Friday, March 9, 2012

kembali pada asal

semalam aku baru pulang ke KL dari kampung halaman aku dengan menaiki bas.. kalau menaiki bas di waktu malam dari kedah ke kuala lumpur, seperti biasa driver bas pasti akan berhenti sekali di mana-mana tempat persinggahan untuk memberi peluang kepada penumpang membuang air ataupun membeli juadah.. biasanya aku akan masuk ke tandas, kemudian membeli air minuman dan kembali berhampiran dengan bas untuk menghisap rokok.. sewaktu duduk sorang-sorang di atas divider pembahagi jalan berdekatan dengan bas tu, aku terlihat keadaan agak kecoh di hadapan pintu bas..


ada seorang perempuan cina tua sedang kehulu-kehilir sambil muka macam nak menangis.. dia masuk dalam bas yang aku naiki tadi tu, kemudian dia usya-usya dalam bas, lepas tu terus turun dari bas.. dia pandang kiri, dia pandang kanan.. dia naik lagi sekali bas tu, kemudian dia turun dari bas sambil memicit-micit handphone..

driver : aunty, you risau apa? you mau pegi mana ni aunty?
aunty : KL... KL....
driver : sini baru perhentian maaaa.. belum sampai KL lagi aunty.. sini ada toilet saja..
aunty : (geleng-geleng kepala sambil kening berkerut mulut ternganga)
driver : sini toilet saja aunty.. bukan KL.. toi-let (sambil tangan tunjuk arah toilet)

aunty tu masih ke hulu ke hilir dengan muka pasrah dan hampir menangis.. aku rasa mungkin aunty tu tak faham bahasa melayu.. ataupun mungkin jugak aunty tu bukan orang malaysia.. dua tiga minit lepas tu, datang sorang lelaki cina mendekati aunty tu dan menenangkannya.. rupa-rupanya, aunty tu tak tahu mana satu bas yang dia sepatutnya naik.. tempat parking tu ja ada lebih kurang lima bijik bas parking bersebelahan.. patutlah dia masuk dalam bas, lepas tu dia turun.. dia carik anak dia tak jumpak sebab tersalah bas.. hahaha

aunty tu senyum dan ketawa mengekek sambil menepuk-nepuk bahu lelaki cina tu tadi.. "amboiii gelak sakan.. hahaha" gelak aku dalam hati.. bila tengok aunty tu gelabah sorang-sorang muka cuak tak ingat tapi lepas tu boleh gelak muka lega, sesiapa pun pasti akan tersenyum tengok scene macam tu.. sebenarnya situasi tu agak comel bila berlaku pada orang tua.. kalau berlaku kat orang muda, tak rasa nak tersenyum pun kan?

bila bas dah kembali bertolak, aku teringat situasi aku masa kecik-kecik dulu.. kalau ikut mak aku pegi shopping complex, mesti aku akan cuak gilababi bila mak aku hilang dari pandangan aku.. air mata konfem bertakung sambil mencari-cari mak aku.. keadaan dia sama macam aunty tu tadi.. jadi aku terfikir dan terus membuat rumusan :

dulu masa aku kecik, aku comel.. 
sekarang dah tak comel.. 
tapi bila aku dah tua bangka nanti,
aku pasti akan comel balik

hehehe.. terima kasih kerana membaca..



SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
41 Comments
Comments


41 comments:

Sadun said...

mesti stylo kan ko bersandar kt divider jalan tu sambil2 hisap rokok.heheh

bunga kertas said...

dah agk dah mesti aunty tu keliru bas mana kan..kt pon kalo naik bas malam,tambah tgh2 tido,bas berenti,turun nak gi toilet dalam keadaan mamai2 tu,bila nak naik bas,kene tgk betul2,,kot tersilap naik..

Anonymous said...

kiranya ko nak kate rosnah mat aris pun comel lah ye? rosmah mansor pun comel lah ye?

Rumput ragu-Ragu said...

lamenye bar update blog..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hehehe...semoga maintain comel la yer...

Wani said...

Hahahaha! Comel lah sangaaaat kan kalau dah tua tu!

yangbaik said...

comei sangat la.... pasan...

cewek.medusa said...

ni nk kabo camni.. lelaki bila mangkin tua, makin comel sbb tu lisa pilih yusry. ada harapan uncle ijuali nnt hehehe

ok2, masa muda belia ni hidup jgn nk berlagak/buduh sumbung. kite idup pn bkn lama. endup nanti msg2 tua juga ;) sayangi la anak kecil & hormati la org2 tua.

