kita seharusnya mendorong. Kisah benar: Seorang perempuan yang pernah terlanjur dan mengandung kini sedang hidup bahagia disisi seorang suami yang bukan saja warak malah berkarier. Lihatlah bagaimana Allah membahagikan rahmatnya hnaya kerana kita memilih Allah sbgai tempat bergantung.Mudah saja, kalau kita sentiasa ke arah kebaikan, jodoh kita juga Insyaallah akan menuju kebaikan. Siapa kita nak menghukum.Wallahu'alam
x kira la yg cmnapn..aku tetap nk carik prmpn yg baik...gadis2 di luar sna peliharalh kehormatan mu..jgn kerna sehelai kain kamu di campak ke dlm neraka....
ReplyDeletekalau dibincangkan lg byk topik ni..makin lari jauh dr kebenaran..yg mentafsir2 pn semua bukan ahli2 pakar dlm sunnah n hadis..hati2 ye ble nk mentafsir ayat2 suci AL-QURAN..takut lari akidah..da di anjurkan tiada paksaan dlm perkhawinan..semua hak korg nk pilih bakal suami or isteri yg mcm mne..org lain hanya boleh bg pendapat tp xboleh memaksa..org tu sendiri yg akan buat kputusan tuk mse depan die sendiri..tp ALLAH jua yg menentukan,bukan org2 yg bg pendapat..tujuan lelaki memilih dara bukan nk hina ppuan..tp nk elak dr agama terus dihina oleh mereka2 yg berzina..kalau xde sape nk halang penzinaan ni dr terus berlaku,agama islam semakin hancur..untuk ape ALLAH menurunkan hukuman kpd penzina??adakah untuk menggertak semata2??anda hanya melihat suku dr sunnah n hadis..tp xtengok kesemuanya..kalau anda menyokong penerimaan seadanya terhadap org2 berzina,anda umpama menyokong penambahan n menggalakkan zina makin berleluasa..tengok statistik sekarang pn da taw..tiap2 tahun byk peningkatan pembuangan anak,penangkapan maksiat n berlambak2 video lucah anak2 melayu..ni ke yg korg tengah terapkan penerimaan seadanya kt anak2 muda zaman sekarang??kalau korg masih terapkan unsur2 mcm ni..percaya la..makin galak berlakunya penzinaan sbb suatu hari nanti pasti akan ade seseorang yg akan sanggup menerima seadanya n bimbing kejalan ALLAH..itu pn kalau sempat hidup lme la..tepuk dada tanya iman
ReplyDelete