Monday, February 15, 2010

warga tua teras masyarakat

warga tua teras masyarakat

ahahaha.. pernah dengar lagu warga tua? kalau tak pernah dengar, diantara liriknya berbunyi begini  warga tua teras masyarakat, hidup lama penuh jasa setia pada negara... sungguh menyentuh hati bukan? sesiapa yang nak chord gitar lagu tu boleh amik kat sini link.. kenapa tajuk post aku kali ni mengenai orang tua? sebab zaman sekarang ramai budak-budak muda ni langsung tak hormat orang yang lebih tua daripadanya.. kan? kita perlu menghormati orang yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman dari kita.. mereka dah merasa hidup susah contohnya pada zaman komunis menjajah negara kita dulu.. diantara mereka juga adalah pemimpin kita bukan? saksikan video ini dengan harapan orang muda kini lebih menghormati warga tua..

video : warga tua teras masyarakat yang terbilang

mereka juga manusia.. janganlah salah anggap pada mereka.. sekiranya kini anda tidak mahu menghormati mereka, ingatlah bahawa suatu hari nanti anda juga akan menjadi org tua dan dilabel sebagai warga tua.. mungkin anda akan dilayan dengan lebih buruk pada masa akan datang.. setiap yang baik dibalas baik.. dan setiap yang buruk pasti akan menerima pembalasannya.. ahahahahah.. post aku ni unsur negatif ka positif? aku pon pening.. gelak ja lah!! ahahahahahaha...


Related 

Posts with Thumbnails
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates