Sunday, July 17, 2011

pernahkah anda terfikir #2 (kalau mati hari ini)

pernahkah anda terfikir #2 (kalau mati hari ini)

pernahkah anda terfikir? apa yang akan berlaku kepada dunia sekeliling anda sekiranya anda mati hari ini? aku sering terfikirkan tentang ini.. kalau nak dikaitkan dengan iman dan amal, memang konfem tak cukup lagi untuk dibawa bersama kalau aku mati hari ni.. jadi aku kecikkan skop penulisan ni kepada dunia sekeliling dan aku takmau relatekan dengan topik agama, sebab perkara tu dah general dan semua orang pun dah tau yang kita kena kena jadi mukmin yang baik di dunia sebelum mati.. 



kalau aku mati hari ni, aku rasa dikalangan ahli keluarga aku tidak bermasalah sebab masing-masing dah hidup stabil.. lagipun kalau aku mati, mak aku ada penjaga, abang kakak aku pun semua ada kerjaya dan ada zuriat masing-masing untuk dibesarkan.. jadi aku tak risau sangat pasal famili aku.. aku anak bongsu.. serba sedikit aku rasa kalau aku mati, tak mengganggu gugat kehidupan mereka ataupun merugikan mereka pun.. aku yang selalu mintak duit kat mak, abang dan kakak aku.. haha :P

bagaimana dengan anda? kalau anda mati harini, anda rasa ianya akan membebankan keluarga anda tak? ada tak hutang yang anda belum langsaikan dan kalau anda mati, hutang itu perlu dilangsaikan oleh keluarga anda? kalau anda rasa kematian anda membebankan orang, settlekan cepat-cepat hutang anda.. aku tak ada hutang ;) dari kecik mak aku marah hidup berhutang.. tapi mungkin jugak ada yang aku tak prasan, macam zaman sekolah dulu aku ada gak mintak seringgit dua kat budak-budak junior.. hahaha..

tapi kalau bab rakan-rakan, aku rasa ada rakan-rakan yang perlukan aku.. aku tak ready lagi untuk mati hari ini sebab rasa macam ada benda yang tak settle lagi dengan rakan-rakan.. tapi kalau mati jugak, apa boleh buat~ hehehe.. masih ada rakan-rakan yang tak ada arah tuju dalam hidup, masih ada rakan-rakan yang suka isap dadah dan minum arak dan perlu dimarahi oleh rakan sudi menegur..

kalau aku mati hari ini, ada diantara rakan aku, mungkin takdak orang nak tegur diorang dah.. sebab kebanyakan orang tak suka menegur kerana takut dikatakan 'busy body'.. aku? aku tak peduli semua itu! hehehehe.. busy body itu hanyalah bahasa.. tanggung jawab itu yang sebenarnya..

aku tak kahwin lagi.. jadi hal mengenai kekasih hati atau anak-anak aku tak perlu fikirkan buat masa ini.. kadang-kadang terasa berat hati untuk tambah orang yang kita sayang dalam hidup ni sebab takut kehilangan dan juga takut membebankan balik orang yang kita sayang kalau kita mati.. hahaha.. tapi itulah realiti dan risiko yang terpaksa dihadapi oleh semua orang..

bagaimana dengan anda? pernahkah anda terfikir apa akan terjadi kepada kekasih hati anda kalau anda mati? adakah dia akan depress dan bersedih macam orang gila? kepada lelaki diluar sana, anda tak perlu risaukan kekasih hati anda kalau anda mati hari ini ataupun esok hari.. kekasih anda, bagi aku jaga!! kah kah kah.. auwwwww


p/s : Muhammad tinggalkan macam-macam untuk kita, kita pulak tinggalkan apa untuk orang lain? :) takkan hidup sekadar menyusahkan orang, lepas tu tak berbakti apa-apa kot? hahahaha
Share This

36 comments:

  1. ko tinggalkan password innity dengan hosting apa semua kat aku cukup lah : |

    ReplyDelete
  2. part anak bini tu sangat menakutkan.harta belum banyak tinggal kat anak bini ni weh..haha....

    ReplyDelete
  3. cite psl mati ni menakutkan ni.. >.<

    hahaa! klaka la vd0 tu...

    ReplyDelete
  4. xnak mati dulu,,,biar mak ayah n adik2 hidup stabil dlu,,,huhuhu

    ReplyDelete
  5. kalau mati hari ni, paling takut sebab amalan tak cukup.. Insyallah keluarga dah stabil.. BF? maybe baru dia tahu bila ... aku sudah tiada...

    ReplyDelete
  6. a;ahkan banyak lagi amalan yang x cukup... kalau diberi pilihan saya nak mati sebagai anak yang taat, isteri y solehah dan seorang ibu y mithali, so saya tak beredia lg sbb sy belom kawin...hi3

    ReplyDelete
  7. ngeri juga ya gan , mana sholat ku masih banyak yang belum sempurna



    Health Partners

    ReplyDelete
  8. berdiri bulu roma cite pasal mati ni..dosa bertimbun g..tapi ajal maut ditangan Tuhan,kita semua hak Dia..

    ReplyDelete
  9. kalau saya mati kejap lagi beruntung gak sebab sempat tinggalkan komen di blog kamu..haha

    ReplyDelete
  10. mesti fama sedih sebab 1 hajat besar mereka belum setel lagi..

    ReplyDelete
  11. aku suka part takut nak tambah orang yang kita sayang dalam hidup tu..hhee...bernass

    ReplyDelete
  12. perkara y paling dekat dengan kita adalah mati.aku suka ayat kaler merah kau tu

    ReplyDelete
  13. ish masih bnyak yg blom selesai di muka bumi nie..

    ReplyDelete
  14. Kalo awek org tu 'saiko' ko nak jaga jugek ke tube? Heheh.

    ReplyDelete
  15. kalau mati lambat pun payah jugak kalau masa hidup tu dok kutip dosa ja...

    ReplyDelete
  16. betul la beb,amalan pn xckup lg..risau gk kalau pk ttg mati ni,bukan tau kn..bukan leyh jangka 5min lpas ni apa akan jadi...apa2 pn entri ko yg ni besh sbb beringt sma2 kita..busy body tu jz anggapan org jer..:)

    ReplyDelete
  17. bagus jugak jd foreveralone ni. mati tak menyusahkan org lain kn crayon.. cukup la famili members/kwn tdekat sedekah Al-Fatihah bila mati.
    -sbg khalifah kite manusia ni mmg byk tanggunjwb nya.

    ReplyDelete
  18. BERTANGGUNGJAWAB JUGAK IJUALI NI...

    KAH KAH KAH..

    ReplyDelete
  19. Daripada Allah kita datang,kepadaNya jua kita kembali.Bukan senang nak update blogkan.Banyak benda yang kena fikir.

    ReplyDelete
  20. eyka belum pikir lagi..rase takot plak nak pikir mase depan ni..huhu..=.="

    ReplyDelete
  21. mengingati mati selalu mmg baik & menginsafkan..

    ReplyDelete
  22. Gemuruh darah baca tajuk hang ni..belum baca isi lagi..dah baca isi rasa insaf..mati itu wajib...waktu dan hari kita tak tau...kalau mati ari ni..abis putus semua hubugan dgn org yg idup...org yg idup sebenarnya yg kene pikir kalau kita mati apa depa nak buat..bukan kita yg dah mati dok kalut pikir apa mereka bakal buat tanpa kita...

    ReplyDelete
  23. nk like banyak2 kali..
    suke entry nie...
    suke blog nie...

    ReplyDelete
  24. kalau tiba2? belalang mati? sesuatu yang takut utk d fikirkan kerana diri ini masih miskin...miskin segala2nya...

    namun yg pasti jika d takdirkan diri ini mati hari ini, isteri dan anak ku mungkin akan terbeban sedikit...

    terima kasih sebab menyedarkan belalang utk berfikir hal ini ;)

    ReplyDelete
  25. ada pepatah mengatakan beramallah bagaikan kita akan mati esok dan berseronoklah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi!Apa2pun, entry ini mengingatkan kita bahwa kita akan menempuh kematian juga sbb yg hidup pasti akan mati jua...so tqvm kerana mengingatkan!

    ReplyDelete
  26. Aku takut tak sempat nak ajar anak aku yang masih kecik tu smayang dan doakan untuk aku nanti....dan kalo sempat aku harap sangat orang yang angkat jenazah aku masuk liang lahad tu adalah anak lelaki aku.....muaha ha ha ha

    ReplyDelete
  27. aku pulak tak cukup bekalan lagi nak bawak jumpa Tuhan. sangat sangat kerdil lagi hina sekarang ni. harapnya ada waktu lagi prepare bekal cukup cukup nak menghadap Ilahi. amin.

    tang keluarga pulak. kesian mak ayah aku nanti. kalau boleh janganlah mak ayah aku yang rasa kehilangan anak sendiri. itu je aku nak komen. and aku pon tak ready lagi nak kehilangan orang orang yang aku sayang kat keliling aku ni.

    anyway, terimas sebab ingatkan pasal PERGI ni :)

    ReplyDelete
  28. Selalu fikir akan persoalan ini... kalau mati hari ini mesti kuarga ak teramatlah sedih, kerana ak sulung, adik2 masih perlukan ak..pengalaman sepupu meniggal 2bulan lepas pun memberi impak besar kepada kami sekeluarga dan keluarga arwah..ermm.. andai manusia tahu bila dia akan PERGI, ermmm entahla, wallahualam...

    ReplyDelete
  29. bulan Ramadhan ni, buat la amal kebaikan byk2...
    banyakkan sedekah dan lain2...
    insya ALLAH...

    ReplyDelete
  30. "Your comment will be visible after approval."
    ;D

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates