siapa yang tak kenal lagi kumpulan gula-gula ni sebenarnya mereka adalah kumpulan wanita tipikal yang hampir menyerupai kumpulan wanita seperti feminin, elite, dan lain-lain.. apa kelebihan mereka ni? mereka ni dikatakan antara pengikut dan pelopor fesyen terkini k-pop di malaysia.. baru-baru ini, kumpulan gula-gula mendapat kutukan hebat dari rakyat malaysia.. jadi aku dengan macho-nya ingin menegaskan bahawa aku minat kumpulan gula-gula dan aku akan terangkan kenapa aku minat dengan mereka ini..
stim teloq tokwan aku tengok gambaq ni.. kah kah kah
pertama sekali, dalam arena musik ini sudah pasti artis yang membawakan lagu itu akan mengatakan bahawa mereka ingin menyampaikan mesej atau nasihat mereka melalui lagu.. untuk itu, aku telah mengkaji serba sedikit lirik lagu bertajuk 'suka gitu' dari kumpulan gula-gula ini.. ini adalah antara ayat-ayat yang terkandung dalam lagu 'suka gitu'..
Bergaya pun dilarang
Apa lagi dipandang
Apa sebabnya
Dan kau tak pernah,fikir fikiran aku
Peningku memikirkan kehendak hatimu
Usah kau larang,melarang tak kenal aku
Usah kau garang,garang dan melarang aku
Kalau kau sayang,sayang dan manjakan aku
amacam? best kan? lirik simple tapi penuh dengan maksud tersirat.. mari kita kupas dan hurai apa yang positif dan negatif yang terkandung dalam lirik tersebut..
dari sudut positif :
- orang lelaki perlu memahami kehendak wanita
- tak salah untuk wanita bergaya kalau kena caranya
- orang lelaki tak boleh terlalu garang terhadap wanita
- semua orang suka dimanjakan (lelaki pun tak terkecuali)
dari sudut negatif :
- jadilah lelaki dayus dan janganlah melarang kemahuan kaum wanita
- jadilah lelaki dayus dan patuhilah kehendak wanita
- jadilah lelaki dayus dan jadikan wanita tempat untuk bermanja sahaja
- jadilah lelaki dayus kerana aku suka gitu!! kah kah kah
jadi apa alasan anda untuk tidak menyukai dan meminati kumpulan gula-gula ini? mereka memberikan pengajaran yang sangat mendalam kepada kita.. mereka bukan sekadar wanita seksi berlegging.. mereka juga pandai berdakwah.. kah kah kah.. daripada lagu mereka bertajuk 'aku suka gitu' tu pun kita dah boleh buat rumusan bahawa
"wanita itu tanggung jawab orang lelaki"
why not gula-gula? mereka suka gitu.. kah kah kah..
p/s : selamat menjalani ibadah puasa.. semoga takdak gadis-gadis diluar sana ber-legging atau seksi di bulan puasa ok..