kenal syamsul yusof? dia ni la anak kepada yusof haslam.. bapak dia sangat terkenal dulu dengan filem 'sembilu'.. kini syamsul yusof pula mengikut jejak langkah ayahnya untuk mengarah filem.. walaupun syamsul yusof banyak menang award pengarah terbaik la itu la ini la.. tapi aku tak peduli semua tu.. semalam aku baru menonton filem bohsia dan evolusi kl drift II.. aku nak kutuk syamsul yusof.. sesiapa yang minat syamsul yusof dan takleh terima kritikan yang aku nak tulis, sila jangan baca..
beza diantara syamsul yusof dengan yusof haslam ialah, syamsul yusof menjadi watak utama dalam filem arahannya sendiri.. mungkin dia bercita-cita ingin menjadi lagenda seperti p.ramlee, jacky chan, stephen chow dan lain-lain.. bagus! aku suka usaha itu.. dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan.. tapi masalahnya sekarang, lakonan kau sangat hampeh.. kau sebagai pengarah filem, tapi kenapa lakonan orang lain dalam filem yang sama adalah lebih bagus dari kau? kah kah kah..
diantara yang paling aku menyampah tengok ialah watak mat rempit yang dibawa oleh syamsul yusof dalam filem bohsia.. tak masuk akal langsung.. keras!! kontrol hensem!! tak nampak macam mat rempit pun.. kah kah kah.. ditambah pulak dengan scene bergaduh di kedai makan dan tidak semena-mena terus ke cyber cafe untuk chatting dengan awek.. kah kah kah.. tak logik langsung.. mat rempit hati kering beb! kenapa tak mintak saja number phone awek tu masa chatting?
kalau tengok filem evolusi kl-drift pulak, aku dapat merasakan yang syamsul yusof akan check satu persatu scene dalam filem tu untuk memastikan rupa dan keadaannya sentiasa macho, hensem, dan tak nampak kekurangan langsung.. ya! sepanjang filem tu bila keluar ja watak yang dibawa syamsul yusof, aku akan berkata dalam hati 'awat dia ni sentiasa kontrol hensem? muka berdarah-darah pun masih kontrol hensem' kah kah kah..
jadi kalau nak jadi lagenda, kau kena ubah sikit impression muka kau.. jangan la ketat sangat.. nak marah tak semesti nak kena kerut dahi.. nak sedih tak semesti nak kena kelip-kelip mata.. nak begaduh tak semesti kena buat muka ketat.. ehehehe.. pendek kata, aku teringin nak tengok syamsul yusof lakonkan balik filem 'adnan sempit' dan lakonkan balik watak adnan menggantikan pelakon asal shaheizy sam.. kah kah kah.. konfem teraboQ!!
video : evolusi mencarut kl-drift