Monday, August 16, 2010

mengimbau zaman belajar membaca / mengaji Al-Quran

mengimbau zaman belajar membaca / mengaji Al-Quran

setiap orang islam perlu belajar membaca Al-Quran.. kerana Al-Quran adalah petunjuk kepada kita semua.. zaman aku mula-mula belajar alif ba ta dulu, kami belajar menggunakan muqadam.. tapi sekarang ni dah tak ramai guna muqadam mungkin kerana buku-buku seperti 'iqra' dan 'qiraati' lebih membantu dalam pembelajaran membaca Al-Quran..



apa-apa pun, itu cerita zaman kanak-kanak.. bila dah besar dan dibawa arus masa kebanyakan orang sudah lupa dengan tajwid-tajwid, dan teknik yang betul ketika membaca Al-Quran.. bahkan ada juga orang yang gagap dan sudah lupa dengan huruf-huruf jawi.. ini adalah realiti, bukan dengan niat mengutuk atau mengkritik sesiapa..

video : indahnya bacaan yasin dari budak ni

ada juga orang yang terlintas untuk belajar membaca Al-Quran kembali kerana sudah terlupa tajwid, tetapi malu disebabkan faktor umur.. inilah yang banyak berlaku dikalangan masyarakat kita.. terlebih malu itu menjadi kelemahan orang islam di malaysia.. jadi kepada sesiapa yang berniat untuk belajar membaca Al-Quran, carilah peluang sebaiknya.. janganlah malu..

oh tidak lupa juga, kepada cikgu-cikgu yang boleh dan layak mengajar membaca Al-Quran, janganlah garang sangat kepada individu yang sudah berumur ni ya.. sebab pernah berlaku terhadap kawan aku.. kawan aku nak mintak belajar membaca Al-Quran lepas tu, ustaz tu cakap "jadi selama ni kamu tak reti baca jawi lah ya? habis tu macam mana kamu sembahyang selama ni?".. ahaha.. konfem lemah semangat orang yang nak belajar tu..

bagi aku ustaz pun manusia biasa jugak, takleh lari dari kesilapan.. mungkin ustaz tu tak sedar dia telah melemahkan dan merudumkan semangat kawan aku ni nak belajar membaca Al-Quran.. jadi aku share kat sini agar perkara ini boleh dielakkan agar lebih ramai yang bersemangat kembali untuk belajar membaca Al-Quran.. kalau ada tersilap kata, betulkan aku dan maafkan aku ya.. enjoy video cute ni..

video : budak kecik belajar alif ba ta
video : budak gigih belajar al-fatihah
Related Posts with Thumbnails
Share This

33 comments:

  1. alhamdulillah...setakat ni aku lulus lagi...

    ReplyDelete
  2. Teringat Time Kecik2 Dulu, Slalu Kena Sebat Ngan Abah Pasal Xmo G Ngaji... Hehehe...

    Salleh Gregor Samsa Hina Islam Di Facebook

    ReplyDelete
  3. mase kecik dulu aku manjang dok pk alasan nk ponteng kelas ngaji.nasib baik bole bace jugak.hehe

    ReplyDelete
  4. Dulu memang rajin ngaji tp dah besar ni dok bace yasin je. Rindu sebenarnya nk ngaji smule... ;-)

    ReplyDelete
  5. Masyarakat kita kurang amalkan Al-Quran.. Bila baca Quran di tempat awam dianggap pelik.. Kalau kat negara Arab, orang tak baca Quran ialah orang yang pelik..

    ReplyDelete
  6. dulu,

    kurangnya kemudahan..

    ramai orang2 tua yang buta huruf,

    tapi berusaha untuk belajar mengaji dengan mendengar ustaz mengajar dan menghafal..

    kini,

    walaupun ada banyak kemudahan tetapi mereka tidak menggunakan kemudahan tersebut untuk belajar mengaji dgn sebaiknya..

    ReplyDelete
  7. :) sekarang nie pun dah ade teknik baru ajar anak mengaji, budak umo 3 tahun pun dah leh hafal al-quran

    teknik al-furqan pun bagus, mengaji & nasyid tanpa mengeja :)

    ReplyDelete
  8. al-quran tu utk dibace/dilagu2kn arabnye je ke, atau utk diambil pengajaran dn pelajaran? bleh kongsi?

    ReplyDelete
  9. terkenang kenang zaman setahun jagung :)

    ReplyDelete
  10. hihi..tingat dulu..time nak balik ngaji kne lalu hutan..smpai je kt area hutan tu msti sume lari lintang pukang, tkot punye pasal. :P

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak ngaja anak wa ngaji !
    5 tahun lagi . :D

    ReplyDelete
  12. kepada anon 3:17

    tajwid bukan dimaksudkan untuk dilagukan.. tapi untuk membaca Al-Quran dengan betul dan tidak lari dari kaedahnya (maksud boleh berubah kalau salah tajwid)

    1.Dari Abu Umamah Al-bahili ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
    “Bacalah Al Qur’an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya.” (Hadith sahih, riwayat Muslim)

    2.Dari Abdullah bin Masúd ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
    “Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan pahala satu amal kebajikan dilipatkan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahwa Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf , lam adalah satu huruf, dan mim juga satu huruf.” (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Darimi. Menurut At-Tirmidzi hadits ini hasan sahih)

    3.Dari Aisyah ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
    “Orang yang membaca Al Qur’an dan ia pandai (hafal) dalam membacanya, ia akan bersama para malaikat menjadi utusan yang mulia lagi suci. Sedangkan orang yang membaca AlQur’an tetapi ia terbata-bata kesulitan, serta kesukaran dalam membacanya, ia akan memperoleh dua pahala.”

    (Hadits sahih, riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Al-Darimi)

    sumber : mempelajari tajwid lebih penting dari memahami?

    ReplyDelete
  13. zaman ak guna dua2
    muqaddam dan iqra'
    tajwid blaja kat kelas fardhu ain

    tidak perlu malu dalam belajar

    ReplyDelete
  14. ya allah budak tu comel.

    rasa nak betulkan tajwid pulak lepas baca entry ni haha. makkk, jom kaji bacaan saya semula.

    ReplyDelete
  15. jln2 di sini!

    ohho...tetiba teringat mengaji zaman kanak2 dulu..seronok!

    ReplyDelete
  16. budak2 sekarang dok kalut asah sora nak masuk pertandingan realiti....

    ReplyDelete
  17. tinggi mana pun belajar kalu tk pandai ngaji
    umpama failed la hidup tu

    ReplyDelete
  18. wah macam pak cik dulu -dulu la pulak heheh..
    tapi apa-apa pun Salam Ramadhan ;)

    ReplyDelete
  19. ustaz yg betul takkan ckap macam tu sapa2 nak belajar alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  20. it's nvr too late nk blaja ngaji..
    klau x pndai, pg belaja..
    kalau dah pndai, pg perfectkan bacaan n all..'
    yg pntg jgn malu..
    nk mncari ilmu+keredhaan Allah..
    ini juga peringatan kpd diri sndiri..
    happy ramadhan., :)

    ReplyDelete
  21. so, kte patut amik iktibar...jadikan Al-Quran bacaan harian... bile da lma tggal..dat's dfficult for us 2 start it again...lagipun rugi..pahala pun x dpt..plg penting redha Allah...semoga kta menjadi real Muslim bertuhankan Allah yg sbenar-benarnya..nice entry pak cik..(T_T)

    ReplyDelete
  22. makin besar ,makin ramai yg da x sentuh al-quran .segelintir org je yg berpegang teguh pada ajaran al-quran .

    ReplyDelete
  23. cikgu mengaji Quran saya pastilah Umi dan nenek saya. belajar ngaji dgn nenek sy, dia tak marah2 tp dia tak bg sy baca ayat baru selagi tajwid dan sebutan huruf tak tepat. It can be frustrating sometimes tapi sayang nenek punya pasal, teruskan je la. Alhamdulillah, sekarang ni sy dah boleh baca Quran dengan baik cuma jangan ditanya nama hukum2 tajwid, sy tak ingat. sy cuma tahu mcm mana nak baca. tu aje.

    ReplyDelete
  24. bila r aku nuck mula ngaji,.,.

    ReplyDelete
  25. pelajari kaedah menghafal al-quran dengan mudah

    http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=mobile262

    ReplyDelete
  26. mampir nich...
    menarik sekali blog anda dan saya menyukainya..
    salam....

    ReplyDelete
  27. Nak Belajar Quran, Tapi Tiada Masa?
    Atau Rasa Malu Nak Belajar?
    Nak Pergi Belajar Takut Digelakan Orang Pula!
    Umur Semakin Senja, Quran Tak Pandai Baca Lagi,
    Takutnya...

    Jangan Biarkan Anda Semakin Jauh Dari Al-quran,
    teruskan Bacaan Bagi Menemui Penawar Anda Itu...

    Nak tahu kaedah mempelajari Al-Quran dengan
    Mudah dan Pantas?

    Lihat info selanjutnya:

    ==> http://tinyurl.com/myqdigital


    Dapatkan sekarang dgn harga Promosi.

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates