Friday, July 2, 2010

ptptn online : penutupan keseluruhan akaun

abaikan tajuk entry ini kerana aku sengaja meletakkan tajuk seperti itu untuk mendapatkan hits dari search engine.. harini aku nak cakap sikit mengenai bantuan pinjaman pelajaran di malaysia.. bukan aku mahu memboikot mana-mana pihak, aku cuma nak menceritakan pengalaman aku yang aku rasa telah mendatangkan rugi (juga sangat menyesal) kepada aku dan aku tidak mahu terjadi kepada orang lain ataupun kepada pelajar yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran di universiti kelak..


dulu masa tingkatan 5 (17 tahun) aku menghabiskan zaman persekolahan aku dengan tidak begitu cemerlang kerana aku seorang pelajar yang kurang minat dalam mentelaah dan menghafal buku-buku teks pinjaman pemberian kerajaan malaysia kepada aku.. kemudian, selepas habis menduduki peperiksaan dan seksaan sijil pelajaran malaysia aku berjaya mendapatkan tempat di salah sebuah institusi pengajian yang terkemuka di malaysia.. aku meneruskan hidup aku dengan tenang tanpa memikirkan langsung apa yang akan jadi dimasa hadapan..

pada ketika itu, aku masih berumur 17 tahun dimana aku masih seorang lelaki yang bebas dari segala hutang piutang dan tidak mengambil peduli mengenai pengurusan kewangan dan jenis-jenis pinjaman wang yang ada di malaysia ini.. aku juga tidak didedahkan langsung mengenai badan-badan atau institusi yang memberikan bantuan kewangan kepada pelajar (kat sekolah tak pernah ada taklimat mengenai pengurusan kewangan di masa hadapan atau jenis pinjaman yang bagus untuk pelajar menjejakkan kaki di universiti).. yang aku tahu, kalau masuk universiti asalkan melayu, konfem dapat bantuan kewangan..


diantara badan-badan yang memberikan bantuan penuh kepada pelajar ialah ptptn, mara, ptpk dan lain-lain.. dan aku tidak peduli mengenai peratusan interest, tawaran atau kelebihan, kekurangan dan lain-lain.. sebenarnya perkara ini adalah sangat penting untuk aku dimasa kini.. dan kini juga barulah aku mengetahui pelajar boleh memohon bantuan zakat pelajar, bantuan untuk anak-anak kakitangan kerajaan, bantuan pendidikan negeri dan lain-lain.. semua bantuan yang disebutkan ini bukanlah 'pinjaman' tetapi biasiswa kepada pelajar yang memerlukan dan layak menerima..

jadi kini aku sedikit menyesal dengan pemilihan bantuan pinjaman pelajaran yang pernah aku ambil dahulu.. kenapa? kerana aku berjaya mendapat keputusan cemerlang untuk sijil diploma aku dan sekiranya dari awal aku telah memilih bantuan pinjaman pelajaran dari institusi yang lain, sudah pasti pinjaman itu sudah ditukarkan kepada biasiswa.. aku sangat berharap perkara-perkara seperti ini didedahkan kepada pelajar sejak dari bangku sekolah.. mereka tidak patut dididik untuk terus menandatangani perjanjian sesuka hati mereka..


memang kita tak boleh lari daripada hutang.. tapi kita perlu 'meminimumkan' hutang yang ada untuk kesenangan di masa hadapan.. jadi kepada korang diluar sana yang bakal mendaftarkan diri di universiti, carilah dulu bantuan atau penganjur untuk membantu anda meneruskan pelajaran sebelum menandatangani perjanjian bantuan pinjaman yang disediakan oleh pihak universiti anda.. kalau tidak, pasti korang akan menyesal di masa hadapan dengan koleksi hutang-hutang yang korang ada.. ahaha.. apa-apa pun, chill! enjoy video bantuan pinjaman dari 'along' ni..

video : review bantuan pinjaman along
Related Posts with Thumbnails


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
5 Comments
Comments


5 comments:

~~Masha~~ said...

Btul..sy pon menyesal xsudah dh skrg dh kje, dh kne byr PTPTN..PTPTN ni pon pandai, awal2 bdk2 msok U tros diorg yg kejar..suh sign agreement..kte yg xtau pa pe..dh mmg kekeringan, ape lg..padehal kalo result bgus time degree/dip pinjaman dh jdi biasiwa pada sesetgh bantuan yg Incik Izuari bg contoh tdi..Next time, pk dlu sblm sign..:-)

crayon said...

ya.. macam biasa.. budak-budak masuk universiti bukan diorang bagi taklimat pemilihan pinjaman.. tapi bagi taklimat bagaimana mengisi borang pinjaman (macam paksa) ja.. jadi budak-budak akan terus sigh agreemnt dan tanggung hutang tu berdekad-dekad

Hamzah Ian said...

nice..

Anonymous said...

oye jgn biar hidup anda dikelilingi hutang.dikelilingi pompuan xpa.huahua...

Ana admi said...

HMM..NI PTPTIPU NI

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk