Wednesday, May 12, 2010

mr and mrs smith versi malaysia

mr and mrs smith versi malaysia

kalau korang pernah tengok filem "mr & mrs smith" korang mesti tau macam mana jalan cerita tu dengan lawak jahat, attitude yang kurang baik, keganasan dan bunuh membunuh tapi terbentuk dan terhasilnya bibit-bibit percintaan diantara mr & mrs smith.. perkara ini wujud di dunia realiti.. pasti korang tak percaya kan? ya! aku ada bukti.. aku ada video realiti mr & mrs smith.. tapi versi malaysia punya.. ahaha..

aku terkejut bila melihat video ini kerana tidak menyangka ada orang malaysia yang hampir sama dengan brad pitt dan angelina jolie.. tambah terperanjat apabila tingkah laku mereka mengingatkan aku kepada filem mr & mrs smith lakonan brad pitt dan angelina jolie.. dari apa yang dilakukan, ternyata mereka ini terlatih dan sangat profesional.. aku tidak pasti mereka ini dilatih oleh agen rahsia kerajaan kita ataupun, agen rahsia swasta..

oh! tidak lupa juga, dulu aku ada post entry pasal pakcik robin hood.. disebabkan filem robin hood bakal ditayangkan di pawagam dalam masa terdekat ini, jadi aku letakkan sekali didalam entry ini.. selama ini orang menyangka, 'mat komando' ja digelar robin hood malaysia.. tetapi masih ada lagi robin hood lain diluar sana.. ahaha.. kepada korang yang masih menyangka korang hebat dan bangga dengan kejahatan korang, awas!! robin hood, mr smith dan mrs smith sedang berlegar-legar di malaysia ini..

video : robin hood malaysia
video : mr and mrs smith cari susu anak
Related Posts with Thumbnails
Share This

7 comments:

Designed By Blogger Templates