Sunday, June 13, 2010

siapa dihatiku? luna maya atau prisa?

siapa dihatiku? luna maya atau prisa?

sekarang ni heboh diperkatakan mengenai video lucah luna maya dan ariel peterpan yang telah tersebar di internet.. jujur aku katakan, tidak terlintas sikit pun didalam kepala hotak aku untuk membuat carian di google untuk mendapatkan video lucah luna maya ini.. tambahan pula pasangannya ialah ariel peterpan.. kah kah kah.. sikit pun aku tak minat.. aku tidak meminati luna maya.. dia tidak mendapat tempat dihati aku..


jadi aku ingin menyatakan siapakah artis indonesia yang berjaya mendapat tempat di hati kecilku ini.. perempuan bertuah (malang?) itu ialah prisa.. gadis kecil molek yang handal bermain gitar.. aku lebih meminati gadis metal ini berbanding luna maya.. kali pertama aku menonton video prisa di youtube, aku telah jatuh cinta.. tambahan pula dia memainkan lagu dari band kegemaran aku iaitu 'lamb of god'.. lelaki pun belum tentu mampu nak main lagu lamb of god ni..


gadis metal ini lebih sexy dimata aku jika nak dibandingkan dengan luna maya yang banyak membintangi filem layar lebar.. kalaulah prisa menjadi milik aku, sudah tentu gitar-gitarnya juga menjadi milik aku.. oh! aku jatuh cinta kepadanya.. auwww.. kemudian aku akan mengahwininya dan dia akan melahirkan zuriat yang sihat dan pintar.. apabila anak-anak kami(aku dan prisa) sudah besar, sudah pasti aku akan menubuhkan sebuah kumpulan atau kugiran metal yang bakal menggegarkan satu dunia.. kah kah kah! prisa!! aku cinta padamu dan gitar-gitarmu! muah!!

video : prisa plays hourglass
Related Posts with Thumbnails
Share This

10 comments:

  1. abis tu awek ko lyssa nak campak mana???aiyokkk..

    ReplyDelete
  2. aku tetap dengan pendirian aku.. prisa bakal isteri aku!! ;( huh!!

    ReplyDelete
  3. sebetulnya sayangkan prisa atau sayangkan gitar2 prisa????

    :-P

    ReplyDelete
  4. fuhhh. aku yang perempuan ni pun boleh jatuh cinta bila tengok prisa menggoreng lagu band LOG macam dia goreng kacang untuk buat kuah kacang. haha. dalam hati dia mesti cakap, so easy meh! ;P

    ReplyDelete
  5. ahahaha.. tu laa.. aku harap bila aku ketemu si prisa ni, takdak la jari jemari dia kematu macam jantan kerja tanam padi..

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates