baru-baru ini penulisan blog rakan aku yang lebih dikenali sebagai telordibasuh (
link telordibasuh) telah diplagiat atau diciplak dengan sewenang-wenangnya.. bukan sahaja tajuknya sama tetapi isi kandungan, gambar, text pun semuanya sama.. ada text yang diubah suai sedikit dan ada yang langsung tak diubahsuai.. hahaha.. memang sah-sah kantoi telanjang bulat la mamat tu.. kesian kat telordibasuh.. penat-penat carik bahan dan idea untuk menulis tiba-tiba kena copy - paste pulak.. siapa tak bengang kan? kalau aku pun bengang justeru aku hantuk kepala kat dinding macam aku selalu blogwalking tu.. kah kah kah..

macam mana nak atasi plagiarism? sebenarnya tak ada teknik yang betul-betul mampu menghalang user lain dari mencuri hasil ciptaan kita tidak kiralah text, media seperti gambar, video, sound dan lain-lain.. tapi kita boleh meminimumkan atau menyusahkan lagi usaha yang dibuat oleh pencuri karya (kaki plagiat) tersebut.. jadi aku nak cerita sikit apa yang sesetengah kaki plagiat ni buat untuk mencuri hasil karya orang lain..
1) copy paste secara manual iaitu user masuk ke blog target, kemudian highlight bahagian yang hendak di-copy.. kemudian paste pada bahagian new posting.. hehe.. tak boleh right-click untuk copy?
firebug adalah jawapannya ;)
2) menggunakan service seperti yahoo pipe untuk memudahkan lagi himpunan-himpunan koleksi artikel atau karya yang ditulis oleh orang lain..
3) mencipta curl script (tak kisah language apa-apa pun) untuk memberi arahan kepada robot untuk menyimpan segala data yang telah difilterkan mengikut citarasa penulis script tersebut
4) hack akaun blogger orang lain.. lepas tu terus export feed blog (kononnya backup lah) dalam masa tak sampai seminit, blog anda boleh di-duplicate oleh kaki plagiat yang celaka itu.. kah kah kah.. sudah pasti entry pada blog plagiat itu 100% sebijik dengan blog anda..
itulah antara idea yang boleh aku fikirkan sekiranya aku berada ditempat kaki plagiat (jangan tuduh aku plagiat pulak.. haha).. jadi, apakah tindakan yang anda rasa akan menyukarkan kaki plagiat itu untuk mencuri hasil karya anda? sekiranya anda tidak tahu, jangan risau! tubelawak sedia membantu.. auww.. berikut adalah langkah-langkah yang menyukarkan si kaki plagiat untuk mencuri artikel atau karya hasil penulisan anda..
1) disable mouse right-click (
link)
2) kepada yang guna blogspot, jangan pakai default feed dari blogspot.. register dengan feed burner (
link), lepas tu korang boleh minimumkan feed korang contohnya kepada (100 character max).. jadi kalau kaki plagiat nak getfeed pakai yahoo pipe pun tak lepas.. ehehehe
3) create text dalam bentuk image.. kah kah kah (tapi masih boleh curi)
4) tak payah ada website atau blog langsung!! so takda siapa-siapa pun boleh curi idea anda ataupun penulisan anda.. penulisan? kah kah kah
kalau anda dah buat semua langkah ini, tetapi hasil karya anda tetap dicuri oleh celaka kaki plagiat itu.. tunggu apa lagi, angkat gerombolan jemaah batalion super blogger dan reader untuk flag blog plagiat itu.. kah kah kah (take note, plagiat juga dianggap sebagai spammer oleh google)..
masih ada masalah? blog plagiat itu tiada button "flag" ?? jangan risau.. kan tubelawak dah kata tubelawak akan membantu.. tubelawak dah tulis tutorial untuk flag blog yang hide navigation bar dan flag button tu.. auww.. tutorial flag blogger yang tiada navigation bar (
klik sini)
** maaf tiada video lawak untuk entry ini.. tapi kalau nak baca entry lama tubelawak berkaitan plagiarism anda boleh klik sini.. (RTM juga plagiat) tak baca rugi weh!! best gila tau.. hehehe