Wednesday, June 9, 2010

aku tengah serius, kenapa kau ketawa

aku tengah serius, kenapa kau ketawa

aku tengah serius ni, kenapa kau ketawa? kau nak makan tapak kaki ka? itulah apa yang aku bayangkan apabila melihat aksi yang dilakonkan oleh rajnikanth superstar filem tamil yang bertaraf bollywood.. filem yang dilakonkan oleh beliau kebanyakannya adalah filem aksi serius tetapi ramai yang boleh tertawa dengan filem lakonan beliau.. aku pun tak pasti kenapa.. mungkin kerana misainya yang super kacak membuatkan aksi serius beliau kelihatan agak lucu..


diantara filem beliau yang berjaya mendapat gelaran box office ialah padayappa dan sivaji the boss.. kedua-dua filem ini juga adalah filem aksi serius.. tetapi aku gelak keras perut menonton filem ini kerana aksi yang dilakukan adalah super melampau.. kepada peminat filem hindi atau tamil, maafkan aku sekiranya aku seperti menghina filem lakonan rajnikanth, tetapi aku tidak berniat begitu.. ikhlas aku katakan aku telah menonton filem sivaji the boss sebanyak empat kali.. memang menghiburkan..

video : pertarungan yang menghiburkan
video : isap rokok pon boleh menghiburkan

jadi apa yang aku nak katakan disini ialah, rajnikanth adalah superstar yang berbakat.. beliau boleh membawa dua emosi kepada penonton pada masa yang sama iaitu serius dan lucu.. ada kawan aku sorang ni sepanjang hidupnya, dia tak pernah menonton filem hindustan apatah lagi filem tamil.. tapi percayalah, selepas menonton sivaji the boss pada permulaan, kawan aku ni telah menonton filem itu sehingga tamat dan akhirnya berkata "wei, ni first time aku seronok tengok cerita tamil"..

video : animasi rajnikanth yang menghiburkan

industri filem kita amatlah lemah.. taknak cakap banyak-banyak pasal ni, kang ada orang kata aku ni cakap pandai boleh la, try buat filem sendiri tengok.. ahaha.. tapi korang sendiri boleh nilai.. filem melayu yang ada, kebanyakannya mengarut tapi membosankan.. nasihat aku kepada penerbit filem diluar sana, kalau nak buat filem mengarut, biar mengarut kaw-kaw atau dalam erti kata lain biarlah 'super mengarut'.. barulah filem kita boleh lepas sampai hollywood.. ahahaha.. sivaji the boss boleh, kenapa kita tidak boleh?

video : video macam ni menghiburkankah??
Related Posts with Thumbnails
Share This

11 comments:

  1. aq tak tengok cite tamil ;P

    ReplyDelete
  2. best! aku sokong! mmg patut ketawa, tu mesej dia. huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha kelakar ar video tu semua..yg takleh blah masa gigit pisau tu..fighting skill tahap dewa dah haha yg rokok tu rokok betul ke??macam isap kertas gulung je haha :p

    ReplyDelete
  4. wahh..minat cerita tamik ek..

    ReplyDelete
  5. hahaha,memg lawak.2 2 cite tuh da tengok.memg besh+lawak! :D

    ReplyDelete
  6. memang bes gila :D
    i'll only watch tamil movies if he's in it.

    ReplyDelete
  7. yes!! rajni tamil actor terbaik abad ini

    ReplyDelete
  8. aku dah nengok sivaji the boss. Memang best giler. Dan aku semenjak dua menjak dh masuk 3-4 tahun memang suka sangat nengok filem tamil. Kalu kat astro aku selalu tunggu filem rajnikanth tapi jarang tayang. Kalu filem Ajit pung memang best. Sampaikan bila aku berpeluang nengok astro (selalunya anak2 konker) aku akan tukar ke chanel filem tamil... cuma kengkadang aku hangin pasal takder sarikata bm atau bi. Ada satu kali tuh filem Rajnikath masa dia muda belia memang best tapi tunggu punya tunggu ejas punya ejas sarikata tak juga muncul..... maka dengan penuh kecewa aku terpaksa ubah chanel. Bab citer melayu ni memang aku xleh tengok ... sakit perut sampai nak tercirit .

    ReplyDelete
  9. woittt...
    rajnikhan hero pujaan ati ak wehhh....
    tp ak xmrh pun ape yg ko tulis..
    sbb ak pn pikir mcm tue.. tp akk ttp suka bile die belakon... terBAEK dari ladang.. hehehe

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates