Thursday, October 7, 2010

jadilah diri sendiri atau contohi idola kita?

sepanjang pengalaman aku kat dunia internet ni dari zaman friendster, myspace sehinggalah ke facebook aku tengok ramai orang yang letakkan ayat-ayat seperti "jadilah diri sendiri" atau quote-quote dari orang terkenal (albert einstein, linus torvalds, dan lain-lain) di status atau di profile seseorang itu.. jadi aku terfikir adakah perlu kita hidup tanpa satu impian iaitu "jadilah diri sendiri" ataupun kita perlu berimpian untuk menjadi seperti seseorang yang telah terkenal justeru meniru gaya atau perwatakan idola kita..

ada yang mengatakan bahawa orang yang hanya mahu untuk menjadi diri sendiri itu ialah orang yang tidak mempunyai impian atau cita-cita.. aku sangat bersetuju dengan statement tu.. kenapa? sebab bagi aku, impian perlu disemai dalam otak kita kerana impian yang selalu digambarkan ibarat doa kita untuk mencapai sesuatu.. sekiranya kita hanya mengikuti arus kehidupan tanpa sebarang langkah untuk mencapai sesuatu impian sudah pasti kita tidak akan membuat perubahan untuk berjaya didalam sesuatu bidang..


contohnya ketika aku menulis blog ini.. sudah pasti aku ada idola atau ikutan aku sendiri.. aku sangat mengagumi gaya penulisan hishamuddin rais kerana beliau banyak menulis perkara-perkara yang tersirat justeru membuatkan aku banyak membuat research dan berfikir walaupun kadang-kadang ada juga yang aku tidak sependapat dengannya.. jadi gaya penulisan aku ada sikit-sikit terpengaruh gaya hishamuddin rais..

nak jadi diri sendiri? ada ka manusia yang tak hipokrit? kah kah kah.. tambah pulak kita sebagai rakyat malaysia ni yang memang terlatih untuk jadi hipokrit contohnya ketika temuduga kerja.. sudah pasti kita akan berpakaian kemas, memotong rambut pendek, berkelakuan sopan (pijak semut tak mati) ketika ditemuduga kan? aku sendiri pernah pergi temuduga kerja dan aku tidak mengendahkan penampilan aku dengan membiarkan rambut panjang, kasut sneakers dan tidak bertali leher.. ya! memang tak dapat la jawatan tu.. kah kah kah

nak jadi diri sendiri biar berpada.. jangan sampai orang pandang rendah kat kita.. kita kena hipokrit sikit untuk mengubah tanggapan orang terhadap kita.. carilah idola yang bagus untuk mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita.. tapi masalahnya kebanyakan gadis-gadis di malaysia salah memilih idola mereka seperti lady gaga, shakira dan gwen stefani.. sebab tu jadi macam chilaka! pastu dok gaduh-gaduh kat facebook perempuan(A) kata kat perempuan(B) perangai macam plastik sebab terlampau dibuat-buat.. kah kah kah.. dari korang amik artis/superstar/pornstar jadi idola korang, lagi baik korang ambik pakcik ni jadi idola..

video : ikon dan idola remaja masa kini
Related Posts with Thumbnails


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
24 Comments
Comments


24 comments:

SANDRA AZWAN said...

idola yang kite pilih tu kadang2 sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam apa juga bidang. Tak salah untuk mengikuti jejak langkah seseorang, tapi pastikan kita tidak terlalu taksub sampai lupa untuk menjadi diri sendiri.

yangbaik said...

diri sendiri tak cukup baik ker?
cukup2lah tiru orang, kalau setakat nak ikut dalam gambar tu baik sepak jer...

crayon said...

owh.. lupa nak sebut dalam post.. aku assume semua orang dah tau kewajipan + ihsan terhadap diri sendiri.. lepas tu yang hipokrit tu pulak dari segi bahasa / bukan dalam ertikata munafiq..

ada setengah orang tu, bila gagal di tengah jalan dia give up dan terus hancur semua impian dan cita-cita.. jadi dia rasa "jadi diri sendiri" adalah terbaik untuk dia untuk meneruskan hidup tanpa cita-cita dan impian..

sebenaqnya bila dia hidup tanpa matlamat, dia tak kesiankan diri sendiri.. ya dak?

manjea said...

Setuju dgn kata2 tuan blog. Kalaulah kite ni seekor katak dibawah tempurung...kite mmg patut berubah menjadi lebih baik & bergune. Katak tu patutnye jadikan yg lain, cthnye tikus Ratatouille sbgai idola dia...supay dia pn akn dpt kejayaan yg sama.

Org yg benci dikritik,adalah org yg mundur. Org yg suka ditegur, adalah org yg sentiasa ingin memperbaiki diri. Semoga aku tergolong dlm kategori ke-2. Ameen

Anonymous said...

ya idop kena hipokrit! idop hipokrit! idop hipokrit! idop hizuarikrit!

Ciklinn said...

yup jadi diri sendiri..lebih selesakan.. tapi kena bertempatlah pun kan nak jadi diri sendiri.... kena bijak mengaturkan diri sendiri....

Siti Muthiah said...

aku... akulah jua ~ mael xpdc ;)

Anonymous said...

ya..memang kita kena hipokrit

Macam tuan blog cakap time pegi interview kerja kena hipokrit

fndrocka said...

Pergi kerja pakai smart2 tu hipokrit ka?mengikut peraturan tu hipkrit lah kiranya? Kita jadikan org lain sebagai inspirasi..bukan mahu menjadi org itu..ye dak..itu dri perspektif aku la.kalau kat rumah aku tak pakai baju..tp bila ada org dtg aku pakai baju..tu bukan hipokrit. Bila aku gi mamak aku pakai tshirt..tpi pergi kelas/ofis aku pakai kemeja..tu pun bukan hipokrit. Ye dak? Sebab kita bukan kucing yg gi mana2 sama je.ada code of conductnye..ada keseragamannya.

wantie said...

bila tanya ttg idola ramai yang cakap Rasullallah s.a.w. Kalau betullah, kenapa masih minum sambil berdiri???

Ain said...

dR Rozmey tu buat promo cam nak wat pengumuman puasa lak. Tapi akak still respect dia sbb dia kaya hasil KERJA KUAT & tak tipu org dgn lawak bodoh. Jgn la jeles dgn kejayaan bangsa sendiri...

yangbaik said...

aku adalah aku.... erk.. hipokrit tu perlu eek..

Tn.Punya said...

pasal apa yang sorang tu telanjang bulat tu..hahaha

mummy nana said...

jadi diri sendiri ada tempatnye
masa interview mmg lain wataknye
act as winner kata mereka
tp apa pun sedar diri itu utama
agar kite tak lupe diri kita

elmo blurb said...

menjadi hipokrit adalah salah satu pelengkap karakter seseorang. siapalah tak pernah hipokrit. tipulah tak pernah.

Ain Atika Zailani said...

kahkahkah...macam haram je...kau ni gila slumber..ahahha...tapi ape kau cakap tu mmg betul,..setuju!!!!!!!!! tapi kalau yang pergi interview ko pakai macam tu macam tak payah pergi pun dah tau tak dapat la kan...hahaha...kelakar!

nadey said...

SONGKONG!!!!!!!!!!!!!!!1
kite kene hipokrit tgk keadaan!!!!!!!!!
dunia penuh hipokrasi tp jgn hipokrasi dgn Allah S.W.T

Izzaty said...

Pada pendapat zaty, hipokrit atau menjadi diri sendiri perlu SESUAI pada tempatnya sebab dunia sekarang bnyk berubah! ;)

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

i am what i am :) takde la pulak idola sape2 setakat ni. cume rasul kite je idola terbaik walaupun x mampu jd seperti die :) suke entri ni :)

GaDis CoMeL said...

hipokrittt.. oh yeah..

aku adalah aku,engkau adalah engkau said...

aku x setuju kalau manusia perlu jd hipokrit,walau sedikit.hipokrit adalah munafik!!!kamu nk jd seorang munafik??????

mama yana said...

Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind...amal mahruf nahi mungkar....yg baik kite follow yg tak elok kite jauhkan...renung2kan~~

teddyuna said...

selalu impikan dapat rumahtangga yang bahagia..;)

silbi abigail said...

jadi diri sendiri mencerminkan pemikiran kita sendiri. bukan dari penampilan luar. xkan nak g masjid pakai seluar pendek kan.. penampilan untuk membuat kita atau masyarakat berasa selesa dengan kehadiran kita. tetapi orang lain akan mengagumi pemikiran kita sendiri yang tidak diceduk atau dipengaruhi oleh lain untuk sesuatu kepentingan...

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk