Monday, March 28, 2011

tudung hijab, gitar dan musik metal

gadis bertudung dan musik metal.. apa lagi yang anda mahu? dah lama aku tunggu munculnya gadis bertudung yang boleh memainkan musik metal.. tapi tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.. kenapa bila ada perempuan melayu islam yang memainkan musik metal, mesti tak pakai tudung? kenapa?? isu sekarang bukan isu tudung.. tapi isu utama ialah 'kenapa tiada gadis bertudung yang main musik metal?'.. itu adalah satu perkara yang 'sweet' bagi aku tau! 


dua tiga hari kebelakangan ini, aku agak ketagih untuk membuat editing bunyi menggunakan software musik studio.. apa yang best dengan software studio ni? dengan adanya software studio seperti sonar, guitar pro, cubase dan fruity loops ini kita tak perlu habiskan banyak duit untuk membeli instrument-instrument musik yang besar dan mahal.. lagipun ianya membantu dan memudahkan sesiapa saja yang nak belajar bermain alat muzik.. sesiapa pun boleh jadi penggubah lagu.. hehehe..

disebabkan aku takdak idea nak gubah lagu, aku telah membuang masa aku untuk merosakkan lagu orang lain.. selaras dengan penantian aku agar munculnya gadis bertudung main musik metal, aku telah memilih lagu yuna untuk dirosakkan.. dalam masa tak sampai setengah jam, aku berjaya mengubahsuai lagu yuna kepada versi metal.. hebat kan software studio ni? kepada peminat-peminat yuna, maafkan aku ya!


masih tak cukup dengan itu, aku telah membuat carian di youtube dan aku dipertemukan dengan video nyanyian daripada najwa latif (lebih dikenali sebagai gadis youtube dan juga seorang blogger).. pada mulanya aku tak tertarik pun dengan najwa latif ni (link blog).. tapi lepas aku edit sikit video dia, aku terus jatuh cinta tengok dia kerana menyanyikan lagu berlatarkan musik metal.. auwww!!


p/s : entry ini tiada motif.. aku teringin nak melihat wujudnya gadis bertudung yang bawak musik metal.. hehehehe.. by the way, kalau anda sampai ke entry ini kerana minat perempuan metal boleh klik sini untuk entry lama aku yang berkaitan..


SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
65 Comments
Comments


65 comments:

duadua said...

hehehehe, tak patut wanita bertudung seperti itu.

crayon said...

tak semesti main metal kena headbanging.. prisa
(gitaris wanita indonesia) main metal tapi still
nampak sopan ;)

yana halim said...

x sesuaiii....kalau akak ada adik pakai tudung, tp terkinja2 dok goreng gitar lagu metal...mau akak lempang jer. Wakaka...kalau adik akak ler.

joegrimjow said...

gadis bertudung. kehkehkeh

Izzy Izzudin said...

yana halim: kalo akak yg goreng gitar cmner plak?? adik akak rmai2 amik turn lompang akak plak....hahahahahaah

Admin: ni apa edit2 yuna ni?? ni yg nk mrah ni~~ kita bako!! kita bako!!!!!

*korg jgn plak amik serius, aku gurau jek...hehehe

yana halim said...

izzy : hoho....x koserrr nak goreng2 gitar ye... so takde can! hahaha....

crayon said...

yana halim : baik goreng ayam untuk tubelawak kan?

izzy : isk kome ni.. bako blog teman, teman nak merapu kat mana pulak :(

cikpia said...

sesuai ker...............??? i dont think so.... tapi bley try kan??? sajes kat yuna la. he he.....

Izzy Izzudin said...

yana halim: hurrmm...blum try, blum tau kak...bezzz...hahahahaha

admin: kome komen la kat blog teman ni9 yob...hahahahaha...http://izzyizzudin-bercerita.blogspot.com/

AmyZana said...

rock betul nenek tu ;o

Hanis Azla said...

nampak swett yer.. lain org lain pandangannya kan..

mrs Gee :) said...

no harm.. tp xsyesyuai terkinja2, head banging bagai.. kai tudung ke mana2 plak.. ;)

nada hanis said...

jenis pompuan yang duk naik la ni,

1. pompuan pakai tudung + gitar
2. pompuan reti belit shawl + blogger + segak + fashionista

pastu hang buleh buat fan page dah :)

kc kasedah said...

ada je gadis bertudung bermain gitar dan main musik metal. sila tgk band vermillion. klu tak salah ada di myspace/facebook. takde pun dia terkinja-kinja di mana-mana gig. cuma pandangan org saja,tp aku okayyyy =)

pepatungbiru said...

boleh ke mcm tuh???

farahmoque said...

okey aku teringin.hahahahaha

Azroy Bin Kassim said...

lu nak tgk pompan pakai tudung main metal lu suruh la prisa pakai tudung... kenalkan prisathecutedevil? haha

Rina Rossoneri said...

kang kuar plak isu lain...
pandangan orang, susah nak tutup..
walaupun dia berdiri steady...tapii

CintaZulaikha said...

klu ada yg boley main..mmg la aku selute..tul ke aku eja???

Apple said...

tubelawak mmg suke tengok rr
tapi mak kompom kata tak sesuai lerr..
..hehe..

hyt said...

lagu metal yuna best..
blh send kat yuna.. suruh dia perform ikut rentak nih.. hehehhee

Drunbella Khoo said...

black metal tu tak salah pak abu, yg salahnya adalah tanggapan bahawa black metal tu salah, saboooo jela.
hihihi.
:p

as-syahir said...

rock diam2 cukup....tak perlu org tau.=)

Myaby said...

pakai tudung? metal?

hoi x kena lah!

APi said...

tak cukup lagu tu..
patot kau ejas sore die sekali kasi metal..
macam cradle of fifth tu ke children of bodom tu ke..
baru metal..
sopan pakai tudung tapi metal..
yeahh

senydream said...

kelaianan tuh ok gak ler..ngeh..ngeh..:p

+akufobia+ said...

berangan.

«-°[§nºw.ªngè£]°-» said...

different is good :) jnji x extreme ^^

rebecca melessa said...

bayangkan kalo lelaki nyanyi lagu dangdut.geli tak..geli tak?heheh

bedpet said...

saya gadis bertudung. tak metal. tapi mental. ekekekeke

wannurfazrini said...

yeahh software tu senang gila. kwn aku slalu guna , kualiti dia mmg umphmm la kann , btw nice dan sbnrnya metal . hahaha

fizanur said...

singgah sini..tak sesuai la.

YaNa said...

mcm kureng sesuai..hehe...

mohdhafifi said...

versi rock jiwang xde ke

zuhanismohamed said...

mungkin kes ni sama dengan tok imam menyanyi dangdut..xmasuk an ? ha ha

SoutulMujahid said...

x patut.. x patut.

hampa boleh baca ni:
Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

crayon said...

soutulmujahid : kan dah kata.. ni bukan isu tudung tak tutup tetek ka tudung tak labuh ka apa ka.. itu memang salah depa la tak pakai tudung yang proper.. isu sekarang takda ka perempuan bertudung nak main muzik metal? hehehehe

Naddia said...

oo..sy bertudung dan saya pndai main rebana ubi
yayik baby yg magik

Afida Anuar said...

ok..saya main muzik metal skrg guna guitar ni..
dengar yer..

















ok dak? ok dak? he he

YAYA AZURA said...

gadis bertudung sibuk dgn kelas fardhu ain,kelas bahasa arab,kelas mengaji..tak dan nak gi kelas belajar muzik metal..hikhik...

melle amir said...

aku pakai tudung, tak bawa muzik cuma layan metal dan gig goer

aiEz said...

gadis bertudung bawa lagi metal?cam tak kena jer jiwa..huhu

qiqiwan said...

cayon sengal owh!~haha...

Izzy Izzudin said...

naddia: owhhh....dasat ko...x penah aku dengar org main rebana ubi tu rock2 orgnyerr...hahahaha

Jubaida said...

Mantaf mantaf..
hay hay....
keren abis dah

ratna said...

as salam... tk sesuai kot... biarla...bertudung dgn peribadi dia yang sesuai...muzik bermesej dan lebih untuk spiritual... but what ever it is.. who am i to judge...;)

mardeyna said...

i want to be like that..but perception from society make me think twice..

tawawfayakof said...

sofware apa ko guna tuh,. nak installer dia.. uhukkk

cloud 9 said...

howt ape minah tudung main metal. plg best kalo lyn black metal. mmg aku salute!!

vielyns said...

Sama ada perempuan bertudung ker, tak bertudung ker..memang tidak boleh menyanyi pun huhu. Sb suara bagi perempuan tu aurat. Lebih2 lagi kalau seorang perempuan bertudung menyanyi, jatuh martabat wanita islam. Macam mana pandangan orang lain, terutamanya non muslim kalau perempuan bertudung ni terkinja kinja menyanyi? jangankan menyanyi melompat lompat atas pentas, perempuan memandu "ter"laju pun non muslim kritik :( ..sedih, mcmna lagi nak memartabatkan harga diri wanita ni kalau ada orang menyokong benda ni?

"Martabatkanlah harga diri wanita muslim" kalau bukan kita, sapa lagi?

.faney. said...

nasib aku takde sifu aja main gita, hahahaha

Ifti Larina said...

wahaha! eh tube, kite nak jadi penyanyi metal berhijab lah gini

King Of Single said...

eerrr hahahahha..i loikeee this entry ;)

KSWSK said...

selagi dlm lingkungan batas agama n kesopanan n kesusilaan terjaga..why not..kena bt program mencari gadis bertudung or berhijab main music matel..peace no war

adan said...

agak2 ar bro nak cari gadis bertudung bawak lagu metal.. hahahaha... rock2 jugak..

June Flizzow said...

june rasa perempuan bertudung ta elok bawa lagu metal . tu pandangan june la :)

hitammanis said...

salam, anda telah menjejaki blog saya maka dgn gembiranya nak jejak kaki di sini.
...gadis bertudung sememangnya manis dan nampak sopan ala2 gadis idaman maka jika si gadis bertudung bermain musik metal.....dunia nak kiamat kot.

zulaikha azura said...

adalah sangat tidak elok pabila seseorg yang bertudung berpelaku rock metal. tak manis la. serous. itu menunjukkan ketidak sopanan seseorg muslimah tu. tak salah kalau kita nak menyanyi. tapi ada cara dan melodi yang sesuai. lagu metal ni actually melambangkan melodi yang agak keras dan sebenarnya ia tidak langsung sesuai untuk minda dan jiwa kita. - :)

mommylavender said...

pikirkan lah...tak sopan tu kan/

nurul atikah said...

x sesuai la untuk org bertudung '___'

La Ainaa~ said...

ttp utk suke2 sndrik ok je..
cume yela...mate memandang....kureng la...

sisElyadeja said...

ak suke dgr muzik n then record suara.. tp tu la klau bolh nk gak merasa nyanyi dpn khalayk rmai nii.. tp tu la.. mslhnye kite kne jge nme baik islam.. kn x elok klau prmpuan menyanyi.. :) ~ thus, ak pn dpt melalak dlm bilik jela sorg2.. itu lbih baik
~ suara ak pn lbih kurg cam suara yuna~ he2 pasan

@tiF said...

errkk??? x manis kot wanita bertudung mcm tu...

Pejuang Muda said...

gitar xde la bro,tp bassist ada...
kumpulan al farabi-evolusi

Tyra Vader said...

eh , aku tak tau plak kau layan heavy music ? your most favorite band is ?

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk