hari ni, hari paling suram bagi aku.. aku pun tak tahu kenapa.. pagi hari, aku keluar rumah dengan rasa suram balik rumah pun masih rasa suram.. disebabkan muka aku yang super ganas dan suram ini, rakan aku bertanya kepada aku "wei! awat muka hang teruk sangat hari ni? macam ada masalah ja".. di saat aku ingin menjawab persoalan rakan aku itu, aku terkentut dengan enak sekali.. lalu aku tersasul "aku terkentut-kentut kesuraman!" atau dalam erti kata lain, "im feeling fuckin gloomy today" yang membawa maksud terlampau suram,super suram,melebihi batasan dari kebiasaan..

jadi terlintas idea untuk menulis entry ini kerana aku rasa ayat ini sangat sesuai menjadi istilah baru yang menunjukkan keadaan kita yang super melebihi batasan.. contohnya seperti "aku terkentut-kentut kemarahan dengan jehan miskin apabila dia mengaku dia kacak".. seeloknya, ketika menyebut perkataan itu berpalinglah dari rakan anda agar rakan anda boleh merasai betapa luar biasanya perasaan yang ingin anda sampaikan itu.. hal ini sangat praktikal dan efektik kerana kita melafaz melalui kata-kata dan pada masa yang sama, si pendengar mampu merasai ekspresi kita itu..
penggunaan istilah 'terkentut-kentut' ini boleh digunakan untuk menunjukkan feeling atau perasaan anda yang extraordinary, untuk menunjukkan perangai seseorang, untuk menunjukkan nisbah atau nilai yang besar, menunjukkan sesuatu yang melampaui batasan, dan lain-lain.. anda boleh gunakan istilah ini mengikut kreativiti anda.. ini contoh yang aku rasa sesuai digunakan dalam kehidupan seharian..
"terkentut-kentut mak jaga kau dari kecik sampai besar"
"ada ka patut dia tuduh aku curi! terkentut-kentut aku mengamuk tadi"
"wow! gelang tangan AC Mizal yang dijual sangat terkentut-kentut"
"terkentut-kentut aku ketawa dengan telatahnya"
"syg! terkentut-kentut i tunggu u, u sanggup kahwin dengan laki lain!"
"diorang tu semua kurang ajar terkentut-kentut! hidup segan terkentut-kentut mati pun takmau terkentut-kentut"
aku bercadang ingin menggunakan idea ini untuk tesis master atau phd aku nanti.. khazanah minda patut dikongsi beramai-ramai.. sekiranya anda suka dengan entry ini, sila sebarkan.. kalau tak sebarkan memang aku terkentut-kentut mengamuk.. mana taknya, penat terkentut-kentut aku tulis perkataan 'terkentut-kentut' berulang kali.. sila hargai!! ini paksaan bukan penyataan.. pro0o0ot~
video : party meriah terkentut-kentut