Friday, June 18, 2010

merungkai rahsia perangkap cinta

perangkap cinta atau cinta tiga segi adalah tajuk lagu yang dikatakan tiada penciptanya.. tetapi lagu ini kerap didengari di siaran radio dan di internet.. menurut cerita awal yang aku dengar, pencipta lagu ini menyanyikan lagu ini dipenjara dimana kononnya dia menunggu saat digantung dan dibenarkan membuat permintaan terakhir sebelum dikenakan hukuman gantung.. sebab apa dia digantung, semuanya terkandung dalam lagu perangkap cinta.. dia kecewa dengan teman wanitanya yang curang lalu membunuh teman wanita dan orang ketiga itu..


kali pertama aku mendengar kisah ini dan lagu perangkap cinta ini adalah pada tahun 2007.. kini, artis malaysia yang terkenal iaitu saleem dan kristal juga telah menyanyikan lagu ini.. hal ini telah menjadi kontroversi kerana mereka ini dikatakan mengambil kesempatan di atas lagu yang tiada pemilik asalnya.. korang boleh tgk video saleem di melodi ni untuk mendengar penjelasan saleem.. tapi bagi aku cara saleem agak kasar (macam bukan kata-kata sebagai seorang pejuang seni, tapi macam seorang yang ingin lari dari tuduhan mengambil kesempatan)

video : saleem trilogi cinta on melodi

selepas membuat carian di google, aku terjumpa pula blog dan penulisan seorang warga singapura bernama ayie yang mengaku bahawa dia adalah pemilik asal lagu itu.. dia telah menulis entry yang panjang di blognya menerangkan dari permulaan bagaimana dia mencipta lagu itu dan sehingga dia terdengar lagunya di curi oleh artis malaysia.. terus terang aku katakan, aku berasa agak malu dengan apa yang dilakukan oleh saleem dengan mengambil kesempatan ke atas lagu yang tiada penciptanya.. susah sangat ka nak selidik dulu sebelum release apa-apa?


intuisi aku kuat mengatakan bahawa ayie adalah pemilik asal lagu perangkap cinta.. kenapa? kerana video yang dia upload di youtube adalah antara video terawal berkaitan lagu perangkap cinta ini (2006).. kemudian ada orang malaysia yang tidak bertanggung jawab telah mengambil nyanyian ayie dan membuat cerita mengarut seperti nyanyian dari penjara lah, nak kena gantung lah apa lah lalu meletakkan video itu di youtube (2007).. dan dinyanyikan oleh saleem pada tahun 2009..

video : perangkap cinta by ayie (2006)

kemudian muncul pula persoalan lagu ini telah lama terkenal di singapura dan lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan strategi.. ahaha.. itu andaian korang atau memang betul-betul fakta? aku tengok banyak lagi band singapura lain (contohnya farinaz) yang mainkan lagu ni tapi diorang creditkan nama ayie.. takkan orang singapura tak creditkan nama band strategi lak? takkan orang singapura tak kenal lagenda rock kapak diorang sendiri? kalau ada orang singapura yang terbaca entry ni, tolong tinggalkan komen dan penjelasan hubung kait ayie dan band strategi ya.. ada juga fakta yang aku 'assume sendiri' dan ada juga fakta yang dah terbukti.. jadi kalau ada salah silap, mintak maaf ya.. malaysia dan singapura, peace no war~

video : permintaan terakhir chelaka menipu

Related Posts with Thumbnails


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
7 Comments
Comments


7 comments:

Anonymous said...

Who care.. that was a stupid song

Nona Nadzirah Anak PakDin said...

lagu ni pelik kot sebenarnya.

wd.bandages said...

aku tak paham

enyheartsdiamond said...

laaa.. ceq baru tau pasal ni!

yangbaik said...

tak berapa minat sebenarnya ngan lagu nih.... tambah2 bila salem yang nyanyi.... hampehhh

sujairi. s said...

Lagu ni banyak kenangan masa merantau ke rantau orang dulu...

wannoor said...

Ya...I mmg tau lagu ni since 2006. I know that this song is not truely By Saleem. Dia da xder lagu. Thatz why dia amik lagu org.Nak naikkan nama dia.

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk