Wednesday, July 28, 2010

lagu yang mengingatkan aku tentang mati

lagu yang mengingatkan aku tentang mati

sebelum ini aku ada ceritakan serba sedikit tentang diri aku di blog ini (lagu untuk anak), aku adalah anak yatim sejak berumur 7 tahun.. di saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir, aku sedang menantikan rancangan animasi kesukaan aku.. jadi seperti biasa sebelum bermulanya rancangan animasi itu, mestilah ada lagu intro kan? sehingga kini sekiranya aku terdengar lagu ini, aku akan teringatkan saat-saat arwah bapak aku menghembuskan nafas yang terakhir..


pada saat yang bersejarah itu, arwah bapak aku sedang terlantar diatas katil.. keadaanya arwah bapak aku sangat tenat kerana dia batuk tak henti-henti.. emak aku keluar ke klinik untuk membeli ubat untuk ayah aku.. aku ditinggalkan dirumah bersama kakak dan pakcik aku.. apabila lagu intro rancangan animasi kesukaan aku bermula, aku terdengar kakak aku menyebut "abahh!! abahh!!" beberapa kali..

aku bergegas untuk melihat apa yang telah berlaku dan pada ketika itulah aku dan kakak aku menyaksikan arwah bapak aku menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan berlatarkan dendangan lagu rancangan animasi kesukaan aku.. jadi, sehingga kini aku akan teringat tentang kematian bila mendengar dendangan lagu ini walaupun liriknya tidak berkaitan dengan mati..

video : lagu yang mengingatkan aku tentang mati
Related Posts with Thumbnails
Share This

25 comments:

  1. Salam ziarah. Hai...agak sebak di situ. Wah, saya pon minat kartun Chip n Dale ni masa dulu. Eh, macam dah lama tak tengok la kan. Zaman kanak2, kita mana la cukup besar untuk semua itu. Kini, bila dah besar, macam teringat2 kan.

    ReplyDelete
  2. haha..aku ngn lagi bila IZRAIL datang memanggil tadi...

    ReplyDelete
  3. nasib baik bukan izuari datang memanggil
    ajak pi disko.. ahahaha.. yang tu bahaya balik

    ReplyDelete
  4. wei ander ... hahaha!! ni lagu chip n dale la ... cilaka kene gak aku ...

    ReplyDelete
  5. sedih & terkedu bila membaca kedua2 entri

    ReplyDelete
  6. saksikanlah
    setiap hari sabtu kul 1.00 tgh
    di tv3

    ReplyDelete
  7. omg~ sedihnya! apa animasi itu huh?

    ReplyDelete
  8. kenape berlatar belakang kan lagu chip n dale ni..sedih la..smoga roh ayah kamu dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  9. sdeh laa plak..mengingati zaman2 seangkatan~~sabar~~senaseb..

    ReplyDelete
  10. sabar ya..Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  11. awak tego saya kat shout, bila click automatik keluar this entry. kebetulan semalam saya kematian bapa angkat, kebetulan ke?

    btw, al-Fatihah utk keduanya...

    thanks lawat blog saya

    ReplyDelete
  12. huishh..

    kejam n hiba btul..
    hmm..takdir..
    samelah kita anak yatim..bezanya..
    bapaku terkena buatan orang hasil dari hasad dengki...
    semoga roh ayahmu di cucuri rahmat..

    ReplyDelete
  13. ha! yang ni tak lawak!!
    yang lain, aku guling2..
    hehe..

    ReplyDelete
  14. Heeey {: Thanks for tagging aye, appreciate it alot.

    ReplyDelete
  15. dis post is full of honesty. alfatihah

    ReplyDelete
  16. innalillah..~~
    sedeyh kan bila teringat balik..
    especially bila msa 2..
    kita kecik2 lg.. :(

    ReplyDelete
  17. Hello, thanks for visiting my blogsite. I appreciate it. With regards.

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates