Sunday, December 12, 2010

budak-budak sekarang ni memang teruk

budak-budak sekarang ni memang teruk.. itulah apa yang selalu diperkatakan oleh segelintir orang dewasa atau kaum veteran yang hidup di zaman sekarang.. aku sangat-sangat tidak setuju dengan penyataan ini.. bukan untuk menegakkan sesuatu yang salah.. memang ramai budak-budak atau remaja sekarang yang suka melakukan perkara mungkar, maksiat dan perkara yang sia-sia.. tapi itu tidak membuktikan generasi baru ini memang teruk.. penyataan ini sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh di negara kita..


budak-budak (remaja) zaman sekarang ni memang teruk!.. tidakkah anda tahu, kata-kata itu juga adalah doa.. bahkan boleh meracuni mentaliti generasi baru untuk jadi bertambah teruk dan semakin teruk.. ada juga sesetengah ibu-bapa yang boleh mengeluarkan penyataan itu didepan anak-anak.. berhati-hatilah kerana anak anda juga diberi akal dan dalam proses membesar, penyataan itu boleh mempengaruhi sepanjang usia anak itu..

remaja sekarang banyak kaki-clubbing, suka minum arak, suka berzina, tak ambil peduli bab agama dan bla bla bla.. ya! itu memang betul.. tapi tegurlah dengan baik.. bimbinglah mereka.. tapi apabila anda mengatakan "budak sekarang ni memang teruk!" ibarat anda mengalah untuk membimbing generasi baru untuk berubah.. contohnya video romen tepi klcc tu.. berapa ramai yang cakap macam tu? "mak bapak tak ajar" dan "dilaknat tuhan" dan bla bla bla..

kalau mak bapak diorang tak ajar, kenapa tidak anda sahaja yang pergi mengajar mereka dan bimbing mereka? itu pun tugas kita juga sebagai masyarakat kan? janganlah ego anda sebagai orang berumur atau orang yang makan garam lebih membuatkan anda mendoakan perkara atau kata-kata buruk kepada generasi baru..

aku tergerak hati untuk menulis ini kerana ada komen kurang sedap dibaca di video pelajar universiti melakukan demontrasi menyerahkan memorandum di pejabat perdana menteri.. ada yang mengatakan "budak sekarang ni teruk, mak bapak hantar pergi universiti suruh belajar tapi diorang demonstrasi.. apa nak jadi?" kah kah kah.. bagi aku, komen ini adalah super bodoh kerana tun mahathir dan anwar ibrahim pun pernah mengepalai demonstrasi ketika zaman muda mereka..

jadi mengapa perlu mengatakan atau melemparkan kata-kata yang negatif kepada keseluruhan generasi baru? sekiranya ada diantara mereka melakukan kesilapan, tegurlah mereka.. semoga generasi baru ini akan menjadi insan yang lebih cemerlang dan menjadi 'pemimpin adil' yang mampu mentadbir negara dengan baik dimasa hadapan.. amin..

video : zaman ni bagus sangat ka? (1990an)
video : zaman ni pun tak teruk ka? (1980an)


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
67 Comments
Comments


67 comments:

phreak-id said...

sensitif nampak bro.. lol

Terbaru >> 1) Nak Isteri Cun? 2) Blog Pilihan Malaysia 3) Prank Paling Gempak

abid_PM said...

aku suka post gini!!! :)

mentaliti masyarakat nak salahkan generasi muda pada semua salah. padahal, generasi yang lama kononya betul ni jarang nak betulkan.

galakkan lagi untuk buat salah ade lahh.

generasi yang baru lah kena dibimbing.

adrinaqamarina said...

kadang3 budak3 pandai pon kena bijak berfikir jugak.

- abdul hadi abdul muti - said...

betul tu. generasi male suke prejudis je, sian kitorang yang generasi mude nih.sob sob sob

_aLiaHwaFa_ said...

ooo, sexy jugak org zaman dulu. igt ann stok pki kain batik je sume.

Qyn Qyna said...

setuju bro!!

Marhaen Kacak said...

tu la bro..kadang2 depa ni tau cakap jer... aku setuju pasal yang blame pelajar tu...

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat : Rasiskah Kita vs Bersediakah Kita?

Farra Zulkarnain said...

yess, thiss time i agree. mereka hanya mendoa bukan mengubah,

♥CIK SHA♥ said...

setuju..kena tegur dengan cara yg baik..bukan maki hamun..^_^

marina anakcikbob said...

hahahahdoiyai...
kelakar la weh..
aku pon da sedar lama pasal hal ni..
sebab masa aku tengok laksemana do re mi dulu, heroin die pakai skirt pendek giler sampai nampak spender..
hohohoh..

Mar said...

ska entri ni,..
xsemua salah dan xsemuany betol.

Insan Marhaen said...

budak tu teruk salah depa ke atau kita?

Belalang Hijau said...

baguih bro...
entry yg sgt mantap...

Salamapple said...

Btoi3..byk budak jahat tu sbb sekolah yg diorang tu uruskan x bagus..DGN KATA LAIN diorang ni x pandai nk kaji elemen2 yg patut diwajibkn kt sume skolah kt mysia nih..ILMU DAN AGAMA CAHAYA KEHIDUPAN~ngeee

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Hadis2 Nabi Muhammad S.A.W.:

1) “Sebaik-baik zaman adalah zamanku, kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in).”
(Dikeluarkan oleh Imam Bukhory (2652), Muslim (2533/211), dan lain-lainnya.


2) “Barangsiapa di antara kalian yang melihat suatu kemungkaran maka hendaknya dia ubah dengan tangannya kemudian siapa yang tidak mampu maka dengan lisannya, siapa yang tidak mampu maka dengan hatinya”.
(HR. Muslim dari shahabat Abu Sa’id Al-Khudry).

Ain Zulaikha said...

tau takpe.. apa2 pun .. anak saya tidak akan teruk.. majulah sukan untuk negara!

chi3nming said...

haha remaja zaman ini rocks! hanya segelintir saje teruk

RedVixen said...

LIKE!

Aien Beni said...

haha, suka dekat pakcik dalam gamba tu cakap :D
saya remaja :(

princeduyong said...

waaaa...ini tebaek bro....

magnoliapert said...

Susah nak ulas pasal masalah ini -__-'

Promote jap! Hehehe :

Jangan lupe undi my blog untuk 'Blog Baru (2010) Pilihan.
My Lucky Number : 376
http://magnoliapert.blogspot.com/

omurice said...

setuju dan sebulu sangat2...kenape kita duk kata mereka teruk...nanti makin teruk lah..bukan nyer zaman sekarang jer....zaman dolu2 pun sama bezanyer dolu2 mana ade internet, video, astro, FB, Youtube dan macam2 lah...jadi kita xnampak...yosh!!.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

setiap zaman mengalami tahap-tahap tertentu dalam proses urbanisasi mengikut rentak an kemodenan sesuatu tempat serta aat budaya itu sendiri.

so, kgkala, apa yang muda mudi sekarang buat, tindak balas drpd faktor keadaan sekeliling dan juga didikan.

Sca Ndx said...

benda yang lepas bwak ke masa hadapan dan berterusan

zOuL_iMMe said...

hahaha..itu pemikiran sempit orang yang mindanya belum terbuka. Ada kata mahasiswa bodoh bila buat demo, padahal nak perjuangkan hak sendiri.

ada kata mahasiswa pondan sebab tak nak join demo tapi tak tahu AUKU itu sendiri dicipta untuk mempondankan mahasiswa.

hak kita wajib kita perjuangkan.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Tebu, budak sekarang memang teruk.Kena zip mulut, acik ada anak jugak.khe khe

محمد أزري حانيف said...

dulu ke , dulu dulu ke , sekarang ke , semua minda masih di jajah oleh budaya barat ..

pipoq said...

ni semua sebab mentaliti je..
bila pandang sesuatu perkara tanpa penilaian mendalam terlebih dulu memang perkara pertama yang nampak hanya yang negatif je..

wan nurul hezrina abd halim said...

memang zaman sekarang zaman keruntuhan akhlak sbnrnya.mummypun takut nak adapi bila anak2 mummy dah meningkat remaja.ikut kejadian masa paling kritikal n manusia tak bape cerdik bpikir adalah masa remaja..sb tulah remaja banyak buat cilap.kena ada pegangan agama dari family..harap2 mummypun dapat bimbing anak2 mummy nnt

+d.O.Y.A.h+ said...

waw!

Leena said...

hurm...btol la tuh kte kalo nk tegor sesiape mesti ade care...care berhemah org pnggil..
kalau org2 tua tegor bdak2 tu dgn kasar..ader dorang nak dgr..dgr la kot tp kuar balik

Muaz Faris said...

remaja sekarang memang suka hiburan, nak gi masjid punye lah susah..

tapi yang menjadi persoalan yang sekarang nih..
sape yang nak kembalikan remaja sekarang ke arah yang lebih baik.. sape?

Siti Muthiah said...

i like this post...

melentur buluh, biarlah dari rebungnya... ;)

Myaby said...

apa ni kutuk kutuk i

auch!

hahahahahhaa

akuanakpahang (AAP) said...

Salam lepak kejap kat sini..
Entri Terbaru "Jodoh VS Tembikai"

lalink7 said...

wah crayon...
patriotik pula kali ini..

btol2 tue..
biasa la ape2 perkataan yang keluar di mulut susah hendak dikawal..tue sebab la kuar jadi cenggitu..

KiN said...

btul tu...scara psikologinya, klu kte nk ssorg tu brubah, jgn sbut bnda2 negatif, kita sebut bnde2 positif
cth: ali jgnlah mls2 sgt!!!
bile dgr prkataan mls tu makin malaslah die!
kite tukar jadi:waaa....rajinnya ali ni!bagus!

misz beauty said...

tak semestinya pegi clubin minum arak... hui!!!

ekceli setiap zaman lebih kurang je... pokok pangkal diri sendiri... berubah untuk diri sendiri...;-)

jaa said...

masalahnye.. budak2 yg dah beso masuk uni nih dah tau wat camtu haram..tp depa sundrik yg suke nk tunjuk kat org ramai..who to blame now.. adekah kite atau siempuye diri..c.mon laa..sendirik cri pasaii...

kata kila said...

apa nak buat

mummynana said...

well its all up to you. mgkin ade mak pak dah ajar sebaik mungkin. tapi tanak trime. up to u gak lah. jadik mak pak zmn la ni pun bkn sng. :)

syazana said...

yg peliknya, cekgu sekarang kena saman kalau nak DIDIK anak mereka.

eiela said...

tak semuanya teruk, segelintir je. Sama-sama la kita nasihatkan diorang. dah nasihat tuh terpulang la kat diorang nak buat ape, nak rotan bukan budak-budak lagi.

Latest Entri :
Takde Mood, Tak Tau Nak Buat Apa

Ain Atika said...

betul2 ak sokong!!!

relevan said...

Jomm makan..

Khairiz said...

zaman moderm...so pemikiran pun morderm la

Fina Roslan said...

kesian si Os tu.tenkiu Tubelawak.dah lama tk tengok citer Adik tu.

p/s:saper la yg insan kreatif tahap gaban yg cipta lagu iklan tu? oh dear.

ali said...

waH best2.

~Arif~Asyraf~ said...

pergh!

[AwAn kuRang kelaboo] said...

os mang cool lah..!

Anonymous said...

HOIII... tubelawak!! BILA NAK UPDATE ENTRI..!!

KAMI MAHU UPDATEEE..!! KAMI MAHU UPDATE! KAmi MAhu UPDATE! kami maHU UPDATE! KAMI MAHU UPDATE! WE WANT UPDATE! WE WANT UPDATE! WE WANT UPDATE! UPDATE! UPDATE ENTRY! UPDATE! UPDATE! UPDATE! bILA NK UPDATE! KAMI MAHU UPDATE! WE WANT UPDATE!!

CEPAT UPDATE ENTRI SEBELUM KAMI ROBOHKAN PINTU PAGAR TIUBLAWAK NI..!! ARRRGHHHHHH...!!!


>> BUDAK-BUDAK PEMBERONTAK ZAMAN SEKARANG <<

lynn said...

biasanya...semua benda tu ada acuan.
yang org zaman dulu kata teruk2 tu lebih kepada sikap.
tak kan tak perasan budak sekarang dah kurang budaya sopan santun. adat hormat menghormati.

itu la yang dieorang bezakan.


lagipun. tak caya pi tgk kat skola. dajah 4 da pandai cerita pasal sex.

kurang sgt perhatian...

CahayaCintaIlahi said...

tubelawak undi saya taw kat BPM no 176 ..
yeay tq.. :))

Ann said...

seksi...dlm filem zmn dulu,dh pakai bikini..

Lynda.CG said...

biasa ah tu lumrah alam, ms muda x perasan diri sindri, org tua komen, bila diri sindri dah tua, mula tak berkenan tu ini. padahal 2x5 je. bnda nih repeat je ah.

Afendi Othman said...

huhu..betul tu..orang kita suka menghentam dan menyalahkan orang je..cube kite ambil inisiatif betulkan keadaan...even mati kubur lain-lain..tapi seagama sesaudara tetap dipersoalkan nanti..huhuh

manggosteen said...

zaman sekarang org tua2 ckp budak zaman skrg teruk..
nanti kita dah tua kita lak ckp budak zaman tu teruk..
kitaran hidup!

Pink Diva said...

hmm for me .. teenagers today even worse with the past ..
but we, as older than they should guide them to the right path, advising either way .. instead of cursing or scold them.not by praying for them anyway.

It will not get into their heads all the advice if we are angry and shouted with them.

pray that they will return to the base of the road someday..

edora deon said...

kinda make sense :) thumbs up .

dee said...

wah..bila tubelawak mula bersuara....huhu

da[Y]un said...

Bila mahasiswa bertindak begitu, dituduh bdk2 sekarang ni teruk. Tapi kalo mereka2 ni dok diam menurut je semuanya dikatakan kita ni mahasiswa lesu...ntahla labu!

atiq said...

HAHA. caption kat gambo lawak :)

mencik taw!! auwww. HAHA.

Ra-kun yang sendiRIAN said...

kunjungan din hari :)

Anonymous said...

10 tahun dulu, kalu kes buang anak dilaporkan, agak culture shock gk..kalo skarang? 10 tahun akan dtg? camane plak ngan skolah hamil? umur 14 tahun dh pandai merompak? rokok? dadah? comolot di kawasan public? rasuah juta2 dh jadi biliion2? dulu curik duit surau, skang curik duit zakat? etc..etc.. kesimpulannye, bukan anak2 mude je yg teruk..MANUSIA MAKIN TERUK!

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.." Asy-Syura (42):30

yopie said...

hello

tokg said...

BRO, Bagusla budak zaman sekarang teruk, sebab aku kompirm LAGI BANYAK BEBUDAK MUDA YANG TERUK , MACAM-MACAM KES...kita lupa, ada tersembunyi BEBUDAK MUDA ZAMAN SEKARANG YANG BAIK GILER TAK TERPENGARUH DENGAN RAKAN SEBAYA DIORANG, bebudak baikni la HERO-HERO MASA DEPAN. PEACE!

Faiz Tapit said...

Budak2 skang mmmg teruk! tengok porn sorang2!
hehe

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk