pak ku shadat.. nama beliau sangat dikenali dikalangan orang utara dengan lagu terkenal beliau "vespa haji samad".. beliau juga mampu bertutur dalam bahasa melayu, inggeris, siam, jepun, india, cina dan arab berjaya membawa beliau untuk membuat persembahan di amerika syarikat, jepun dan lain-lain negara besar di dunia.. beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2008 (tarikh aku tak pasti).. aku pun baru tau pasal kematian beliau lepas google di internet.. aku sangka pak ku shadat masih hidup di dunia ini.. setiap yang datang pasti akan pergi.. al-fatihah kepada allahyarham pak ku shadat..
dulu masa aku sekolah menengah, aku duduk hostel(1999).. aku dan kawan-kawan aku selalu mendengar lagu nirvana, ACAB, megadeath dan lagu rock yang lain termasuk lagu kelakar pak ku shadat iaitu lagu "vespa haji samad".. bagi aku beliau setaraf dengan seniman ataupun artis luar yang terkemuka seperti kurt donald cobain.. bukan sekadar menyanyi, allahyarham juga turut mempersembahkan persembahan wayang kulit kelakar yang berjaya menghiburkan hati semua orang..
video : bini hang bini aku (wayang kulit)
video : jabatan didik ikan (wayang kulit)
masa mula-mula aku tengok video wayang kulit ni.. aku tak terlintas langsung bahawa wayang kulit ini dipersembahkan oleh penyanyi lagu vespa haji samad.. tapi setelah melakukan sedikit research di google baru aku tau yang allahyarham pak ku shadat yang menyuarakan persembahan wayang kulit ini.. ahaha.. aku terhibur.. kini, di utara sudah jarang kedengaran ada persembahan wayang kulit.. jadi pemergian beliau menyebabkan rakyat malaysia di sebelah utara terasa kehilangan permata seni yang berbakat besar menghiburkan orang..
kepada korang yang tak pernah lagu allahyarham pak ku shadat.. aku nak share lagu tu kat sini.. kalau tak suka jangan kutuk.. (isu wayang kulit jadi pertikaian bila ada orang kelantan marah mencuri adat dan budaya negeri mereka) allahyarham pak ku shadat ni idola aku dalam bidang seni.. kutuk la kalau nak kena terajang.. ahaha.. booo!
video : vespa haji samad by pak ku shadat




