Sunday, June 12, 2011

pepatah melayu lama dan dunia hari ini

pepatah melayu lama dan dunia hari ini

aku suka pepatah melayu lama.. begitu juga dengan karam singh walia.. dia juga selalu menggunakan pepatah melayu lama dalam laporan berita yang dibuatnya.. ada pepatah lama yang evergreen, tapi ada juga pepatah yang perlu diubahsuai sikit mengikut peredaran zaman.. hahaha.. mungkin ramai yang masih tidak perasan dan mengabaikan pepatah melayu lama ini.. jadi aku menulis entri ini dengan harapan agar rakyat malaysia semua tidak mengabaikan dan melupakan pepatah melayu lama selaras dengan perkembangan teknologi..

kalau anda perhatikan, di laman sosial seperti facebook sangat jarang orang menggunakan pepatah melayu lama ketika menulis status.. hahahaha.. yang diorang tau, update aktiviti terkini seperti "aku baru bangun tidur" atau "keluar makan jap" atau "sayang my hubby sangat2".. kadang-kadang terasa annoying gak dengan status atau wallpost macam ni.. cuba bagi status yang menduga akal sikit, kan best.. boleh gak menjana minda rakan-rakan yang lain..

jadi aku nak berkongsi sikit situasi-situasi yang sesuai untuk anda kaitkan pepatah melayu lama dengan dunia hari ini.. pendek kata di dalam dunia internet ni.. hahaha..

yang lama dikelek, yang baharu didukung
contoh : dengan adanya laman sosial seperti facebook ini, aku boleh memartabatkan kembali pepatah melayu lama.. yang lama dikelek, yang baharu didukung..

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
contoh : tak payah dok guna email hosting mengarut-ngarut macam doramail, rocketmail semua ni.. tak secure.. pakai ja yahoo atau google.. sebab database diorang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..

seperti lembu dicucuk hidung
contoh : kesian aku tengok si Shafi'e tu.. aku nak post kat wall dia pun aku risau awek dia marah.. selepas tukar status 'in relationship with Rafe'ah' dia seperti lembu dicucuk hidung..

bara yang digenggam biar sampai jadi arang
contoh : kalau kau nak besarkan ladang farmville kau macam aku, kau kena genggam bara biar sampai jadi arang.. aku yakin kau akan berjaya..

ok.. itu semua adalah antara pepatah yang boleh diguna pakai lagi.. tapi ada juga antara pepatah melayu lama yang sudah tidak sesuai untuk digunakan di masa kini.. kebetulan berlaku kepada aku sendiri.. ahahahaha.. aku malas nak taip.. jadi anda boleh lihat sendiri dalam gambar di bawah ini.. antara pepatah melayu lama yang tidak sesuai digunakan dizaman ini ataupun dilaman sosial.. hehehehe..




kalau anda ada idea yang lebih bernas untuk relatekan pepatah melayu lama dengan dunia masakini, sila kongsi pada bahagian komen ya.. semoga pepatah melayu ni tak membuatkan ada pertubuhan melayu yang mengamuk terhadap pengarah filem melayu yang lain.. kah kah kah..


p/s : video tu tak lari tajuk ok
Share This

27 comments:

  1. hang pernah dengaq dak pepatah melayu, "Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan"...

    ReplyDelete
  2. nama pi'e gak yg kena... apa salah dia kat ang?

    ReplyDelete
  3. dia dok ligan orang pusing asrama pakai kain pelikat.. takpa.. lepaih ni aku pakai nama ang pulak..

    ReplyDelete
  4. baca ni teringat dulu pernah cakap macam ular dalam slimut. pastu kena gelak. adoih failed habis da -.-'

    ReplyDelete
  5. bhaya kalau nak komen2 ngan hang ni. nti suma nak printscreen

    ReplyDelete
  6. booo.. boo.. hahaha cam shial jek!

    ReplyDelete
  7. hahah ni hang buat screenshot pakai web app ni.
    tak pasai2 amir ML like status hang hahaha

    ReplyDelete
  8. aku pernah kena kot dengan izuari - -"

    ReplyDelete
  9. Idea baik tu. Pepatah-pepatah Melayu biasanya pendek dan tepat. Maksud mendalam. Tak payah penat-penat menghurai maksud, orang faham dah apa isi hati kita.

    Masalahnya, kalau kita tak belajar habis-habis, nanti orang maksud lain kita faham lain. So kena kena terus update vacob pepatah Melayu. Belajar proses berterusan...

    ReplyDelete
  10. hahaha pepatah melayu... besh.. x kan hilang ditelan zaman..

    (mintak2 x kene boo.. hahhaha)

    ReplyDelete
  11. kelakarlah baca semua printscreen tu... anyway,yes-jom kita popularkan pepatah melayu.. ;)

    ReplyDelete
  12. ada lagi pepatah melau yg jarang org dgar...

    "mata terpejam bantal terjaga"

    mean: suami tido @ tak der kat umah, tapi bini pi foya2...

    ReplyDelete
  13. pepatah ada mengatakan, hanya melayu yang ada pepatah.. thumbs up 4 tubelawak.. :)

    ReplyDelete
  14. kalau nk ckp mai la sggah blog aku slalu, pepatah apa ptot guna? hehehe


    Aku tido dalam iman. Kau ada? Har har har

    ReplyDelete
  15. update la blog, rindu sgt dah ni (mode manje, crayon suke)....kehkehkeh

    "NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA, TURUN SELANGKAH JEJAK BUMI" untuk memperolehi kejayaan selalunya memang lambat, tetapi apabila hendak jatuh mudah sekali.

    ReplyDelete
  16. nak tahu banyak pepatah, belajar dengan Karam..

    ..............
    Video Couple Bergaduh Pasal LEGGINGS !

    ReplyDelete
  17. "Pedas-pedas sambal belacan, walaupun pedas di makan juga" pepatah tu sma dng blog ko,kekadang panas ati bila bca n tegok videonya,..x suka menyampah pon pas tu nak tengok juga hehehehe...

    ReplyDelete
  18. hahahaha.. dua tiga kucing berlari.. mana satu kucing yang comel? sori sori.. malam ni update.. agak busy dengan busuk.org

    ReplyDelete
  19. Apa pendapat anda tentang pepetah ni, `melepaskan batok di tangga' - ramai yg salah tafsir perkataan `BATOK' cuba cari dalam kamus makna batok baru tau apa dia. Walaupun rasanya pepatah tu tak relevan masa kini kerana orang kita sendiri tak tau makna `batok' dan rasanya hanya orang lama saja yang betul-betul faham maksud pepatah tersebut.

    Apapun biar saya terangkan, `batok' adalah penceduk tempurung yang diletakkan pada tiang dan digunakan untuk menceduk air dari tempayan yang selalunya diletakkan di sisi tangga kayu rumah (biasanya rumah kayu), dan memandangkan rumah orang kita dulu-dulu adalah rumah di kampung dan jalan menuju ke rumah adalah berbecak/berlumpur jadi sebelum naik ke rumah kenalah basuh kaki dengan air dari tempayan menggunakan `batok' - jadi kalau sesiapa membawa `batok' naik ke rumah kemudian melepaskan `batok' di tangga akan menyusahkan orang yg kemudian mengambil `batok' yang sudah tidak lagi di tempat asalnya. Boleh anda bayangkan situasi tersebut?

    Jadi ingat ya perkataan yang betul adalah BATOK bukan BATUK..... rasanya tak jadi hal kalau melepaskan BATUK di tangga, bukan begitu?

    ReplyDelete
  20. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

    ReplyDelete
  21. biar pecah diperut jangan pecah d mulut !

    ReplyDelete
  22. hhmm...
    "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..."

    ReplyDelete
  23. "tak ada rotan, pelempang pon berguna jugak"....

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates