tubelawak nak berhenti blogging.. itulah yang telah aku fikirkan selepas dapat masalah bertubi-tubi dari pendengki.. aku pun taktau apa salah aku sampai orang nak dengki dengan blog aku.. mungkin kerana aku suka kutuk manusia gay ataupun aku selalu mengatakan lelaki kebanyakan pervert, jadi ramai berusaha menjatuhkan aku (atau aku ja yang perasan orang nak jatuhkan aku).. mujurlah aku ni jenis manusia yang tidak mudah mengalah, sukakan cabaran, rajin, berbudi bahasa, tidak pernah giveup dan bersemangat patriotik.. kah kah kah
baru-baru ini, akaun google adsense aku kena tembak oleh si pedengki.. jumlah hits (clicked) yang aku dapat kat google adsense sampai ribu-ribu.. jadi keadaan ini membuatkan google close akaun adsense aku dan lenyap bersama-sama duit terkumpul sebanyak 400 USD.. ya! aku kerugian hampir RM1000 dalam sekelip mata.. apa yang aku pasti, ini bukan kerja orang luar dari malaysia.. 95% dari reader tubelawak datang dari malaysia.. jadi kalau ada orang luar 5% tu adalah mustahil mereka nak dengki kat blog tubelawak ni kan?
sampailah semalam, aku dikejutkan lagi dengan message dari rakan-rakan "wei awat aku takleh bukak tubelawak? dia kata listed as suspicious".. lepas tu dapat pula call dari awek-awek yang meminati tubelawak "sayang! blog tubelawak takleh bukak, camna i nak happy-happy hari ni? u betulkanla cepat sikit blog u tu! i nak layan gelak dengan kawan-kawan ni.. sayang u! bye!!".. hampa.. sedih.. kecewa.. punah harapanku..
usaha aku menulis selama ini, adakah ini saja pengakhirannya? aku menangis kesedihan.. adakah aku akan teruskan hidup di jalanan menagih simpati orang ramai menghulurkan duit kepadaku? mujurlah aku seorang yang kuat semangat.. aku terus hubungi rakan aku dan meminta dia berikan log yang mengatakan blog tubelawak listed as suspicious.. owh! rupanya bukan blog aku yang sebar malware.. disebabkan aku letak banner "imcurtain.com" sebab tu ramai takleh bukak blog aku.. kah kah kah.. cilaka punya banner imcurtain.. buat aku cuak ja..
walau gagal sekali, tak beerti gagal selamanya.. pala otak hampa aku nak berenti blogging.. tadak sejarah tubelawak give up dalam sesuatu benda! kah kah kah.. ingat aku pondan ka sikit-sikit nak give up, sikit-sikit nak give up.. kah kah kah.. quote menarik untuk korang semua jadikan teladan :
"aku berlari, kemudian tersadong sehingga berdarah muka,
aku bangun lalu aku teruskan berlari"
video : kegagalan yang super cool