Wednesday, July 13, 2011

segmen jelajah bersama tubelawak

hehehe.. sila abaikan title diatas.. segmen bersama tubelawak? sampai mati pun aku takkan buat segmen.. kah kah kah.. harini aku nak cerita sikit kenapa blog tubelawak ni dah slow sikit.. salah satunya sebab aku busy menyiapkan busuk.org.. dan satu lagi sebab aku nak kurangkan menulis entry kurang ajar atau penulisan yang sarcasm dalam blog tubelawak ni.. bukan apa.. sekarang ni setiap kali nak post entry ja, mesti aku akan menilai dulu dua tiga kali sebelum aku publish untuk tatapan umum..

gambar aku bermain gitar ditepi tingkap.. auww

masa yang aku luangkan kini lebih lama untuk menulis satu entry.. tak macam dulu-dulu.. dulu aku tulis dan terus publish tanpa berfikir dua kali.. sampaikan ada dua tiga orang rakan aku cakap kat aku yang blog tubelawak ni sekarang dah tak best.. tak lawak sangat macam entry lama aku.. memang aku dah ubah sikit cara penulisan aku.. dulu aku offensive.. suka hantam orang sesuka hati.. mencarut sesuka hati..

bila fikir-fikir balik.. aku tak kenal siapa pembaca aku.. mujurlah ada penulis lain yang menulis tentang aku, pada masa yang sama aku baru tahu bahawa ada juga dikalangan kanak-kanak yang membaca blog aku.. contohnya seperti entry rakan aku sorang ni (suarabawahtanah) aku rasa tak sedap hati jugak la bila dapat tau kanak-kanak juga mengikuti blog aku yang agak kasar dan kurang ajar ni kan? hahahaha..

bukan setakat kanak-kanak ja.. aku lagi terkejut bila aku dapat tahu ada ayahanda pekida sendiri yang mengikuti blog aku.. kah kah kah.. siapa sangka? blog merapu sarkastik macam ni pun ada ayahanda pekida yang baca.. aku sangat terharu sebenarnya.. terima kasih kepada ayahanda zulshaari yang telah meninggalkan komen positif di blog tubelawak ini (link entry)

pejam celik pejam celik.. follower dah 11ribu dalam masa dua tahun aku menulis.. nak follow balik anda semua, memang tak dapat aaa.. injured jari aku nanti kalau nak klik follow balik semua orang.. hahaha.. apa-apa pun, kepada yang mengikuti blog tubelawak ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.. dan sori sebab aku nak kurangkan menulis entry kurang ajar dah :).. errr.. entry sarkastik? maybe~ hehehehe..


p/s : ada sorang rakan baik aku cakap "lepas telordibasuh arwah, awat blog hang dah tak lawak dah?" hehehe.. sebenarnya memang masih terasa kehilangan arwah telordibasuh.. salah satu sebab aku check dua tiga kali sebelum publish entry ialah, aku akan fikir "kalau aku mati, ok tak entry ni untuk orang ramai baca? dapat pahala tak aku? ka tambah dosa?"


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
66 Comments
Comments


66 comments:

gadisSETAN said...

rrr...bila lagi nak tunjuk muka betul?ahhahahhaha

cik zira said...

manfaatkan penulisan, x salah nak buat lawak...btul x???

crayon said...

<---- ni icon blogger ni muka betul la ni.. adeh... ingat aku pakai muka orang lain ka?? hahahahahaha.. auwwww <3

nada hanis said...

:)

rara91 said...

nape xhensem sgt doe???waakkakakakkakakak bila hg nak pakai songkok lak.baru setai skit :)

Solihahazahar said...

haha setujuu setujuuuu. bile lerr nk tunjuk muke muu yg hensem tu erk? hihi :)

crayon said...

biaq tak hensem takpa.. hati suci.. kah kah kah

cik zira said...

haha. kecik sgt!!!

rara91 said...

alahai.aq baru bukak topik sai muka hang.dah ramai masok line.ni xsyiook ni...

Yuyu Musa said...

iteww baruuu jewww nak tulisss pasal abammm ijuali taw...

hik hik hikkkk...

crayon said...

nak kutuk aku la tu.. kutuk la.. aku kutuk hang balik!! aku kutuk hang balik!!! hahahaha

imnabila said...

ehehhe.. apsal muke mcm tu..?hahha

rara91 said...

ahahhahah,arh! bila masa aq nak kutuk hg..eeei,aq lempaq ke laot satg.wkakakakakkaka

Ym.Bundle said...

gadis setan lu memang lawak la..wakakaka..

rara91 said...

ym bundle.hahaha lu minat mamat ni k?hahaha..

Ym.Bundle said...

aku tak paham ko cakap ape ni?dah la komen takde kaitan entry..wakaka..kalau ko cakap pasal tubelawak aku memang pon minat dia..aku kan gay..wakakaka...

soooooour said...

hahaha..relax sudah..klu nak lawak..kita baca entry yg lama bnyk kali jela...

crayon said...

ym.bundle ni partner gay i ok.. sila jgn kacau dia ;) muah sikit ym.bundle.. auwww

rara91 said...

ha?kau ckp aq komen xde kaitan.senget ko...ade kaitan ah ngan gambo lam post..hOhoooo kau tu tetibe gay?lagi xde kaitan.giller! dah ah.crayon xsuke aq dok sni.chiow lu :)

rara91 said...

ha?dah declare?

Ym.Bundle said...

rara sengal..wakakaka..btw lu memang best crayon..wa memang suka blog lu..away~~

cewek.medusa said...

waa.. da baligh rupenye. bagus.. camni br bole jumpe pak mentua..kami sokong crayon tunjuk muka real kt tp tingkap.

"kalau aku mati, ok tak entry ni untuk orang ramai baca? dapat pahala tak aku? ka tambah dosa?"----> ada nk wasiat password tk kt sesape, sblom mati? ehem 11k tu....

rara91 said...

habis hang crayon...better hg tunjuk muka betoi untuk post terbaru hang t...sapa xsetuju mmg aq swoh *** wat bersih 3.0 plak pas ni.wakkakakakkaka ym.bundle.xpyh kipas lbey2 sgt...wakakakkaka sorry belom blah .bye syayunkk crayon :)

laskar pelangi said...

betul jugak tu...kita tak tau bila kita mati kan...mungkin esok atau 2minit lagi..kalau letak entry yg berguna dapat pahala ke haa..

Belalang Hijau said...

uik, ada entry yg ada link belalang rupanya...terima kasih crayon...ngee...

sebenarnya mmg itulah masej tersembunyi yg belalang nak hantar kat lu bro...generalkan content blog ini kerana blog ini d baca oleh semua lapisan umo...

apa2 pun, tube lawak mmg terbaek!!! :)

Ayeem Jemain said...

ala. baru nak join segmen. aku nak stop melucah, hang nak stop kurang ajar. elok lah tu

angah said...

alhamdullillah..

Tasha said...

tetap rase tubelawak best,busuk tu final year pojek ke?hehehe

bos said...

taubat.

Azrul Hisham said...

pergh...trollface sedang main gitar..ekeke :P

Fina Fento said...

baguih. semua pakat tobat dah masing - masing

cik sakdi said...

ala kasar tu kadang2 syok pe. hehe

♥CIK SHA♥ said...

terer ke maen gitar bang ijuali? huahuahua..


peehhh! semangat waja tu siapkan busuk..chaiyok!

[sutera kasih] said...

ok la tu tubelawak..always supot you bahh :)

evagurl (podshop) said...

kalau aku nak tulis pasal hang dua entry pun tak cukup (-_-)

anGah said...

tubelawak.. permintaan aku neh.. aku nak sangat tubelawak buat segmen.. boleh aku join.. hahaha..

Affan said...

grr, ingat ada segmen haha

SYAF said...

Setiap orang akan berubahkan kan...tapi berubah untuk menjadi lebih baik itu bagus...

Dinar said...

apa2 pun syabas dan selamat berhijrah....

Rahmad said...

blog ayemmayam pun nak bersara dari sudut kelucahan dh..hang pula sudut kurang ajar..hahha

selamat maju jaya..

tubelawak terbaik!..

Opick Amikom said...

mukanya mane nich.. saye pengen liat muke tu... hehehehe

WONDER-PETPET said...

ini gambo tipu... ijuali penipu!!
tgk sofa &wallpaper pun tau gambo ini dicurik dr mana-mana? mcm apartment aku masa kt canada je

taubat la ijuali! tgk AnwarHaadi ok jek tayang muka, xcurik gambo org la. taubat!

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

nape tubelawak? ilham dari pelawak mana..haha :P

rara91 said...

aceh crayon syg.hang nak masok meminang aq ka siap tnya aq doik mna.wakkakakakakak aq dok langkawi laaaa...

rara91 said...

better hg tunjuk muka besaq2.kui3...

crayon said...

<--- ni muka aku la mangkaq ubi oi

muhamad hanif said...

admin busuk ?


wahahahahaha..hebatlah ;)

Aina said...

Alhamdulillah.Hijrah yg baik:)

Rain said...

tiub, jgn hansem sgt, nnt hati manyak susah ooo.
ramai awek kejar, silap2 kena bomoh, santau.

ni realiti yg rain tgk skrg ni.

aritu doktor pelatih kat hospital bahiyahkena pukau. smp terlepas mjlis pertunangan dia..

Ujang9897 said...

ok...dapat byk point penting..=)

rara91 said...

hangla mangkaqq...aq nak gambaq besaq.watpa aq nak tengok gambaq kecik...dahla nampak gg kuning hang ja.wakakkakaa larikkk!~

rara91 said...

rain,xda jodoh nak buat camna.ekekekek <<ayat crayon dlm otak.

~nsar~ said...

dereyan ada la yang mangkaq.. ubi mana ada mangkaq.. hishh..

baincardin said...

alhamdulillah...:)

aiEz said...

beb,ak ske entry ko yg baru ni...mmg ak tgk lepas mmbe telordibasuh meninggal ak tgk blog ni da laen..skrg lbh pd srh berfikir..apa2 pn teruskn menulis ttp ada yg singgh sini jugk..

candybiru said...

dulu awak macho..sekarang awak cute.. =D

Piah Becok said...

boss... sarkastik itu penting. so, publish je kalu rase itu dapat memberi kesan positip...


sebut pasal arwah, rindu kat entri2 arwah dulu... al-fatihah.

..ika itu aku.. said...

malu sebnrnya nk dtg blog femes ni =P

tubelawak mmg best!!!!
seyes tak tipu =)

AyaqKordial said...

tubelawak awesome!

Iedil Farouk said...

tubelawak dahh insappppp. haha :D

sopheamaya said...

u r soo funny but sometimes lil bit sannoying..huhu.. <3 :)

APi said...

sopannya anda..
keh keh keh

taliff said...

Tergerak nak tulis komen pulak...:)

Ilmu bermanfaat akan bawa pahala sampai mati. Thank for the sharing :)

AcerNoval said...

alhamdulilah..

Penyu said...

harap maklum...sy org baru di sini

Penyu said...

saya suka abiang men gitar nie

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk