Tuesday, July 6, 2010

melayu cina india membentuk 1malaysia versi pondan

melayu cina india membentuk 1malaysia versi pondan

1malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan rukun negara.. ia juga mencerminkan rakyat malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.. ya negara kita terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.. diantaranya ialah melayu, cina dan india..


kaum melayu dikatakan pemilik asal malaysia dan melayu yang ada di malaysia kebanyakannya beragama islam.. tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa di malaysia ini masih wujud melayu proto atau lebih dikenali sebagai orang asli.. tunggak kepimpinan malaysia diterajui oleh orang melayu.. dan bahasa melayu juga telah dijadikan bahasa kebangsaan negara kita..


kaum india merupakan kaum yang datang daripada benua lain yang datang ka tanah melayu dan menjadi warganegara malaysia. kaum india di malaysia kebanyakannya beragama hindu.. sebahagian penghijrah india yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa tamil dari negeri tamil nadu.. penghijrahan orang india ke malaysia telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang mendadak.


kaum cina merupakan kaum kedua terbesar di malaysia yang yang bertaraf warganegara.. kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari china yang tiba di malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.. orang cina malaysia sejak sekian lama telah mendominasi dan memajukan ekonomi malaysia..


walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa seperti melayu, cina dan india.. namun kita masih mampu untuk bersatu padu dan membentuk sebuah negara yang harmoni dan aman damai.. aku bangga menjadi anak malaysia! aku bangga dilahirkan di malaysia dan aku bangga dengan kerajaan malaysia (eh?).. ahahaha.. semoga entry ini mampu mengeratkan lagi hubungan kita (rakyat malaysia) yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa.. peace no war!

video : perpaduan selaras dengan 1malaysia

Related Posts with Thumbnails
Share This

9 comments:

  1. hahaha...

    video pondan cina tu.. aduyaiii...

    xmo lah...hahaha...

    ReplyDelete
  2. first. lol.
    awat la ni dok gila tubelawak taktau.
    tubelawak nak pakai orang kerja tak. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates