Tuesday, December 28, 2010

maybank2u hack : teknik phishing yang masih berlaku

maybank2u hack : teknik phishing yang masih berlaku

semalam aku dapat email dari maybank2u kononnya akaun aku memerlukan personal information update (tapi kena request TAC).. ahaha.. memang agak kelakar benda ni kalau difikirkan balik usaha yang dilakukan oleh attacker tu yang menulis script semata-mata untuk menipu user di internet.. selain itu attacker juga telah menulis script spammer untuk menghantar email dari 'hacked host' agar jejak attacker tidak boleh dikesan.. ya.. cara ini (phishing) telah lama wujud di internet tetapi masih ramai yang terperangkap dengan jerat attacker seperti ini..


tekniknya mudah saja.. mula-mula attacker akan menghantar email kepada user untuk membuka laman login palsu ciptaaan attacker.. di sini, user yang terperangkap akan meletakkan valid username dan password mereka.. kemudian user akan dipaksa atau disuruh menekan butang request TAC pada laman palsu tersebut.. pada ketika ini, attacker telah memiliki kuada penuh terhadap akaun user itu kerana TAC boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.. simple.. kan?


user buka email dan masuk ke login page palsu

user meletakkan username dan password pada page palsu
pada ketika ini attacker terus ke maybank2u
dan login sebagai user

user menekan butang request TAC pada page palsu
pada ketika ini, attacker membantu user menekan TAC
pada page asal maybank2u.. hahaha

apabila user mendapat reply dari maybank2u melalui telefon
bimbit, user meletakkan TAC pada page palsu
attacker menerima TAC dari user dan mungkin bercadang memindahkan
wang ke akaun lain (limit satu hari RM5000)


jadi, sekiranya anda mendapat email seperti dalam gambar tu sila lah berhati-hati ya! walaupun teknik ni macam bodoh, tapi percayalah ramai yang dah terkena dan mungkin korang jugak bakal terkena di masa hadapan.. kah kah kah.. woi attacker!! kalau dapat duit, bagi la kat aku sikit.. kah kah kah.. dari hack maybank2u, baik kau hack gadis-gadis cun.. boleh buat jadi bini.. kah kah kah..

video : teknik godam memikat wanita
Share This

28 comments:

  1. apehal ngan gambar katy Perry tu? hahahah..XD

    ReplyDelete
  2. sempoi ja mamat tue.

    ReplyDelete
  3. alah..aku dah tahu...beri la info yang advanced lagi...cam budak sekolah

    ReplyDelete
  4. aku la attacker tersebut..cis
    berani ko mendedahkan kemahiran ku!

    ReplyDelete
  5. entri hampeh ni nk cover post panas sebelum ni... takut ada cik bidadari kecik hati ngn 'partime model'tu =)

    btol? tu yang sampai 2 post arini... cyberpunk la ni, da basi kes maybank2u.. tp mamat video tu den suke =)

    ReplyDelete
  6. Whahahahxz , aku pun selalu ada email tuew dalam mailbox ku... aku ignore jew sebab aku takde account pun kat bank , berharap nak aku percaya >??? hahahahxz , nak tipu pun sembarangan

    ReplyDelete
  7. woi anon!! terajang kepala hampa semua baru tau..
    kah kah kah.. ni tau dah ni.. mesti membe2 buat
    kacau ni..

    ReplyDelete
  8. ishhh bahaya betol skrg.ramai benor yg cerdik it jd penipu n pencuri alaf baru

    ReplyDelete
  9. nieh hacking ke freaking?

    Dasattt... lalalalalal..

    ReplyDelete
  10. skrg dorang nk phishing akaun facebook plak.

    ReplyDelete
  11. baru je dapat semalam...terus report phishing website kat google

    ReplyDelete
  12. ahahhaa...macam ni pon boleh gelak...kau ni kelakar ahh...ahaha

    ReplyDelete
  13. yes.. kelakar.. sebab ada orang desperate nak
    curik duit orang.. walaupun pandai buat program..
    baik dia buat system untuk kebun getah tokwan
    aku.. dapat gak duit halal.. kah kah kah

    ReplyDelete
  14. uish, bahaya nih. dalam email pun berlambak suruh itu ini dari maybank2u. tapi mana ada akaun maybank..nampak sangat la penipunya.

    Latest Entri :
    Tumbang Di Tendang Kambing

    ReplyDelete
  15. :) selalu ada kat email saya...

    http://beautifulgirl84.blogspot.com/2010/12/cool-menggodaku-dgn-penuh.html - ada entry pasal goda menggoda..hahaha!

    ReplyDelete
  16. tapi apesal diorang suka guna maybank je ? awat tak guna bank yang lain ?

    ReplyDelete
  17. Brok...

    Ini dipanggil phreaking bukan hacking..
    Tapi nak phreak line telefon x mudah.. huahuahuahauhaua..

    ReplyDelete
  18. phreak? owh ok.. hang jgn phreak line tepon aku sudah la.. takut tau :( auwwww

    ReplyDelete
  19. ada la seploh sebelas kali aku dapat emel serupa tu.

    the i was like..

    "sejak bila aku ada akaun maybank oih?"

    ReplyDelete
  20. yang terkena ramai dan termasuk aku ....huhuhuh bodooolaaa....rasanya

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates