ini adalah tajuk yang agak sensitif.. tapi aku tetap nak tulis gak.. semalam aku ada terbaca keratan akhbar yang mengutuk tindakan segelintir pihak di georgetown kerana mendirikan tandas yang berkubah (dome).. aku tak pasti kritikan ini atas dasar politik ataupun atas dasar 'proud to be muslim' mereka itu.. hahaha.. aku rasa ramai dah salah faham tentang perkara ni.. sebenarnya, Allah tak pernah paksa pun umatnya agar mendirikan masjid atau surau dengan senibina kubah.. orang kafir pun tak salah nak bina bangunan berkubah..
hagia sophia
memang seni arkitektur ini dipelopori oleh orang islam.. kebanyakan bangunan berkubah telah didirikan oleh orang islam sejak zaman dulu lagi.. tapi anda semua perlu tahu, ada juga gereja yang berkubah seperti "hagia sophia".. setelah hampir beberapa ratus tahun, bangunan hagia sophia ini telah diambil alih menjadi masjid yang dikenali sebagai "aya sophia".. sampailah kat zaman mustapha kamal ataturk, dia ubah masjid aya sophia ni jadi muzium.. dan bermulalah ego orang kristian mengatakan bahawa senibina kubah ni berasal daripada mereka.. sedangkan kita tahu bahawa senibina agung "Qubbat As-Sakhrah" (tempat Rasulullah naik ke langit) lagi old-timer dari hagia sophia.. hehehe..
senibina-senibina yang berkubah ni memang tahan lasak.. bukan arkitek islam ja yang banyak buat bangunan berkubah, orang kafir pun banyak buat senibina berkubah sejak zaman dulu.. tak percaya, cuba search kat google "church dome".. banyak gila kot gereja yang berkubah.. jadi siapa kita nak mengatakan bahawa kalau orang kafir buat senibina berkubah ni seperti menghina islam?? lagipun selepas bencana tsunami di acheh, semakin ramai arkitek yang teruja dengan senibina berkubah ni bila diorang tengok masjid di acheh masih kukuh berdiri sedangkan bangunan lain hancur terkena banjir tsunami..
masjid cheng ho surabaya
kalau nak buat masjid atau surau, memang Allah suruh buat kubah ka? bagaimana pulak dengan masjid cheng ho di surabaya?? orang cina tak bising pun masjid tempat orang islam sembahyang pakai senibina macam pagoda.. hahaha.. yang Allah tak bagi ialah membazir dalam mendirikan rumah Allah.. kalau masjid sampai jutaan ringgit tu, konfem Allah marah punya.. kan Allah suruh kita bersederhana.. setakat orang kafir tiru senibina kita, kita patut tumpang berbangga lah..
rasa macam nak tergelak pulak bila ada orang buat tandas, letak "dome" kat atas tu, sampai jadi isu besar dalam akhbar.. kononnya mereka menghina masjid dan surau tempat bersembahyang orang islam.. tapi kalau benda lain apa pasai orang tak bising pulak? contohnya :
"zouk KL patut tukar nama sebab zouk sangat hampir dengan zauq (mabuk ketuhanan)"
"pitbull dan individu yang meluluskan konsert pitbull perlu dipulas telinga kerana membenarkan orang islam bercampur gaul bukan muhrim ketika konsert"
"ombak rindu patut diharamkan kerana tidak meletakkan label 18SX walaupun banyak menayangkan aksi berkemban justeru suami sentiasa gerrrrram.. auwww"
"rancangan ustazah pilihan perlu dihentikan kerana imam masjid kerap mengambil cuti sakit" (yang ni main-main ja.. haha)
p/s : aku tulis bukan sebab nak backup mana-mana parti politik.. aku tulis bukan sebab nak agungkan senibina bangsa lain.. aku tulis bukan sebab nak jatuhkan martabat islam.. aku tulis sebab nak betulkan pemikiran orang islam kat malaysia yang dah kena MK-ULTRA ni.. hehehe.. selamat berfikir..