Anonymous said...

post ko sentiasa terbaik. teruskan! i miss u! hahaha

Bunga Bunga Hutan said...

hampeh.. point cerita ni nk kata die comey time tua la tu cesss haha :p

Akim Iqbal said...

Kami sembahyang 5 lah waktu, siang dan malam sudahlah tentu

Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu. Woha !

fyy mokhtar said...

ok yang ni best. bahahahahhaa. kira skarang fyy pun tak comel la?? kahkakak

Best Business Brands said...

There is no way to switch back to the old design after you upgrade to the new Facebook profile. There is little point in merely uninstalling OpenWrt, what you actually want to do, is to replace OpenWrt with the original firmware. I want to switch back to original Gmail classic view. This new look sucks! Help?

Anonymous said...

cantik blog ni.

Dilarang Melarang - Tidak Diulang Cetak.

SoutulMujahid said...

kata tubelawak. tp x lawak pon :p

kak mah said...

Kasihan makcik tu...

Sam Banjamin said...

mak cik tu comfirm cuak.. anak-anak die tak carik lak... cam mane bleh biar sorang2 mcm tu... atau mungkin masing2 takperasan gamaknye... sabo je laaa...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

jom singgah...

Tasha said...

mmg confirm comel balik la tua nnt.
bongok kecik kot...hehe

Hiddy Asri said...

Lawak tul la gmbr makcik kt atas tu...

CHORD DIGITAL said...

Datang berkunjung dan kirim informasi : Link anda telah terpasang di blog aku, ditunggu link-back anda. Terima kasih.

X Lupa Dot Com said...

comel masa tua? hehehe...
sekarang zaman kolagen..of coz la

elwardi said...

bbenar tuh kita akan kembali seperti semula

Anonymous said...

aku penah nk kne tinggal bus lg...mmg cuak gler....hahahaha

*SiRibenMerah said...

naik bas balik kedah?? ouhh.. da lama x buat camtuh.. suka naik bas cosmic ja.. ngeee~

Hansyirah Takezur said...

kitaran normal hidup manusia.

ceh, aku tertipu dengan gambar. ingatkn aunty tu minat vanila coklat. =="

aku/a... h.... said...

muda itu penuh dengan ego, masakan tersenyum jika malu... nasib baik aunty tu jumpa balik bas dia.

Reen Tart Nenas said...

tak sanggup naik bas g kedah dah. giller ko. patah pinggang den. tapi itu dulu, 6 tahun lepas. hahaha

ye lah hoiii salah naik bas, mahuk tak nanges. dah la duit ciput jer. hahaha ada duit tambang sampai kl jer.

Annisa S. said...

kasian banget sih aunty... Lainkali kalo mau turun dari bus minta ditemenin siapa gitu biar gak nyasar lagi.
Btw comel itu apaan ya??

Kyky Violet said...

btoi3 mak sy pown da jd cute2 gtew bler da tue nie XD

ABU said...

bengong, perasan la kau nak comel balik stelah sekian lama tak comel hahahaha..

eLL said...

bila tua kita kembali comelll....hehehehe

Dwijayasblog said...

Cukup menghibur ceritanya.

MUSIK DIGITAL said...

Saya dan pasang link anda, saya tunggu linkback anda .... Salam persahabatan dari saya .....

no limit adventure said...

salam sukses sellau :)

pasarjogja.com said...

haha...
sekali comel tetep comel

wkwkwkw..

nice artikel - i always like this blog,
karena - comel wkwkwkwk

btw keep writing with funny artikel.

salam,

pasarjogja.com

aiEz said...

Bila kelam tu yg nampak comel...hehe,jap hang comel ka masa kecik?meh usha sikit...huhu..

Terbelog said...

aku dpt bayangkan
muka anti tu

wardah syuhada' said...

Annisa S.
comel tu lucu (bahasa indonesia)..

Anonymous said...

blik kedh xhbaq pn..cehh..mnang2 dh da mata ayq baru..ha3

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Sukses besar esok hari dimulai dari tindakan-tindakan kecil hari ini .,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

cik ayu said...

:)

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk