hari ni aku nak cakap pasal nafsu.. semua manusia ada nafsu, kecuali mereka yang kurang sifat tertentu yang berkaitan.. kebiasaannya nafsu ni dikaitkan dengan keinginan melakukan perkara jahat.. susah kalau nak semai jiwa dan hati untuk bernafsu ke arah kebaikan ataupun untuk melakukan perkara kebaikan.. disebabkan harini aku nak post video lawak berkaitan nafsu, aku nak ambik kesempatan untuk share ilmu berkaitan nafsu dengan korang.. aku ambik penulisan ni dari blog layyinulharir.. sama-sama kita tambah ilmu pengetahuan kita..
nafsu manusia ada peringkat atau tahapnya mengikut islam.. peringkat-peringkat nafsu itu ialah nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah.. nafsu ammarah adalah tahap nafsu yang paling jahat iaitu nafsu yang mendorong ke arah kejahatan.. kemudian nafsu mulhamah pula ialah peringkat nafsu yang berjaya dicapai setelah struggle menghapuskan nafsu ammarah dan lawwamah.. pada peringkat ini, manusia tidak berfikiran untuk melakukan kejahatan.. selepas mulhamah ialah nafsu mutmainnah.. manusia yang berjaya mengawal nafsu ke tahap ini, sudah layak memasuki syurga..
bagi manusia yang mencapai peringkat nafsu radhiah pula, mereka ini memiliki segala sifat mahmudah dan dianugerahkan firasat yang sangat tajam.. kebiasaannya, nafsu mardhiah pula dicapai dikalangan wali-wali Allah.. mereka yang diperingkat ini bersifat tenang dan tenteram.. dan peringkat yang tertinggi ialah nafsu kamilah.. diperingkat ini, segala gerak geri atau perbuatan adalah diredhai.. sangat super hebat bukan? tapi peringkat nafsu tertinggi ini hanya boleh dicapai oleh para rasul, para nabi dan wali Allah sahaja..
jadi kepada mereka yang suka marah-marah.. cubalah kawal kemarahan anda.. kepada yang suka melakukan kejahatan, berhentilah melakukan kejahatan dan lakukan kebaikan.. kepada yang tamak, kerapkali melakukan sedekah.. pendek kata, ubahlah perkara yang negatif kepada positif.. sama-samalah kita berusaha mengawal nafsu kita untuk meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.. enjoy video ni ya! ^_^
video : nafsu kecilku yang tercabar
hahah comelnye siap cium2 lagi marshmellow tu kekeke
ReplyDeletehaha..betol2 mencabar nafsu.
ReplyDeleteyg pakai baju dark green tu memang comel!
ReplyDeletelapar!
ReplyDeletehahaha.. comey giler diorang ni. xD
ReplyDeletekalau dapat mashmallow tu, ku bakar n makan! sodap yooo..
makan jika lapaq...berenti sebelum kenyang...jangan dok pi balun sampai sengkak...jadi ulaq sawa la...
ReplyDeletehahahaha...
http://amirkomeng.blogspot.com/