Saturday, June 4, 2011

maharaja lawak minggu 10 best sebenarnya

(entry tak lawak) semalam aku kecewa selepas menonton rancangan kegemaran aku iaitu rancangan maharajalawak astro.. dah la peserta kegemaran aku yang super lawak (amir) dah takda.. takleh aku nak gelak kat dia sebab dia tak lawak.. lepas tu persembahan semua peserta lain pun hambar nak mampus.. sebagai penonton yang membayar rancangan berbayar astro, aku rasa aku ada hak untuk mengkritik.. aku tak dapat kepuasan untuk gelak dengan lawak yang dipersembahkan.. tak sempat habis rancangan, aku terus keluar dan melepak dengan kawan-kawan.. lagi best dari tengok rancangan maharajalawak yang hambar..


bila balik rumah, aku terus bukak youtube untuk tengok balik mana-mana persembahan yang aku terlepas untuk menonton.. hehehe.. boleh dikatakan semua persembahan hambar nak mampus.. bukan sebab peserta tak berjaya buat lawak, tapi sebab setup yang dibuat pihak astro mengecewakan.. sound system sangat hampeh.. jarak stage dengan penonton pun sangat jauh.. gila ka apa?? persembahan lawak ni bukan orang setakat nak dengar, tapi nak tengok juga reaksi muka dan gaya yang dipersembahkan..

itu baru satu.. kalau anda nak tahu, salah satu teknik untuk menarik minat penonton ialah dengan memilih penonton paling hadapan yang supportive.. contohnya kalau aku nak main musik atas stage, aku akan suruh kawan-kawan aku duduk dibarisan hadapan support aku.. sebab kalau penonton belakang nampak penonton depan sangat supportive, mereka pun akan terikut juga.. kan?

kalau anda perhatikan betul-betul dalam rancangan maharajalawak malam tadi, penonton barisan hadapan tak supportive langsung.. gelak kontrol ayu dan kontrol hensem.. tepuk pun macam tak ikhlas.. mungkin microphone telah diletakkan berhampiran dengan penonton barisan hadapan ja, sebab tu bila penonton yang kat belakang bersorak kita tak dengar apa langsung.. lagi satu aku rasa point utama kenapa persembahan malam tadi nampak hambar ialah kerana penonton di barisan hadapan telah dipenuhi oleh :

"manusia super kontrol"

macam mana penonton nak supportive? kah kah kah!! yang si perempuan ni nak tepuk pun malu-malu.. yang lelaki ni pulak maybe dah ada anak bini tapi keluar tengok maharajalawak dengan kekasih gelap.. nanti anak bini tengok kantoi la oi.. kah kah kah.. kalau dah tau diri tu tak seputing (sporting), tak payah la nak duduk depan!! effect kat satu malaysia tau dak? FFFUUU...



SUKA DENGAN ENTRY INI?

suka dengan entry ini? dengan menekan butang like, anda berjaya mengurangkan satu urat kedut di wajah anda..
   
terima kasih kerana mengurangkan kedut di wajah sendiri :) semoga anda berada dalam keadaan babyface sentiasa
29 Comments
Comments


29 comments:

soooooour said...

wakakakakaka...setuju2....ML minggu 10 agak hambar...cameraman pun amek awek2 yg cun je wat keluar tv....

akoo said...

stuju sgttt~~
akoo ske nabil..sian tgk die..
asenye xde la trok sgt [juz part yg ckp shanie gmuk tu je aku rse nk sepakk nabil hu3]

tp pnonton kurg gle bg respon.yup,mmg sbb pnonton tlalu jaoh..haish

Pojiekyra said...

seriusly mmg stuju sgt...bkn pew..smlm tgk nabil cian gak jnuh uat lawak..tp MEMANG KURANG...KURANG BEST

kie said...

memang saya tak tengok maharAJa lawak m10..dh agak dh..akan jadi tax kelakar..sebab m1,m2,m3 depa wat keluar abis..all out, hok aloh...baaik amir biar pun dia tak lawak..tapi dengan dia ado..perserta lain akan nampak lebih lawak..sebab dia tak lawak..engkau faham x aku caakp ni..AKU SENDIRI PUN TAK FAHAM hua, hua, hua...

zety madu said...

memang setuju abis...

Anonymous said...

Ah korang ni. Semua benda nak komplen, try sket naik stage buat lawak dpan org ramai2 tgk buleh ke tak.

crayon said...

anon : tak baca entry, tak payah nak komen.. buduh! aku komplen pasai astro.. bukan pasai peserta tak lawak.. lagi sekali.. anon buduh! hahahaha

Faiz Tapit said...

aku dah lupa nak komen apa bila tengok komen anon.
hahahah. anon ni buleh ganti amir lah
i'm soriii!

Yuyu Musa said...

aku pon tengok kot youtube jgk tapi loading slow gile.aku pun tido.

klo aku jadi penonton,jarak jauh kompem lg rabun mata aku dan aku tido dlm tuh.

errrrrrrr....Zzzzzzzzz

Marhaen Kacak said...

huhu..looking forward to tenguk kat youtube sambil potong kuku kakiku..haha

PAS abang, UMNO adik? Takkan tu pun nak ajar?

de neil said...

tau tak pe, aku yg tgk kat youtube ni pun rasa hampa dan kecewa..hahahaha...

♥CIK SHA♥ said...

aik?ang p ka?

nyanyisunyi said...

setujuuuu..penonton kat penang ni tk sporting langsung..mcm tenguk ceramah org meninggal je..tak mcm kt kl..

SofieyAzwa said...

Hahahha. Tak tengok pulak yg minggu nie punya! Weyh,yg x supportive tu dok belakang laa! Dok depan watpe. Caitt

AISHA INANI said...

e2 ahh.
jambu jek ok sikit.
jozan aku pon dah merudum sikit. arghhh

Miss Tembikai Bulat said...

sabar je la, bukan sbb peserta. sbb penonton plak! :| ni la kelemahan wat kat public :|

Cik Rose Cute said...

Setuju sangattttt...Akak pun tengok jugak..tapi tak lawak sangat...semua kontrol macho gan kontrol ayu..hehehehe

~nsar~ said...

x suka program realiti.. argggghh kenapa semua orang nak cakap pasal program realiti... oh tidak.. haha

Hayati Hamzah said...

suka baca sini sbb idea kau bernas jugak . boleh jd wakil rakyat .

rotashia faizal said...

sokong2.. boring je semalam.. btw ada nampak sorang awek control cun T_T

Ninie Hanis said...

aku pun tgk gak,gigih buka utube (sbb kat uk),tapi mmg semua lawak tak best.cuma sepah je terbaek.jozan pon bolehlah.aku tak paham dengan lawak jambu.mungkin tak tercapai dek akal aku standard lawak jambu tu kot..hahaha

Alin said...

hambar betul smlm -,-

rabiatul.adawiyah.othman said...

bak kata ayah aku, mungkin sebab peserta tak guna loghat penang kot.dorg tak paham.tu yang dorg xgelak.kire tak bole masuk la lawak dorg tu. yang tak bole tahan, nabil suh penonton tepuk tgn, tp bape kali die suh tepuk, baru la org2 nye nk tepuk.haih.

aku mule2 pelik gak, knape aku yg tgk kt youtube bole glak tp yg kt tempat kejadian boleh macam tak ade perasaan la plak.ape2 pon, sepah the best !

n u r f a r h a n a h said...

c:

.sarahshamsudin. said...

yup! yup! setujuuuuuuu!
hambar betol maharaja lawak mggu ni..

Wahidah said...

sokong..penonton tk supportive..hambar je kan..astro have to do sumthing

yaya said...

awk tau x sy tgh sedey ni. n after bace ayat awk ni 'dah la peserta kegemaran aku yang super lawak (amir) dah takda.. takleh aku nak gelak kat dia sebab dia tak lawak.. ' sy terus ketawe terbahak2. nk ckp time kasih ni =)

crayon said...

yaya : anda happy, saya pun turut happy :)

Anonymous said...

Amir mmg hancurrr siottt....sbab penat otak aku nk pikir ape lawak yg die buat...tu yg aku ketawe xde motif tuu...susah gak nk buat camtu...hahahaaa...Astro plak dh UNTUNG BESAU!!! dah tu wat kije main2 jer...mcm main masak2..@main pondok2...BETUL TAK kawan2....??? So,kite ketawakan mereka ramai2...hahahahahaaaaaa......hahhaahaaaa.... p/s GOOD JOB CRAYON!!!...

Post a Comment

Kedah Blogger Community Entertainment Humor Blogs
tubelawak.blogspot - hiburan seisi keluarga video,gambar,cerita,youtube,tube,lawak,kelakar,lucu,jenaka,gelak,video lawak,video kelakar,video lucu,video jenaka,lucah,seksi,rempit,awek,gambar lawak,gambar lucah,gambar seksi,gambar,lucah,myspace,seksi,facebook,lucah,awek,rempit,video,awek,lucah,melayu,3gp,seksi,artis,aku,lisa surihani,fasha sandha,gay,melayu,tips,trick,tutorial,blog,malaysia

rakan-rakan busuk