Friday, May 7, 2010

hang mokhtar : seniman yang menyepi sekian lama

hang mokhtar : seniman yang menyepi sekian lama

hang mokhtar sangat terkenal dalam tahun 80an.. macam mana aku boleh kenal dengan hang mokhtar? sebab dulu arwah bapak aku selalu pasang kaset hang mokhtar semasa menaiki kenderaan.. jadi disebabkan bapak aku minat, aku pun tumpang minat sama.. antara lagu hang mokhtar yang sangat femes dulu ialah ayoyo sami.. lagu yang terhasil kerana kerajaan menaikkan tol.. dan paling meletop di malaysia ialah "kocik kocik, jago kobau".. sampai sekarang aku masih ingat lirik lagu ni.. arwah bapak aku dulu kelahiran negeri sembilan.. mak aku orang kedah.. jadi aku orang kedah sembilan..

jadi disebabkan saudara hang mokhtar kini bergiat cergas menyebarkan seni dan bisnesnya di internet, aku nak tolong dia promotekan bisnes dia.. kenapa aku nak tolong? sebab aku minat hang mokhtar.. bagi aku dia adalah seorang legend yang tak berapa dikenali.. korang boleh melayari laman blog beliau di hangmokhtar.blogspot , untuk mengetahui dengan lebih lanjut.. ataupun di youtube channel beliau link .. aku sangat berharap hang mokhtar dikenali generasi masa kini.. bagi aku beliau setaraf dengan seniman terkemuka seperti dato s.m salim dan lain-lain.. kenapa? sebab lagu yang disampaikan penuh dengan unsur nasihat,pengajaran dan sindiran sinis.. diantara lagu hang moktar yang terkenal :

video : kocik kocik jago kobau
video : ayoyo samy

aku taknak highlightkan lagu-lagu yang aku dah nyatakan tu.. sebab ada satu lagu nyanyian hang mokhtar yang aku dengar masa kecik dan kini aku berfikir "eh ada betul gak cakap dia ni".. lagu tu bertajuk perangai wanita.. diantara lirik yang disebut ialah "jangan pula dia berkahwin dengan orang berpangkat.. perangainya hebat lebih dari suaminya..  hilang lemah lembut hilang pulak budi bahasa.. wataknya bertukar menjadi tuan besar" .. dan korang pasti tau apa ada dalam kepala otak aku bila dengar kembali lagu hang mokhtar ni? jeng jeng jeng.. oh! sudah pasti si rosmah mansor.. isteri kepada perdana menteri kita.. ahahaha


video : perangai wanita (tepat sekali!)


Related Posts with Thumbnails
Share This

12 comments:

  1. 1st lagi? hehehe xD

    ReplyDelete
  2. bila di fikir2kan balik, betul la ape yg hang moktar tu nyanyi kn.. ngee^^

    ReplyDelete
  3. mai : memang sangat betul pun.. ahahahaha.. sebab tu aku tulis dalam blog..

    shameel : sentimental value kan lagu ni? teringat zaman budak-budak.. tapi tak ramai kelahiran 80an dengar lagu-lagu hang mokhtar ni..

    ReplyDelete
  4. mane ade orang asal dari kedah sembilan. samdol. haha

    ReplyDelete
  5. memang betul pon lirik die.. tapi untuk segelintir je la..

    ReplyDelete
  6. weih... ang kena band stgi kot.. better buang nama orang tua tu...

    ReplyDelete
  7. awat nak kena ban lak? aku bagitau kat saudara hang mokhtar aku buat review pasal dia.. ahahah.. yang pasal rosmah tu? takkan la dia nak ban aku? kata negara demokrasi.. :(

    ReplyDelete
  8. Hidup ku penuh pengalamam.Kenal orang di Lounge hotel sebelum jadi menteri sampailah dia jadi menteri.Dari miskin ada yang kaya raya.Yang belot kepada isteri,yang bermacam2 perangai ku temui.Mumgkin ini menjadi inspirasi buat ku menulis lirik.Terima kasihlah sahabat,yang mana masih mengikuti perkembangan ku dan menulis sedikit tentang diriku.Walau pun kurang menonjol aku masih lagi menyanyi setidak2nya untuk youtube .Sekarang dah 63 tahun masih lagi mencipta lagu dan lirik dan nyanyi sendiri.Jadi terima kasih atas tulisan sahabat dan Al Fatihah untuk arwah ayahanda anda yang telah pergi yang meminat saya.Tel 013 3634323

    ReplyDelete
  9. terima kasih bagi respon kat sini saudara hang mokhtar.. terkejut pulak saudara reply kat sini.. ahaha.. sangat-sangat dihargai..

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates