Saturday, October 23, 2010

kebaikan dan keburukan multi-level marketing MLM

aku rasa pasti ramai diantara korang semua yang dah muak mendengar ceramah atau kata-kata peransang dari ahli-ahli MLM kan? pengalaman aku sendiri ketika melepak di kedai makan ada promoter MLM ni nak promote kat sekumpulan kawan ni tapi lepas tu kena tumbuk sebab kacau orang nak lepak (kononnya ambik masa 5 minit tapi dia duduk sampai dekat setengah jam) hahaha.. mungkin salah promoter dan mungkin juga salah mamat yang tumbuk tu.. tapi pendapat aku sendiri, promoter MLM ni suka perkecilkan pekerjaan orang lain.. mungkin sebab tu dia kena tumbuk..


bagi aku MLM ni lebih banyak keburukan dari kebaikan.. mula-mula sekali aku nak sebut kebaikan yang kita boleh dapat sekiranya menyertai MLM.. salah satunya ialah kita boleh dapat duit banyak dalam masa yang singkat.. lepas tu bila dah sertai MLM ni KEBIASAANNYA orang atas ialah orang berpangkat, jadi kita boleh gunakan nama orang-orang ini untuk bisnes kita tak kiralah dalam MLM itu sendiri atau untuk mendapatkan projek-projek yang lain (selalunya promoter akan menggunakan nama-nama orang berpangkat ini untuk meyakinkan orang untuk menyertai program mereka)..

dan yang paling best bila sertai program MLM ni ialah selalu dapat makan free.. kah kah kah.. ya! aku sendiri walaupun tidak pernah menyertai mana-mana program MLM yang ada di malaysia ni, tapi aku selalu dapat makan free oleh ahli-ahli MLM ni.. kononnya mereka nak memperlihatkan kepada semua bahawa duit adalah perkara yang tidak menjadi masalah dalam hidup mereka.. jadi sekiranya korang ada kawan-kawan yang suka promote MLM, gunakanlah mereka untuk makan percuma ya! bukan senang nak dapat makan free selain dari kenduri.. kah kah kah


yang lain-lain aku tak nampak kebaikan MLM ni.. semuanya berkaitan duit dan hidup mewah ja.. keburukan MLM ni banyak pulak yang aku nampak.. bila korang terlalu taksub dengan MLM, korang boleh kehilangan kawan.. sebab kawan-kawan menyampah selalu sangat kena invite pergi dengar ceramah MLM atau kena paksa join MLM.. lepas tu seperti yang selalu terjadi, bila korang terlalu ceritakan perkara yang indah-indah kepada orang, dan satu hari nanti kalau korang tak capai apa yang dihajati, camna korang nak hadap muka kawan-kawan korang tu? tak malu ka?

sebenarnya MLM ni mewujudkan komuniti penipu dikalangan masyarakat (aku ditipu, jadi aku takmau rugi aku terpaksa tipu orang lain pulak).. sampai ayat Quran dan hadis dimanipulasi untuk kepentingan program MLM apa cerita? memangla tak salah korang nak bagi dalil yang menunjukkan kita perlu berusaha untuk berjaya, tapi yang ayat Quran dikatakan hadis, hadis dikatakan ayat Quran.. kah kah kah.. dah lain dah tu.. jadi nasihat aku kepada promoter MLM, janganlah promote kepada kawan-kawan, carilah orang lain yang bukan kawan untuk sertai program korang tu..

dan kepada korang yang tak pernah menyertai MLM dan ada hati nak sertai mana-mana program MLM, buatlah baik-baik dan jangan bagi orang menyampah kat korang.. dan BEWARE, jangan tertipu dengan ayat-ayat mereka contohnya "kau tak payah carik orang pun takpa, aku pun boleh tolong kau.. kau join, kau tolong aku pasti aku tolong kau balik".. dan ayat paling aku selalu dengar ialah "siapa cakap kami buat MLM? kami sebenarnya jual produk.. mana kena carik-carik orang pun".. kah kah kah..

ada kawan aku yang memang berjaya mengumpul duit yang banyak dalam masa yang singkat melalui MLM.. ada juga kawan aku yang gagal dan tertipu melaui MLM.. dan ada juga kawan aku yang sembang lebih (sembang kemaih) ketika nak promote MLM, tapi habuk pun tarak! kah kah kah.. jadi kepada sapa-sapa yang suka ceritakan benda-benda yang indah sebelum capai target tertentu, berhati-hatilah.. sebab kalau korang tak capai apa yang korang nak tu, aku nak gelak kat korang macam dalam video ni.. kah kah kah.. nak hidup mewah konon.. sederhana suda~~

video : aku nak gelak camni. padan muka!
Related Posts with Thumbnails


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
45 Comments
Comments


45 comments:

Anonymous said...

PERTAMAX DIAMANKAN

diana said...

tak boleh kaya pun join mlm ni..
penat badan adalah..
buang air liur..
beh baik kumpul tin lagi bagus..
heheh

::cikjuju::◕‿◕ said...

iye saya sgt setuju...mlm bnyak sgt keburukan!!!!!setuju sgt2...rimas ngan owg MLM neh....

wannurfazrini said...

hahah, aku benci tukang promote MLM . mcm nak ckp je "KAU TIPU KAN?" HAHAHA

Asma Jalalyna said...

jenuh dgr kwn2 dok cita hal mlm... i simple je... i ckp kat kwn i... "ko da dpt rm1juta, u give me a call..." terus diam...

Solihin Zubir said...

haha.. aku pon ada sorg membe yg taksub giler ngan MLM nie.. mcm2 jenis MLM dia ajak aku masuk.. Tak boleyh blah btol.. aku smpai naik bosan.. tp layankan je.. tadah telinga coz nk jga aty membe..

crayon said...

diana : ada kawan aku yang dah kaya join
MLM, tapi kebanyakannya gagal la.. hahaha

cikjuju : dah kawin blom? tengok2 nanti
cikjuju kawin ngan promoter MLM baru tau! ;) ngahahahah

wannurfazrini : manada aku tipu :(

asma jalalyna : kalau betul dia dapat 1juta,
dia nak ingat ka kat kawan yang penah cakap
camtu kat dia.. hahaha

cik NAD -miszhelena- said...

rasenye banyak keburukan dari kebaikan.
toksah la nak pikir duit sangat kn. =)

Asam Makruh said...

dari MLM, baik jadi MILF ka ka ka

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku tak pernah setuju mlm ... argh takde jalan pintas untuk kaya

zOuL_iMMe said...

salam,
tak semua MLM itu buruk. Hakikatnya MLM itu sendiri tidak busuk tetapi yang membusukkannya adalah mereka mereka yang cuba mencipta jalan pintas untuk kaya dengan bersandarkan pada MLM ini dan menipu mereka mereka yang terlalu ingin berharta tanpa berusaha. Banyak kebaikan daripada multi level marketing ini jika anda memilih sebuah syarikat yang BETUL. Tetapi kalau sendiri tidak ada usaha dan menyalahkan MLM menipu tidakkah itu zalim kepada mereka yang bersungguh sungguh berusaha? Dan jangan lah salah anggap niat kawan untuk belanja makan tu. Bersangka baiklah. =) Cuma jangan percaya jika anda ditawarkan untuk untung tanpa usaha. sekian, cuma pendapat.

Anonymous said...

MLM paksa orang beli cara lembut atau kasar.
MLM kebanyakan tiada " service ulangan" tau-tau
hilang camtu je....tak tahu asal usul dia.
MLM produk dia sangat mahal samada berkualiti
atau tidak
MLM ada yg jual produk yg dia sendiripun tak pakai
MLM suka pilih rumah tertentu shj atau kawan rakan
MLM diasaskan atau dilatih hampir sama shj
MLM manis mulut dari gula
MLM tetap yg atas akan lebih kaya dan kaya
MLM selalunya tidak mengaku buat system Piramid
MLM konsep dan matlamat semuanya sama shj.

Ahmad Najib said...

yg paling penting dlm MLM ni jgn "hilang kwn".

Cr3aMiNOrL said...
This comment has been removed by the author.
Cr3aMiNOrL said...

hurm, i should say something better..for me MLM brings more harm than good (through experience). to those who never involve, think twice before act. what i learnt from this, be rich first then take part in MLM to get richer, coz only rich men could afford the products....

RaafikJahat said...

Haa, aku pernah kena lah. Macam macam jenis MLM. Kena paksa ikut dengar forum la, ceramah la. Pastu dengar kata kata semangat yang bukan main. Geli je aku tengok. Habuk pun tarak. Tapi betoi cakap ko, memang dapat makan free. Sebab selalu ikut kawan kawan aku pergi "majlis" dorang. Hehe.

Anonymous said...

keje apa lagi yang boleh jadi kaya?
kerajaan kite pn pakai sistem piramid jg..
kalau ko tak ske, tak payah la dengar..
senang cite.. lepas tu tak payah la nak
kutk2 multi level marketing.. org lain nak kaye
tapi ko tak nak tu ko pnye pasal la

ipa faiza~ said...

seram pulak tgok vid org gelak tuu~ :P

ibuintan said...

setuju seratus persen, takde maknanye yer, ingat senangke nak jadi jutawan...indah khabar dari rupa

safiyyahosman said...

MLM nih kalau masuk nak masyuk kena usaha lebih..tp kalau masuk ja tp dok relax mmg xkaya la..ahahaha...

kira org y masuk MLM nih kena pulun n mau ada sikap xtaw malu...tobat kaya..hahaha

joijoi80 said...

mlm ni yg kaya pengasas dan org yg mula2 serta lah..dah bawahni jgn merasala. apapun usaha adalah tangga kejayaan takder usaha mana nak datang duit

eiela said...

Orang MLM nih satu je yang ketara suka pamer kemewahan especially kereta. kat profile FB gambar kereta jugak, ntah ye ntah tak, kereta dia. Lepas tuh dalam inbox saya penuh dengan iklan diorang, group setiap bulan bertukar nama, nampak sangat ade something wrong kat sana. Lepas tuh ajar promote kat kawan-kawan dulu jangan org terdekat, ape kes..kita kalau nak senang mesti la nak sama-sama senang dengan org terdekat dulu kan. Last2..bye2 je la, saya senang dengan hidup saya sekarang,,merah pdm muka org tuh.

mahirahnazlim said...

br aku tau ape tu MLM .
HAHA

Insan Marhaen said...

kalau rajin insyaallah, ada yang hidup senang dengan mlm. orang yang kata boring ni selalunya yang tak serius...

Dark Half said...

haha...btol tu.kena maintain buat muka x malu. paksa org beli.kalau org tak nak beli, kena beli sendiri pakai..kahkahkah

Mr feckry said...

mlm, haram.Sebab riba'

.s.o.f.i.a. said...

gf adik aku contoh yang berjaya ngan MLM........
baru 23 tahun bawak caldina.
badan kecik ja, tapi usaha besar......
dah pi paris, pi umrah, pi beijing, rerata dah.......
income bulanan dah tetap RM16k.......
dah buat rumah sebijik untuk parents dia......
and i'm totally impressed ngan dia

contoh yang tak berjaya lam MLM, adik aku.
apapun tarak. =)

almansor said...

Kalau nak join MLM, pilih yang berdaftar dan teguh. Jangan pakai join je.. Tapi kalau join dah yang sah, jangan pulak memperkecilkan pekerjaan lain.. Nanti ada pulak yang kecik hati.

ikhsan said...

numpang nampang...

Aryes Novianto said...

namanya juga mlm. jadi harus pintar pintar memilih bisnis mlm yang ada. walaupun banyak keburukannya tapi banyak juga baiknya. banyak yang sudah sukses berkecimpung di dunia mlm. tapi harus mlm yang bener bener lho. ndak yang asal asalan. ditempat saya banyak juga yang sudah sukses di bisnis mlm.dan sudah pensiun mudah.ini sebuah bukti, jika anda serius terhadap bisnis yang anda geluti. anda akan mencapai sukses

Anonymous said...

dalam ramai org,aku juga kau pilih..MLM bagitau aku...nabi kata 9/10 perdapatan kita dari perniagaan...aihe.tapi kau korek dari aku kerja gomen ni...yang tak berniaga..1/10....kau koreklah dengan tokei cinakah,tokei kedaikah,...hampeei lah punye org...

atiq said...

HAHA. mlm ni silent killer. :)

Yatre Hayati said...

ada kawan aku ni tertarik sangat dengan MLM. sebab dia pandai pancing woooo...siap cakap dengan kawan aku sebelum join ni jangan bagitau orng dulu...cheh..nak dagtar je dekat 2000... mahal nak mampus. dah la time tu student lagik

da[Y]un said...

betul2..kadang2 boleh buat org menyampah. dayun ada sorang sdara yg ikut MLM ni kiranya berjaya r dia, tp tiap kali terjumpa dgn dia da tahu da apa topik yg dia nak cakap, jd get ready tadah telinga je la..kan nanti tak dengar kan terasa hati plak, walaupun hati yg mendengar ni berdarah..hahaha

Nem0 o0h Nem0 said...

salam.
nak komen jugak.kita kena tau apa itu konsep MLM sebenarnya.. MLM bukan skim cepat kaya atau sistem pyramid.kalo nak cari MLM biar cari yg compny dah kukuh dan bw untung pd usahawan bukannyer cari skim cepat kaya,yg kita labur duit tapi org atas kenyg.MLM ni biss jugak.aku nak sahre something ngn korang..

http://www.hmetro.com.my/articles/HukumsertaiperniagaanMLM/Article


Perniagaan berasaskan MLM dan sebagainya adalah harus dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur judi, penipuan, unsur penindasan, riba dan terdapat akad jual beli.

Panel Kajian Syariah Jakim mendapati bahawa konsep, struktur dan undang-undang Perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam yang diputuskan dalam Muzakarah Fatwa Ulama pada Februari 2004.

Islam menetapkan bahawa setiap urusan jual beli mestilah bersih daripada unsur- unsur perbuatan penipuan, merampas, khianat, riba, judi, rasuah, mencuri dan putar belit. Perniagaan dianggap halal sekiranya tiada unsur-unsur yang dinyatakan di atas.

Keuntungan yang diperoleh adalah daripada hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

crayon said...

betul tu.. thank for sharing nem0

ChantingBonda said...

Aku niaga kain batek je..kahkahkah..

Anonymous said...

uiiiiiii.. lame dah topik ni yerk.....

Anonymous said...

aku dah berhenti buat.. merapu jer.. habiskan duit jer..boleh blah!!!

Pekerja... said...

Terima kasih... baru aku pun faham tentang MLM ini...Aku pun tak suka dgn MLM ini....cakap memang manis-manis dan sebagainya..Aku pun tak nak bagi org atas kaya macam itu aje....
Tapi aku rasa bekerja makan gaji dgn org pun kerja susah juga (tak kisahlah gov atau Priv)..
Cuma kita aje yang tak dapat meluahkan kerana terpaksa berpura-pura untuk tunjuk yang kita selesa dgn kerja kita... Cuba tahun itu kita tak dapat bonus ke atau kenaikan gaji.... mesti mula kutuk bos & syarikat kerana kita bekerja penuh setahun nak dah bagi syarikat untung & apasalahnya syarikat balas balik kesunguhan kita.
Di syarikat kita kena tunggu setahun untuk dapat untung (Bonus)... tapi MLM, aku rasa kita kerja kita dapat untung. nak kata sistem piramid , aku rasa semua kat malaysia ini ada sistem piramid... cuma dalam sistem piramid ini berapa cepat kita boleh selesaikan hutang-hutang kita, luangkan banyak masa dgn family kita...dan sebagainya.... Untuk makluman semua, aku tak pernah buat apa-apa perniagaan dan harta aku pun dah cecah RM 2.3 juta kerana kesungguhan & keyakinan aku... Akhirkata, dimana ada usaha di situ ada kejayaa. Renungkanlah...

ALICIA NARIN SHAH said...

Salam.... aku nk kongsi la cket pngalaman... aku ni pn xsuke MLM nih... dah ramai ajak join.. tp mentah2 lah aku tolak... ade kwn 1 skolah dulu xkwn sgt.. tp semate2 nk ajak join produk dy.. time tu lah baru carik aku... aku pn bsar hati lah kn... dlu xkwn kite... tibe2 carik lak...aku pn go on je la... beriye ni...belanje mkn la... bwk jalan2 la... rupe2nye ade udang disebalik batu.. iye2 ajak pg seminar dy... rupe2nye.... ajak join MLM dy... series..... aku mcm kne tipu pn ade..terase beb.. carik aku semate2 nk join MLM dy je...ape dy ingat aku ni ape ke? time dy terang2 kt aku tu.. aku mcm xsaba nk balik daripade dga kate2 dy..yg x boleh blah tu... dy ciap ngaku lg..'aku ni kwn ko' aku nk tolong ko' ..... aku bantai jawap la.. kerane bende ni la ko ckp mcmtu... kalo x? ade ko nk kate aku ni kwn ko? aku ni teros terang orgnye... hah.. now.... langsung xcontact..kalu dulu..helo gud morning my friend.... terase lak aku... skrg aku plak amek langkah jage2... agak2 ade kwn yg tbe2 mintak no hp tu... aku cek fb timeline ke foto dy dlu... mgkin nk jak MLM... kalu aku dpt tau... aku nk bg no hp dan jumpe takat2 nk ceramah MLM dy tu.......bagi aku.. kalu kite kuat2 berusahe dan rajin..mgkin boleh kaye dgn MLM ni...kalu x...gagal lah jwpnye...

pokok pangkalnye...kt tangan kite...

Anonymous said...

Betul betul

Anonymous said...

Correct

Anonymous said...

Betul

Anonymous said...

Betul

Post a Comment

Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk