Friday, October 29, 2010

perubahan manusia - diri sendiri atau orang sekeliling?

perubahan manusia - diri sendiri atau orang sekeliling?

dulu aku sangat meminati rancangan superhero seperti kamen rider, space sheriff gavan, dan power rangers.. kini mungkin kerana pemikiran aku sudah sedikit matang, walaupun aku menonton kembali episod-episod kegemaran aku di waktu kecil dahulu aku tidak boleh menerima dan merasai keseronokan seperti dulu.. aku sendiri tak sedar perubahan minat aku terhadap perkara-perkara seperti ini.. sama juga seperti tora, ding dang, dan jojo.. "kenapa aku tidak menyukainya seperti dulu" soal aku kepada diriku sendiri.. 


akan tetapi aku masih ada minat yang masih kekal sejak aku kecil sehinggalah sekarang.. aku sukakan internet.. kali pertama aku mendirikan laman web aku ialah ketika aku berumur 11 tahun (tahun 1997) dan minat itu masih kekal sehingga kini.. samalah seperti minat aku kepada wanita untuk dijadikan teman hidup.. waktu kecil dulu aku selalu berimaginasi hidup dengan wanita idaman dan aku terus berimaginasi sehingga aku menulis entry ini.. kah kah kah.. itu membuktikan aku seorang lelaki yang pervert..

musik? hurmm.. di zaman persekolahan aku, aku telah dipengaruhi oleh musik seperti punk, grunge, dan metal.. habis pecah jari-jemari aku kerana terlalu taksub untuk belajar goreng gitar dan membuatkan orang ramai impress terhadap aku.. kini? kini aku tidak lagi berusaha untuk menjadi 'raja' goreng gitar kerana hati aku tertambat dengan lagu-lagu rock kapak seperti steelheart, search, dan lain-lain.. aku lebih selesa membawa lagu-lagu seperti itu berbanding lagu yang aku mainkan ketika zaman persekolahan..

aku bersyukur kerana perubahan yang aku alami setakat ini, tidak memudaratkan diri aku.. dan aku bersyukur aku tidak terjebak dengan mana-mana perkara tidak elok seperti perubahan minat terhadap seks songsang, minat terhadap budaya sosial yang melampau-lampau, minat terhadap dadah dan semua perkara yang negatif.. aku selalu terfikir, kenapa ada manusia yang boleh berubah sampai macam tu sekali.. ada kawan aku masa sekolah rendah ni, sumpah samseng tak ingat dunia! tapi baru-baru ini aku terserempak dengan dia.. ya tuhaannn.. dah jadi bapuk.. siap promote untuk bagi service free kat aku.. kah kah kah


kepada korang semua yang nak berubah kepada perkara positif tu, walaupun sedikit.. berubahlah! memang orang akan mengata dan mengutuk korang.. contohnya dato siti nurhaliza.. kini dia bertudung tapi rambut dia masih kelihatan.. ramai yang kutuk.. ramai yang pertikai.. bagi aku, ini adalah perubahan ke arah kebaikan.. walaupun sikit, tapi lebih baik dari sebelumnya kan? sama juga dengan akhil hayy.. dari seorang penyanyi rock kepada orang yang suka menyampaikan kebaikan.. dia dah berubah kepada positif tu kira ok la tu..

video : dari jelita kepada kacak
video : dari tua kepada muda
** video lari tajuk.. kah kah kah
Related Posts with Thumbnails
Share This

63 comments:

  1. diri sendri....dan pengaruh org sekeliling..haha..kira dua dua la no..pakej..

    weh..bosan la..

    ReplyDelete
  2. dua-dua laa tuu tak payah berkelahi..teringat Giganto

    ReplyDelete
  3. saffiyah : dengaq ceramah menteri lagi busan

    abd.rashid : mana ada berkelahi pun.. :(

    ReplyDelete
  4. salam,lupa satu lagi keadaan.seperti kerja ker,peperangan lain-lain

    ReplyDelete
  5. uishhhhhhh.
    kuat berimaginasi neh
    bahaya bahaya.
    kuikuikui

    ReplyDelete
  6. najib : perang tu pun boleh ubah mentaliti manusia gak.. sebab tu ada yang ekstrimis..

    nur aqilah : imaginasi benda baik2 ja.. jgn pikiaQ bukan-bukan lak.. ahahahahha.. lupa plak.. tq link blog aku kat blog hang :) baru baca pagi tadi

    ReplyDelete
  7. betol2.. perubahan itu perlu dalam kehidupan.. yg penting, berubah ke arah kebaikan.. walaupun tidak secara mendadak, tp biarlah ada perubahan tu..

    tp, susah kan nak jadi seorang manusia yg btol2 baik? tu impian ak jgk tuh! huhu

    p/s: bro, ak lg suka tgk perubahan ustaz Azmil Mustafa (Ali setan) berbanding Akhil Hayy..heee

    ReplyDelete
  8. kalau kita nk berubah, boleh jugak kalo kita hipokrit dlu btui x?
    trus2 nak brubah tu asanya mmg susah kot..
    so pelan2 dengan hipokrit rasanya xsalah.
    cth la..
    dulu kita nih xsuka sangat aih menderma..tak rasa kesian pun tgk org dok mintak derma.
    so nk la ubah..tp hipokrit dlu..
    derma jgk la klo xikhlas pun.. asanya lama2 leh kot mai ikhlas tu..
    ka xmai2 jugak.. kena cuba la bru tau..

    ReplyDelete
  9. bab siti tu.. memang dia ada perubahan & berjaya juga mengubah anak2 dara sekarang.. anak2 dara yg dulu bertudung kini berselendang.. taknak komen lebih2. kang org kata kat aku balik.. better dr free hair.. tp apa beza free hair dgn berselendang ala2 dato siti.. dua2 nampak aurat jugak

    ReplyDelete
  10. 1. Rugi pempuan chun btukar jadi laki. Tapi sifat lemah lembut dia still ada & nampak.

    2. Photoshop cs3 memang terbaek do -.-

    3. Video Akhil Hayy - Aku tak percaya dia rupa tu dulu. HAHAHA :D Klaka kott.

    ReplyDelete
  11. tp,ust Akhil dari muda sampai skunk mmg still nampak muda gitu...ahahhaa

    ReplyDelete
  12. asyikhinz : hahaha.. sebab tu la tgn kanan memberi tangan kiri tidak mengetahui :)

    lekat lekit : kan orang sekeliling ngan diri sendiri kena seiring.. apa2 pun kita takleh tuding jadi kat siti penyebab anak muda berselendang..

    kiera : dulu aku ada post dah video klip akhil hayy masa muda-muda.. ahahaha.. memang cool abis.. sarung tangan sebelah macam micheal jackson..

    ReplyDelete
  13. kecewa toi tgk pnyanyi nasib tu..woi der aku minat ko yg dulu r!

    ReplyDelete
  14. err...pic first tu betul ka?betul ke yg rmbut pjg tuh penyanyi saujana.tlg la kate tidak sbb kin minat lagu de dulu....huhu

    ReplyDelete
  15. tula.. susah gak sbenarnya kalau tak mau bg tangan kiri tu tau..

    ReplyDelete
  16. sama2. cheq link pom bel0g cheq tetap maintain x naek x turon.
    huwaaa.
    tima kaseh daon pandan link nama penoh cheq tuu. ekekek

    ReplyDelete
  17. gatai*** oh alrite.

    11tahun? mesti men myspace la tuhhh.. hahaha

    ReplyDelete
  18. err, khairul tuh bkn anggota Saujana ker dlu??

    ReplyDelete
  19. BORING!!! PREAACCCHHHEEERRRR.... baling botoi arak kat pala hang. AMIK!

    ReplyDelete
  20. aku terkejut tgk gmbr penyanyi nasyid tu.. aku ingt lagi aku kagum ngan dia pasal die nyanyi lagu sepohon kayu daunnya ribun bla2..

    aik..first time tau pasal ni..
    terus ak google..

    info baru nmpknye..
    keee aku yang lmbat sgt tau pasal ni??

    ReplyDelete
  21. Salam Saudara..
    pandangan peribadi anda..
    saya hormat..pada saya Datuk
    CT memang ada hati nak bertudung
    litup..sayang tiada galakan bersungguh
    dari orang tercinta..apakan daya
    isteri@wanita@kekasih adalah racun
    buat lelaki yang alpa dan leka mahupun
    lupa atau jahil..wallahulam..
    (pandangan saya..)

    ReplyDelete
  22. yang gambar -ve tu, dia tu penyanyi nasyid kan ?? ida kenapa skg? jadi lembut ke ?

    ReplyDelete
  23. ah.. perenggan pertama entry ni membuatkan aku rindu zaman suria perkasa hitam, space cop gaban, flashman, maskman, ultraman ace ~kotaro & minamiiiii~

    aaaaaahh.. 80's childhood memang best!

    weh jangan la mempermainkan hati dan perasaan aku dengan nama lisa surihani weh... berdebar hatiku ah ah tiap kali membacanya, terbakar pula bila klik dan redirect masuk page ko ahahahha

    ReplyDelete
  24. muahahahahah! kamen rider! teringat sorang kawan, dia cakap sedih tengok satu episod kamen rider..

    ReplyDelete
  25. wau?? lisa surihani pandai goreng gitar?? hebat!!! hahaha

    ReplyDelete
  26. berubah jd lebih baik mmg baik..

    tp perubahan kdg2 seiring ngan usia n environemnt sekitar gk..

    chills..:)

    ReplyDelete
  27. patut laa tubelawak guna nama lisasurihani..nk jadi lisa eh?hikhikhik!!kantoi~

    ReplyDelete
  28. saidina umar pernah pesan,

    sekalipon orang tersebut adalah seorang pengemis, kita harus dengar suaranya/pendapatnya.

    aku pesan..lain kali jangan cuba2 goda pakai nama lisasurihani...sensitip..!

    ReplyDelete
  29. mcm harem je gune name lisa hahahahahhahahahahah

    ReplyDelete
  30. salamm.. tinggal jejak yer cik lisa :p

    ReplyDelete
  31. tula,,org cakap ak pn berubah dr xhensem ke hensem..ntah la..,

    ReplyDelete
  32. redbean angkat bakul sendri..baguih betoi..haha

    mr crayon..sejak kes fida aisyah..aku jadi makin sensirip tau! aii tak suka org tipu tipu nie..

    kahkahkah!

    ReplyDelete
  33. berubah ikut diri sendiri baik atau jahat sendiri tanggung:) harap lebih kepada kebaikan

    ReplyDelete
  34. x bleh belah tubelawak ni... lisa suriani la pla... haha

    ReplyDelete
  35. terlalu mengikut perasaan dan keinginan hati tanpa memikirkan kesan..(wah tetiber cam dato' fazilah kamsah)..

    p/s: first time i hit ur blog..thats nice !!!

    ReplyDelete
  36. aku dulu suka tgk mero attack.yg main bola tampaq tu...awat la depa tak ulang tah cita tu la ni?

    tua2 camni pun,rasa nk gak layan cerita tu.muehehe!

    ReplyDelete
  37. byk sebenarnya artis yg berubah.penyanyi rock melissa skang dah jadi imam

    *video: awek yg buat jared leto transformation tu mmg talented tp jared leto versi ayu laa..haha..nice try

    ReplyDelete
  38. ehhh . betul ke gmbr 1st tuh ????

    ReplyDelete
  39. kesian lar dia.. tsk... muga berubah

    ReplyDelete
  40. terkejut dowh dengan perubahan drastik macam tu

    ReplyDelete
  41. f.a.z.a : tq so much.. walopun 1st time anda singgah di blog saya, saya telah berlinangkan airmata

    KITA : tepuk dada tanya iman juga

    anis bumblebee : mero attack yang mana? yang SUMMERSAULT! tu ka? ahahaha.. yang tu zaman aku tadika..

    dark half : try baca komen2 user kat youtube kat page video jared leto tu.. syok gak aku baca.. ada pempuan jatuh cinta kat dia.. ahahaha

    ** kepada semua : video dr khairul takleh upload kat youtube, nanti kena flag copyright :D ahehehe.. tapi memang betul..

    ReplyDelete
  42. yang gambar -ve tu, dari audition IOAM kan. tu confirm ke dia.
    kalau ye, sedih woo.

    apapun, perubahan diri dipengaruhi dua-dua kot,
    diri + orang sekeliling,

    tapi diri sendiri kena la tau mana baik mana buruk,
    bila diri tau menilai selalunya susah nak terpengaruh dengan orang sekeliling kan.

    just my 2 cents. :)

    ReplyDelete
  43. my fav quote: If you're in a bad situation, don't worry it'll change. If you're in a good situation, don't worry it'll change.

    persoalannye..nk or tidak..mybe sekeliling tu mempengaruhi..but still we owned our life..so atas diri sendiri..nk berubah or x..

    kadang2 ade je org dikelilingi mnde2 yg xbaik..uang xelok sume..tp kalu diri sendiri xnak berubah ke arah xelok tu..mmg xakn jadi n vice versa..

    yg penting..
    klu nk berubah,,bia berubah ke arah kebaikan..xde sape sempurna.semua org yang baik2 kadang2 datang dari yg buruk dulu..kn encik crayon?
    nurul pon dulu bukannye sgt baik, sgt segala sgt2..tp inisiatif tuk jadi org yg baik tu sentiasa ada.lama kelamaan..semakin matang berfikir..dapat menbezakan mana baik dan buruk..perubahan itu akan dtg dengan sendiri..

    tp encik crayon ni baikkan?xperlu berubah dah kot..hahhaha






    He who rejects change is the architect of decay. The only human institution which rejects progress is the cemetery. ~Harold Wilson

    agaim..
    If you don't like something change it; if you can't change it, change the way you think about it.

    ReplyDelete
  44. pehhhhh! semat ar aweks tu makep jd pakwe kacak xD



    but, knp video kedua tu tk dpt tgk? sedih... T____T

    ReplyDelete
  45. nurulbadiah : tubelawak masih seorang manusia.. takleh nak kata baik ka jahat.. hahahaha.. tq untuk komen yang panjang lebar.. tubelawak sangat sayangkan anda nurulbadiah..

    mai prot prot : 2nd video ok ja.. still available.. kalau takleh tengok, try refresh.. kalau takleh gak, maybe ada masalah dengan broadband :D eheheh.. kalau streamyx or unify or selain broadband, insyaallah takdak problem.. broadband ja selalu problem nak view youtube

    ReplyDelete
  46. hai~ orang alor setar heheh..
    rain nyibuk je pun cni

    tumpang lalu ;P

    ReplyDelete
  47. diri sendiri yang utama sebenarnya kalau nak buat perubahan nih. itu lagi afdhal,,lagi ikhlas.

    ReplyDelete
  48. kalau berubah kepada positis alhamdulillah..yang tak best berubah dgn ubah ciptaan tuhan

    ReplyDelete
  49. ya..berubah lah ke arah kebaikan...hehhe

    ReplyDelete
  50. bawa lisasurihani jalan2 kat sini pulak weh... :-)

    ReplyDelete
  51. itulah pntingnya pegangan & prinsip hidup..
    huhuhu

    ReplyDelete
  52. Kita kena sentiasa muhasabah diri dan berhijrah kerana pembalasan di akhirat itu benar...

    ReplyDelete
  53. sempena umur cik izyan yg baru je genap 2 hari yang lalu, cik izyan jugak nak berubah..tp dr negatif ke positif ler..silalah doakan ye ;)

    ReplyDelete

Designed By Blogger Templates