Monday, May 31, 2010

mythbuster kantoi : teori berjalan di atas air

mythbuster kantoi : teori berjalan di atas air

aku suka mengkaji.. tapi aku tidak punya duit yang banyak untuk mendirikan pusat penyelidikan aku sendiri.. kalau aku banyak duit, sudah pasti aku akan membuat kajian-kajian pelik dan menarik seperti mythbuster.. dulu aku pernah menonton salah satu episod mythbuster berkaitan cerita lagenda masyarakat jepun dimana, ninja boleh berjalan dan berlari di atas air.. memang menarik skop kajian mythbuster ini.. tapi mereka mengatakan teori ini adalah tidak logik dan terbukti mustahil untuk manusia berlari di atas air..


aku dapat rasakan teori mereka ini salah.. kerana batu boleh meluncur di atas air, kenapa mustahil bagi manusia untuk meluncur di atas air? cuma keupayaan fizikal manusia yang berkemampuan sahaja boleh melakukan perkara ini.. sekiranya anda memiliki stamina dan kelajuan yang cukup untuk berlari diatas air, ianya tidak mustahil.. percayalah.. selepas membuat sedikit carian di google, aku terjumpa video 'sukan baru' ini.. dimana, peserta perlu berlari sejauh mungkin di atas air..


jadi terbuktilah mythbuster tidak memberi keputusan yang tepat kepada penonton.. kita cuma boleh menerima teori atau keputusan mereka itu berdasarkan ujian dan kajian yang mereka buat sahaja.. tujuan utama aku post entry ni bukanlah untuk memburuk-burukkan mythbuster, tetapi ingin memberi galakkan kepada orang kita sendiri agar jangan terlalu percaya atau teruja dengan teknologi orang luar.. kita pun mampu sebenarnya, tapi mungkin ada sedikit perasaan kurang yakin pada diri apabila melihat orang luar melakukan sesuatu yang kita rasakan hebat tapi sebenarnya tak hebat mana pun..


orang kita kebanyakannya takut dengan persaingan dan cabaran.. contohnya pekerja bawahan yang takut untuk menguatkan pernyataan beliau kepada orang atasan walaupun mereka rasakan perkara itu benar.. lalu mereka tunduk akur dan patuh kepada orang atasan.. apa yang dilihat dan didengari, diterima bulat-bulat.. kita perlu ubah persepsi diri kita untuk maju ke hadapan.. jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baru.. contohilah mythbuster, mereka mengeluarkan inferens dan kesimpulan yang salah pun tapi diorang tetap berjaya.. ahaha.. tengok video bawah ni.. tiger woods pon boleh jalan atas air... apa cerita?? kah kah kah


Related Posts with Thumbnails
Share This

6 comments:

  1. hahahaha

    selamba tiger wood cam masuk sawah jek kekekeke

    ReplyDelete
  2. nk jalan ats air, badan takleh gemok.. nnt takleh nak menampung berat tu.. ngee^^

    ReplyDelete
  3. huhu aq suke gak tgk mythbuster ni..tp kadang2 terpk gak xkn semua benda dorg nk betul je? ade sesetengah tu leh la nk diguna pakai..mane2 yg xmasuk akai tu,pndai2la pk sndri.. mnusia brjalan atas air?senang je..curah air atas lantai,jalanla atas air tu ;p

    ReplyDelete
  4. hahaha
    aku tgok ROOM 401 dkt tv7 tu
    ada dia tunjuk manusia jalan atas air
    best juga

    ReplyDelete
  5. smart..nnti try test kat laut mati plak..mesti leh lari atas air tu 100m..hehehehe

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates